Prefektur (Jawi: ڤريفيكتور serapanPerancis:préfecture turunanLatinpraefectura "tadbiranpraefectus"[1]) adalah sebuah istilah untuk menyatakan suatu wilayah yang memiliki kekuasaan tersendiri atau wilayah sejak zamanMaharaja Diocletianus yang membahagikanKerajaan Romawinya kepada empat wilayah kecil. Prefektur serupa sepertinegeri atauprovinsi yang dipimpin oleh pemimpin dipilih.
Jika digunakan pada kontekssejarah China, terutama sebelumdinasti Tang, kata "prefektur" digunakan untuk menterjemahkanXian (县/縣), suatu unit pentadbiran.
Yunani moden pernah dibahagi utama kepada 51nomos (Bahasa Yunani: νομός "[padang] ragutan" terbitanνέμω némō "meragut") dariKerajaan Yunani sampai ke pemerintahan republik diselaras perlembagaan 1975, setiapnomos ini memerintah setempat dipimpin oleh seorangnomark (νομάρχηςnomárkhēs) yang dilantik secara undian. Pembahagian ini dirombak oleh kabinetGeorgios Papandreou yang memperkenalkan RancanganKallikrates (Greek:Πρόγραμμα Καλλικράτης,rumi: Prógramma Kallikrátis) pada tahun 2011 yang menyusun semula seluruh Yunani kepada 13 "wilayah" (περιφέρειαperiféreia) dibahagikan kepada "unit wilayah" (περιφερειακή ενότηταperifereiaké enótita).
^"Etymologie de préfecture".Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada30 Ogo 2023.b) «territoire placé sous l'autorité d'un préfet» [...] Empr. au lat.praefectura «charge de directeur; administration; dignité de préfet; ville administrée par un préfet», depraefectus...
^Md. Nasrudin Md. Akhir; Asmadi Hassan; Rohayati Paidi (2008).Organisasi dan Institusi Jepun. Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya. m/s. 103.ISBN9832085993.
^"Préfectures".www.interieur.gouv.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada2022-01-08.