Filem atauwayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum. Perkatan 'filem' datangnya darifilem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak, dipanggil pita filem.
Pada hari ini, cerita dramatelevisyen danvideo telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Wayang gambar yang dirakam dengan menggunakanfilem boleh dipancarkan ke layar tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk ditayangkan disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.
Adnan Sempit (digayakan dalam poster sebagaiAdnan Semp-It) ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahanAhmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi olehShaheizy Sam,Intan Ladyana danAlong Cham ini merupakan filem yang mengupas budayamat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.
Filem ini diibaratkan sebagai parodi filemRemp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filemV3 Samseng Jalanan ialah sekuelRemp-it). Filem ini diberi tajuk asalRempit Nan Sempit tetapi ditukar tajuknya kerana berikutan arahan kerajaan terbaru pada pertengahan tahun 2009 yang tidak menggalakkan tema mat rempit dalam penerbitan filem dan televisyen terbaru Malaysia.