Pop opera (bahasa Inggeris: Operatic pop) ialah coraklagu yang dikategorikan di dalam cabang genremuzikpop, dimanalagu –lagu berentakpop dinyanyikan mengunakan suaraopera. Kebiasaannyalagu-lagu pop opera dimainkan denganmuzik klasikal (bercorakorkestra) tetapi ia kerap juga dimainkan dengan iramamuzik pop. Pop Opera juga disebut atau lebih kenali sebagai "Popera" oleh ramai penulis media dan pengkritiklagu.
Pop opera adalah genre yang dikatakan agak baru dan tidak banyak rencana - rencana ditulis mengenainya setakat ini. Walau bagaimanapun, banyak kritikan yang tidak membina sering dilemparkan olehThe purist (merujuk kepada pencintaopera sejati) yang menganggappenyanyi-penyanyiopera yang menjuruskan diri ke arah nyanyianpop dengan mengunakan suaraopera sebagai menjatuhkan statusopera yang cuba mereka kekalkan darimuzik era barok danmuzik era romantis.
Pop opera sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, kerana coraklagu ini telah dinyanyikan oleh beberapapenyanyiopera termasuktenor-tenoropera terkenal sepertiPlácido Domingo,Luciano Pavarotti,Andrea Bocelli dan lain-lain. Namun,penyanyi -penyanyitenoropera ini hanya memuatkan beberapalagu bercorak ini di dalam album mereka yang mempunyai sekurang-kurang 15 lagu atauariaopera yang lain (kecuali Andrea Bocelli sejak kebelakangan ini).
Pop opera nampak muncul secara mendadak kebelakangan ini, dan dianggap baru oleh sesetengah pendengar apabilasoprano andtenor terkenal, Sarah Brightman dan Andrea Bocelli berduet menyanyikan lagu berjudul “Time to Say Goodbye”, begitu juga dengan kemunculan kumpulanIl Divo yang terdiri dari 2 penyanyitenoropera, seorang penyanyizarzuela yang juga penyanyi baritonopera, dan seorang penyanyipop. Album terbaruPavarotti yang berjudul “Ti Adoro” juga berbunyi “pop opera” oleh ramai pendengar dan penkritik lagu namun album tersebut diterima baik oleh ramai para peminat, begitu juga lagu lama duetPlácido Domingo dan John Denver “Perhaps Love” (dan banyak lagi samada nyanyian solo atau duet), yang dirakam semula di dalam album keluaran 2006Plácido Domingo berjudul “Moments of Passion” dan album-album sebelumnya. Di Jepun, kini popular dengan group trio Kalafina menampilkan elemen pop opera yang dimasukkan didalam sesetengah album mereka seperti " Oblivious" dan " To The Begining" dimana ketiga-tiga mereka menggunakan suara soprano, mezzo soprano serta alto, seperti itu juga ELISA dengan judul lagu "Otorio The World God Only Knows" dan "Realism" banyak menggunakan suara operatic soprano. Berlainan dengan Norimasa Fujisawa dan The Eccentric Opera kedua-dua mereka menggubah semula lagu-lagu klasik seperti "Albinoni's Adagio", "Queen of the Night Aria" dan sebagainya kepada elemen muzik pop opera dengan lebih rancak.