Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Pengarah terkiniEn Kamaruzaman bin Ismail
Timbalan Pengarah (Akademik)Pn Rohana bt Ibrahim
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Tn Hj Abdul Latif bin Halim
LokasiJitra, Kedah
Laman webhttp://www.polimas.edu.my

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) merupakan sebuahpoliteknik yang terletak di Bandar Darulaman,Jitra,Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari1984 sebagaiPoliteknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidangkejuruteraan danperdagangan.

Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerahKubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac1987 dan dibuka secara rasmi pada 22 Mac1989 oleh DYMMAlmarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ketika itu. Semenjak tarikh ini, nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.

Visi

[sunting |sunting sumber]

Menjadi pusat pendidikan dan latihan transformasional yang terunggul dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat global menjelang 2015.

Misi

[sunting |sunting sumber]

Menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang kreatif, berdaya keusahawanan, kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing global.

Motto

[sunting |sunting sumber]

Kakitangan

[sunting |sunting sumber]

Pegawai Kanan POLIMAS ialah:

  1. En. Abdul Aziz bin Hasbullah
  2. Tuan Haji Imran bin Idris
  3. Ir. Gan Chee Kuan
  4. Dr. Khair bin Mohamad Yusof
  5. En. Mohd. Hashim bin Buyong.

POLIMAS menawarkan kursussijil dandiploma, dan kini telah mempunyai hampir 6000 orang pelajar dengan bilangan kakitangan mencapai 600 orang.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Politeknik
Politeknik Ungku OmarPoliteknik Sultan Haji Ahmad ShahPoliteknik Sultan Abdul Halim Muadzam ShahPoliteknik Kota BharuPoliteknik Kuching SarawakPoliteknik Port DicksonPoliteknik Kota KinabaluPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPoliteknik Ibrahim SultanPoliteknik Seberang PeraiPoliteknik MelakaPoliteknik Kuala TerengganuPoliteknik Sultan Mizan Zainal AbidinPoliteknik MerlimauPoliteknik Sultan Azlan ShahPoliteknik Tuanku Sultanah BahiyahPoliteknik Sultan Idris ShahPoliteknik Tuanku Syed SirajuddinPoliteknik Muadzam ShahPoliteknik MukahPoliteknik Balik PulauPoliteknik JeliPoliteknik NilaiPoliteknik BantingPoliteknik MersingPoliteknik Hulu TerengganuPoliteknik SandakanPoliteknik PagohPoliteknik Tawau
Politeknik METrO
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Politeknik_Sultan_Abdul_Halim_Muadzam_Shah&oldid=5734812"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp