Polistirena (IUPAC Polyphenylethene) merupakan suatupolimeraromatik yang diperbuat daripadamonomerstirena aromatik, sejenishidrokarbon cecair yang dikilangkan secara komersil daripadapetroleum olehindustri kimia. Ia merupakan bahanplastik yang paling kerap digunakan dengan pengeluarannya mencecah beberapa juta tan metrik setiap tahun.[5]
Polistirena merupakan bahantermoplastik, biasanya wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik, tetapi cair jika dipanaskan (untuk pengacuan atau penyemperitan), dan akan kembali pejal apabila disejukkan.
Polistirena dari segi kimianya merupakan hidrokarbon berantai panjang di mana teras karbon yang berselang seli dihubungkan padakumpulan fenil (yakni nama untuk cincin aromatikbenzena). Formula kimianya ialah(C8H8)n; ia mengandungiunsur kimiakarbon danhidrogen.
Sifat bahan ini ditentukan oleh tarikanvan der Waals berjarak rendah antara rantai polimer. Memandangkan setiap molekul rantai hidrokarbon dari bahan ini mempunyai ribuan atom, jumlah daya tarikan antara molekul dikira besar. Apabila polistirena dipanaskand (atau dicacatkan pada kadar yang pantas kerana gabungan sifat-sifat penebatan haba dan likat anjalnya), rantai-rantai di dalamnya boleh menampung tahap konformasi (conformation) yang lebih tinggi serta menggelongsor antara satu sama lain.
Polistirena baru mempunyai kekuatan yang sama sepertialuminium tulen, manun ia lebih anjal dan ringan (1.05 g/sm3 untuk polistrena baru berbanding dengan 2.70 g/sm3 untuk aluminium).
Persatuan Pekilang Plastik Malaysia menyatakan sebanyak 1.8 juta tan metrikplastik pelbagai jenis telah digunakan di Malaysia pada tahun 2008 . Sementara 108,000 tan metrik polistirena digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 000 tan pada tahun 2008. PresidenPersatuan Pencinta Alam Malaysia, Tan Sri DrSalleh Mohd Noor berharap penggunaan polistirena sebagai bekas makanan dapat dikawal. Kita boleh gantikan dengan plastik seperti tupperware.
Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S. Peiarapakaran menyatakan terdapat Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Namun peraturan ini tidak menghalang peniaga dan orang ramai.[6]
^Maul, J.; Frushour, B. G.; Kontoff, J. R.; Eichenauer, H.; Ott, K.-H. and Schade, C. (2007) "Polystyrene and Styrene Copolymers" inUllmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry Wiley-VCH, Weinheim,DOI:10.1002/14356007.a21_615.pub2