Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ketumbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaPokok Ketumbar)
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Ketumbar" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ogos 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Ketumbar
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Coriandrum
Spesies:
C. sativum
Nama binomial
Coriandrum sativum
Daun ketumbar mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga95 kJ (23 kcal)
Karbohidrat4 g
-Serabut diet3 g
Lemak0.5 g
Protein2 g
Vitamin A setara337 μg (42%)
Vitamin C27 mg (33%)
Peratusan dianggarkan
menggunakansyor A.S. untuk orang dewasa.

Ketumbar (Jawi: كتومبر, nama saintifik:Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhanherbasemusim yang tergolong dalam familiApiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalamumbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm).Buahnya merupakanskizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm.

Kegunaan

[sunting |sunting sumber]

Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico,Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keraswitbier dari Belgium.[1]

Daun

[sunting |sunting sumber]

Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, yaitu lebih banyak rasasitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasakimia sintetikphenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.[2]

Daun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnyacatni), hidangan Cina dan jugasalsa danguacamole yang khusus dari Mexico. Daun ketumbar mentah yang dicincang dijadikan hiasan masakan sepertidal dankari sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilangan besar dan dimasak hingga hilang rasanya.[3]) Daun ketumbar cepat rusak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.

Buah ketumbar kering.
Biji ketumbar.

Buah

[sunting |sunting sumber]

Buah ketumbar kering dipanggilbiji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau karena hadirnyaterpenalinalool danpinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.

Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.

Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi:धनियाdhania) dalam membuatgaram masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersamajintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang ataudhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitusambhar (Tamil:சாம்பார்) danrasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.

Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untukmenjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihatboerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam rotirai sebagai penggantijintan.

Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnyabir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.

Akar

[sunting |sunting sumber]
Akar ketumbar.

Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya.[4] Akar ketumbar digunakan untuk memasak berbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^http://www.samueladams.com/world_of_beer.aspx
  2. ^Wooding S (2006). "Phenylthiocarbamide: A 75-Year Adventure in Genetics and Natural Selection".Genetics.172 (4): 2015–2023.[1]
  3. ^http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/Cori_sat.html#discDiarkibkan 2010-11-30 diWayback Machineuni-graz.at
  4. ^http://everything2.com/e2node/coriander
Ikon tunas

Rencana makanan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana mengenaitumbuhan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Herba dan rempah

Adas manis ·Andaliman ·Ajwain ·Akar manis ·Allspice ·Amchur (serbuk m/bacang) ·Halia aromatik ·Asam jawa ·Kapur barus ·Bawang putih ·Beri arar ·Bijan/lenga ·Biji buah delima (anardana) ·Biji ketumbar ·Bunga lawang ·Biji saderi ·Buah pala ·Buah pelaga ·Caruli ·Cassia ·Chenpi ·Cili ·Cengkih ·Garam ·Golpar ·Halba ·Halia ·Habbatussauda ·Inggu ·Jintan hitam ·Jintan manis ·Jintan putih ·"biji syurga/Kekulah jantan·Bijian Selim ·Kacang tonka ·Karawai ·Kaskas/madat ·Kayu manis ·Kemukus ·Kencur ·Kokam ·Koma-koma ·Kunyit ·Lada Halab ·Lada Brazil ·Lada cayenne ·Lada hitam ·Lada panjang ·Lada Peru ·Lada Sichuan (huājiāo,sansho) ·Lada Tasmania ·Lengkuas ·Limau kering ·Lobak kuda ·Litsea cubeba ·Mahlab ·Malabathrum (tejpat) ·Morhabsyi ·Nigella (kalonji) ·Paprika ·Pelaga hitam ·Radhuni ·Mawar Damsyik ·Sarsaparila ·Sassafras ·Sawi hitam ·Sawi perang ·Sawi putih ·Sumak ·Temu kunci ·Vanila ·Wasabi ·Kunyit putih ·Zereshk ·Zest

Senarai herba dan rempah
Topik berkait
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ketumbar&oldid=5651052"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp