Baobab (serapanArab:أَبُو حِبَاب,rumi: abū ḥibāb "bapa segala biji"),asambota (serapanbahasa Jawa:ꦲꦱꦼꦩ꧀ꦧꦸꦠ,translit. asêm buta[1]) ataubuntan (Malagasi:bontana seakar Melayubuntal[2]) merujuk kepada salah satu lapanspesies pokok meluruh sederhana besar darigenusAdansonia keluargaMalvaceae. Ia bertaburan khusus di pulauMadagaskar, benuaAfrika[3] dan Australia[4] namun juga telah diperkenalkan ke kawasan lain sepertiAsia.[3][5][6] Pokok-pokok adalah antara tanaman vaskular yang paling lama hidup.[7]
Nama genus pokok-pokok ini,Adansonia, diberikan sempenaMichel Adanson, naturalis Perancis dan penjelajah yang pertama kali menggambarkan antara pokok paling dikenali dalam genus ini iaitu "pokok botol".[8]
Pokok-pokok ini dikenali keranabatang pokok ia yang sangat besar tebal; batang-batang ini berkayu dengan lingkaran berpusat pada terasnya. Batang pokok ini menyerap air hujan yang turun sehingga mampu mengembang banyak kali ganda dari ketebalan asal.[13]Adansonia gregorii baobab terkecil yang hanya mampu mencecah tidak lebih 10 m dengan batang banyak,[13]A. rubrostipa danA. madagascariensis mampu tumbuh antara 5 hingga 20 meter[13] manakala yang lain dari 25 hingga 30 meter dengan batang berdiameter 2-3 meter.[13]A. digitata paling besar dengan batang diameter mampu mencecah 10 meter.[13]
Sebatang pokok ini mampu menyimpanair sehingga 120,000 liter untuk menahan keadaan kemarau yang teruk. Malah dedaunnya seringdiluruhkan apabila keadaan menjadi semakingersang terutamanya pada musimkemarau.
Ia memutik bunga besar yang boleh membiak selama maksimum 15 jam.[13] Bunga mengembang sekitar waktu senja; membuka dengan cepat sehingga pergerakan dapat dikesan dengan mata kasar dan pudar pada keesokan harinya.[13]
Beberapa spesies pokok boleh dijadikan adalah sumberserat,pewarna, danbahan api. Minyak yang diperah dari biji-bijinya juga digunakan dalamkosmetik, terutama dalampelembap.[18]
Orang peribumi Australia menggunakan spesies asliA. gregorii untuk pelbagai tujuan: akar-akar ia dibuat tali manakala kulit buahnya dijadikan bahan hiasan.[19]
^abcdeBehrens, K. and K. Barnes. 2016. Wildlife of Madagascar. Wild guides, Princeton University Press.
^abcdefgBaum, D.A., 1995, A Systematic Revision of Adansonia (Bombacaceae). Annals of the Missouri Botanical Garden, 1995, Vol. 82, No. 3 (1995), pp. 440-471
^abAmbrose-Oji, B. and N. Mughogho. 2007.Adansonia grandidieri Baill.Diarkibkan 7 April 2014 diWayback Machine In: van der Vossen, H. A. M. and G. S. Mkamilo (Eds). PROTA 14: Vegetable oils/Oléagineux. PROTA, Wageningen, Netherlands.
^abAmbrose-Oji, B. and N. Mughogho. 2007.Adansonia za Baill.Diarkibkan 2 April 2015 diWayback Machine In: van der Vossen, H. A. M. and G. S. (Eds). PROTA 14: Vegetable oils/Oléagineux. PROTA, Wageningen, Netherlands.
^Sidibe, M., et al.Baobab, Adansonia digitataL. Volume 4 ofFruits for the Future. International Centre for Underutilised Crops, 2002.
^"Weavers breeding in baobabs". Animal Demography Unit, Department of Biological Sciences, University of Cape Town, South Africa. Diarkibkan daripadayang asal pada 15 September 2015. Dicapai pada30 October 2014.