Région Poitou-Charentes |
---|
|  |
(Bendera Daerah) | (Logo Daerah) |
Lokasi |
---|
|
Pentadbiran |
---|
Ibu kota | Poitiers |
Presiden Daerah | Jean-François Macaire (PS) (sejak2014) |
Departmen | Charente Charente-Maritime Deux-Sèvres Vienne |
Arrondissement | 14 |
Kanton | 157 |
Komun | 1,464 |
Statistik |
---|
Keluasan1 | 25,810 km² |
Jumlah penduduk | (Ditempatkan Ke-15) |
- Anggaran1 Januari,2006 | 1,713,000 |
- Banci8 Mac,1999 | 1,640,068 |
- Kepadatan(2006) | 66/km² |
1 Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikantasik,kolam, danglasier yang melebihi 1 km² (0.386batu persegi atau 247ekar), serta juga muara-muara sungai.
|
 |
---|
Poitou-Charentes ialah sebuahdaerah pentadbiran di barat tengahPerancis yang terdiri daripada empat buahdepartmen, iaituCharente,Charente-Maritime,Deux-Sèvres, danVienne. Ibu kotanyaPoitiers.
Majilis Daerah Poitou-Charentes terdiri daripada 56 orang ahli. Daerah ini juga merupakan tempat asal kepada calon presiden Perancis yang dikalahkan dalampilihan raya umum pada tahun2007.
Penduduk-penduduk Poitou-Charentes dikenali sebagaiPicto-Charentais dalambahasa Perancis. Pada tahun2003, daerah ini mendapat tempat ke-15 antara 26 buah daerah dari segi jumlah penduduk, manakala keluasannya mendapat tempat ke-12.
BahasaPoitevin-Saintongeais yang merupakan sebuahbahasa daerah dituturkan oleh sebilangan kecil penduduk di daerah ini.
Poitou dianggap sebagai tempat asal untuk kebanyakan pendudukAcadia danCajun diAmerika Utara (kini masing-masing tinggal terutamanya diNew Brunswick danLouisiana).[1] Leluhur-leluhur merekaberhijrah dari daerah ini padaabad ke-17 danke-18.
Pada mula-mulanya, pendatang-pendatang Perancis dari Poitous menetap di bahagianKanada Timur dan mengasaskan sebuahekonomipertanian danperikanan. Kawasan "Dunia Baru" ini digelarAcadia oleh orang Perancis sempena namaArcadia, bahagian yang mempesona disemenanjungPeloponnesus diGreece. Ia dinamai semula sebagaiNova Scotia (Scotland Baru) selepaspenyingkiran kebanyakan orang Acadia oleh orangInggeris pada tahun1755.
Poitou ialah sebuah daerah bersejarah di tengah barat Perancis.Poitiers, bekasibu kota daerah ini, merupakanbandar rayanya yang terutama, walaupun kotapelabuhanLa Rochelle dapat bersaing dengannya dari segiekonomi.Pertanian danpenternakan adalah penting untuk ekonomi Poitou-Charentes, dengangandum sertajagung ditanam, danlembu diternakkan. Industri-industri daerah ini mengeluarkanjentera,bahan kimia, dankeluaran tenusu.
KaumPictavi, penduduk-penduduk pertama yang diketahui di daerah ini merupakan sebuah puakGaul yang ditaklukkan pada tahun56 SM oleh tenteraRom yang menggabungkan kawasan ini ke dalam Gaul sebagai sebahagianprovinsiAquitania. TenteraVisigoth merampas daerah ini pada tahun418, tetapi daerah ini kemudian ditawan oleh tenteraFrank pada tahun507. Pada tahun732 atau733,Charles Martel menghentikan seranganMuslim ke atasEropah Barat melalui kemenangannya dalamPertempuran Poitiers. Antaraabad ke-10 hingga pertengahanabad ke-12, paracount Poitou juga merupakan duke-duke Aquitaine, dan kota Poitiers bertambah penting. Poitou dikuasai oleh pihakInggeris pada tahun1152 melaluiperkahwinanEleanor dari Aquitaine denganHenry II (kemudian rajaEngland). Daerah ini kemudian digabungkan ke dalam negara Perancis pada tahun1416 dan merupakan salah satuprovinsi Perancis sehinggaRevolusi Perancis (1789-95 apabila ia dibahagikan kepada tiga buahdepartmen, iaitu Vienne, Deux-Sevres, dan Vendee.
Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah