Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Plumbum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
82thaliumplumbumbismut
Sn

Pb

Fl

Am
Nama,simbol,nomborplumbum, Pb, 82
Siri kimialogam lemah
Kumpulan,kala,blok146,p
Rupakelabu kebiru-biruan
Jisim atom piawai207.2(1)g·mol−1
Tatarajah elektron[Xe] 4f14 5d9 6s2 6p2
Elektron pada setiappetala2, 8, 18, 32, 18, 4
Fasapepejal
Ketumpatan (padasuhu bilik)11.34g·cm−3
Ketumpatan cecair padatakat lebur10.66 g·cm−3
Takat lebur600.61 K
(327.46 °C, 621.43 °F)
Takat didih2022K
(1749 °C, 3180 °F)
Haba lakuran4.77kJ·mol−1
Haba pengewapan179.5kJ·mol−1
Muatan haba tentu(25 °C) 26.650 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa1101001 k10 k100 k
padaT/K97810881229141216602027
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan4,2
(Oksidaamfoterik)
Keelektronegatifan2.33 (skala Pauling)
Jejari atom180pm
Jejari atom terhitung154 pm
Jejari kovalen147 pm
Jejari Van der Waals202 pm
Lain-lain
Sifat magnetdiamagnet
Kerintangan elektrik(20 °C) 208 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 35.3 W·m−1·K−1
Pengembangan terma(25 °C) 28.9 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) (sepuh lindap)
1190 m·s−1
Modulus Young16 GPa
Modulus ricih5.6 GPa
Nisbah Poisson0.44
Kekerasan Brinell38.3 MPa
Nombor CAS7439-92-1
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama:Isotop plumbum
isoNAseparuh hayatDMDE(MeV)DP
204Pb1.4%>1.4×1017thnAlpha2.186200Hg
205Pbsyn1.53×107thnε0.051205Tl
206Pb24.1%Pbstabil dengan 124neutron
207Pb22.1%Pbstabil dengan 125neutron
208Pb52.4%Pbstabil dengan 126neutron
210Pbsurih22.3thnα3.792206Hg
β0.064210Bi
Rujukan

Plumbum (Sains,[1]Jawi: ڤلومبوم daripadabahasa Latin) atautimah hitam (Jawi:تيمه هيتم‎,[2][3] jugatimbalتيمبلInd. serapanbahasa Jawa:ꦠꦶꦩ꧀ꦧꦼꦭ꧀,translit. timbel[4]) ialah sejenisunsur kimia yang mempunyainombor atom 82 dan diberikan simbolPb. Plumbum dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai . Plumbum adalah logam lembut dan mudah tertempa. Logam ini tergolong dalam kumpulanlogam lemah. Plumbum juga merupakan sejenislogam berat. Plumbum yang baru dikerat berwarna putih kebiru-biruan, tetapi dengan serta-merta menjadi kusam (sebam) apabila terdedah kepada udara. Apabila dilebur menjadi cecair, plumbum berwarna perak krom berkilau.

Nombor atom plumbum adalah yang paling tinggi antara kesemuaunsur-unsur stabil. Namun demikian,bismut yang mempunyai nombor atom yang lagi tinggi daripada plumbum, juga dianggap sejenis unsur yang stabil walaupun sebenarnya adalah sedikit radioaktif (mempunyai separuh hayat dengan jangka masa yang sangat lama).

Plumbum mempunyai banyak kegunaaan/aplikasi dalam pembinaan bangunan, pembuatanbateri asid plumbum,peluru, bebola plumbum dan pemberat. Aloi-aloi boleh lakur sepertipiuter danpateri juga mengandungi unsur plumbum.

Plumbum merupakanneurotoksin yang sangat poten (berbahaya), sama sepertiraksa. Plumbum cenderung untuk bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang.

Sifat fizikal

[sunting |sunting sumber]

Zarah atom

[sunting |sunting sumber]

Atom unsur ini memiliki 82elektron, dengankonfigurasi [Xe]4f145d106s26p2. Jumlahtenaga pengionan pertama dan kedua ia (tenaga untuk mengeluarkan dua elektron terluarnya) mirip denganstannum (Sn), tetangga atas timah hitam dalam golongan IVA. Hal ini tidak wajar kerana tenaga pengionan suatu unsur biasanya lebih rendah daripada tetangga atasnya di golongan yang sama, kerana elektron terluarnya lebih jauh dariteras atom dan dipisahkan oleh lebih banyak orbital tahap rendah. Ketidakwajaran ini disebabkan oleh fenomena yang disebutpengecutan lantanida iaitu berkurangnyajari-jari atom dari lantanum (nombor atom 57) kelutesium (71), dan relatif kecilnya jari-jari atom unsur-unsur berikutnya. Ini adalah akibat dari kurang efektifnya elektron-elektron 4f dalam melindungi elektron luar dari tarikan teras atom. Bahkan jika tenaga pengionan pertama sampai keempat-empat elektron dijumlahkan, jumlah tenaga pengionan unsur ini dikira melebihi timah,[5] berbalik dari pola yang umum untuk tetangga atas-bawah di jadual berkala. Di antara penyebab anomali ini adalah kesan-kesankimia kuantum relativistik. Salah satunya adalah kesan pasangan lengai, yang menyebabkan kedua elektron 6s timah hitam cenderung tidak terlibat dalam ikatan, sehingga jarak antara atom-atom pada halur unsur menjadi sangat jauh.[6]

Unsur-unsur atas kedudukan ia pada golongan IVA (karbon,silikon,germanium, dan timah) memilikialotrop dengan struktur kubik seperti intan iaitu denganikatan kovalen bersusunantetrahedral. Pada unsur-unsur tersebut, tahap tenaga orbital s dan p terluar sangat mirip sehingga dapat melakukanhibridisasi orbital menjadi orbital sp3. Namun, hal serupa tidak terjadi pada timah hitam, kerana kesan pasangan lengai meningkatkan jarak tenaga orbital s dan p sehingga tidak dapat ditutupi oleh tenaga yang dibebaskan melalui ikatan yang melibatkan orbital sp3.[7] Kerana sebab itu, unsur tidak memiliki struktur kristal kubik sepertiintan, tetapi terikat melaluiikatan logam yang melibatkan ion-ion Pb2+ yang dikelilingi "lautan elektron" yang berasal dari orbital 6p. Timah hitam menghablur dengan strukturkubik pusat muka (kpm, atauface-centred cubic, fcc)[8] seperti halnya logamgolongan IIAkalsium danstrontium.[9]

Sifat benda

[sunting |sunting sumber]
Sebuah lempengan logam yaitu timbal.
Contoh timah hitam yang diperoleh dengan membekukan timah hitam cair

Timah hitam murni memiliki warna perak terang dengan sedikit kebiru-biruan.[10] Zat ini memudar saat terkena udara lembap dan warnanya pun akan berubah tergantung kondisi. Ciri utama timah hitam di antaranya adalahjisim jenis tinggi, lunak, dan mudah ditempa, serta tahan korosi kerana adanya gejalapasivasi.[11]

Jisim jenis unsur yang tinggi (11,34 g/cm3) disebabkan oleh susunan atomnya yang berupa kubik pusat muka dengan kepadatan tinggi dan berat atom tinggi. Jisim jenis ini lebih berat dari banyak logam lainnya, sepertiferum (7,87 g/cm3),tembaga (8,93 g/cm3) danseng (7,14 g/cm3).[12] Ada beberapa logam yang lebih berat tetapi lebih sukar didapati iaitutungsten danaurum (keduanya 19,3 g/cm3) danosmium (22,59 g/cm3 dan logam terberat yang diketahui saat ini).[13]

Timah hitam bersifat lembut dengan takat hanya 1.5 padaskala Mohs dan dapat digores dengan kuku.[14] Logam ini cukup mudah ditempa (yakni "mulur") dan ditarik .[15] Ia memilikimodulus curah (bilangan yang menunjukkantekanan yang dibutuhkan untuk mengurangi volume) sebesar 45,8GPa. Sebagai perbandingan, logam aluminium memiliki modulus curah 75,2 GPa, tembaga 137,8 GPa, dan besi karbon sedang 160–169 GPa.[16] Selain itu, timah hitam memilikikekuatan tarik yang relatif rendah iaitu 12–17 MPa (hanya sekitar 1/6 dari kekuatan tarik aluminium, 1/10 dari tembaga, dan 1/15 dari baja karbon sedang). Namun, timah hitam dapat diperkuat jikadipadukan dengan sedikit tembaga atauantimon.[17]

Timah hitam memilikititik lebur 327,5 °C,[18] sangat rendah dibandingkan dengan kebanyakan logam.[19][a]Titik didihnya adalah 1749 °C, terendah di golongan IVA.[18] Timah hitam memilikiresistansi jenis (ρ) 192nanoohm-meter pada suhu 20 °C, hampir 10 kali lebih besar dibanding logam-logam yang banyak digunakan industri, seperti tembaga (15,43 nΩ·m), emas (20,51 nΩ·m); dan aluminium (24,15 nΩ·m).[21] Angka-angka ini menunjukkan bahawa timah hitam adalah pengalirarus elektrik yang lebih buruk dibandingkan logam-logam tersebut. Timah hitam menjadisuperkonduktor pada suhu di bawah 7,19K,[22] ini adalah suhu kritis superkonduktor tertinggi dari seluruhsuperkonduktor jenis I, dan tertinggi ketiga dari seluruh superkonduktor yang berupa unsur.[23]

Isotop

[sunting |sunting sumber]

Templat:Infobox lead isotopes

Plumbum dalam bentuk semulajadinya memiliki 4 isotop stabil (dengannombor jisim 205, 206, 207, dan 208) dan 5radioisotop kecil yang cepat meluruh dan kelimpahannya sangat rendah. Banyaknya jumlah isotop ini adalah hal yang umum untuk unsur dengan nombor atom yang genap.[b] Timah hitam memiliki 82 proton, yang merupakan salah satu "nombor ajaib" dalam fizik teras; sesuai denganmodel petala nukleus, hal ini bererti unsur memiliki teras atom yang sangat stabil.[25] Isotop timah hitam-208 bahkan memiliki 126 neutron (126 juga termasuk bilangan ajaib); alhasil isotop 208 ini (82 proton + 126 neutron) adalah isotop yang luar biasa stabil.[25]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Zaman prasejarah

[sunting |sunting sumber]
Sebuah bagas garis menunjukkan produksi timbal
Produksi timah hitam dunia hingga 1950; puncak produksi terjadi pada zamanRomawi Kuno dan setelahRevolusi Industri.[26]

Manik-manik timah hitam paling lama bertahan telah ditemukan diAsia Kecil (sekarang dalam Turki) bertarikh kira-kira 7000–6500 SM yang dianggap sebagai titik mula manusia memperoleh logam bijih secara kaedahpeleburan.[27] Pada ketitka ini itu, timah hitam agaknya memiliki sedikit kegunaan kerana bersifat lunak dan tampak buram.[27] Penyebab meningkatnya produksi timah hitam adalah kerana bijih timah hitam yang disebutgalena juga merupakan sumber perak.[28] BangsaMesir Kuno adalah bangsa pertama yang menggunakan galian ini sebagaikosmetik yang menyebar sejauhYunani dan daerah-daerah lain.[29] Bangsa Mesir Kuno juga menggunakan sebagai bahan pemberat jala ikan, sebatiankaca, licauan tembikar, dan sebagai hiasan.[28] Masyarakat yang menduduki rantauHilal Subur menggunakan timah hitam untuk alat tulis, mata wang, dan sebagai bahan bangunan.[28] Golongan seisi istana dan bangsawanCina mengambil timah hitampsikostimulan di kalangan istana,[28] sebagai mata wang[30] dan sebagaipengawal kelahiran.[31]Peradaban Lembah Indus danMesoamerika menggunakannya untuk membuat berbagai jimat;[28] bangsa-bangsa Afrika daerah selatan dan timur menggunakannya untuk mengerjakanpenarikan kawat.[32]

Zaman klasik

[sunting |sunting sumber]
batuhumban timah hitam zaman Yunani Kuno.[33]

Kelaziman penggunaan bahan perak yang sering tercampur dalam galian timah hitam banyak digunakan sebagai alat tukar dan perhiasan, sumber-sumber timah hitam mulai diperoleh di Asia Kecil sejak 3000 SM, lalu diikuti pengolahan diKepulauan Aegea danLavrio (sekarang di Yunani). Tiga kawasan ini mendominasi perlombongan timah hitam hingga sekitar 1200 SM.[34] Selain itu, masyarakatFinikiyah sejak 2000 SM mengolah sumber timah hitam diSemenanjung Iberia; pada 1600 SM pulauKibris danSardinia pun juga memiliki perlombongan timah hitam.[35] RantauNusantara telah mengenal perlombongan timah hitam dan penggunaannya dalam paduangangsa setidaknya sudah ada sejak zaman Hindu-Buddha. sebahagianartifak gangsa yang ditemukan dari zaman ini diSumatera danJawa mengandung kadar timah hitam yang berkisar antara 1,22% sampai 17,43%.[36] Daerah perlombongan yang menggunakan teknik peleburan ditemukan di banyak tempat serata pulauSumatera terutamanyaMuara Sipongi diutaranya.[37]

Republik Rom menjadi pengeluar terbesar timah hitam pada zaman klasik akibat perluasan wilayahnya di Eropah danLaut Rum serta pengembangan perlombongan dijalankan. Puncak produksi timah hitam Romawi pada masa ini diperkirakan mencapai 80.000 ton. Seperti sebelumnya, sebahagian besar timah hitam diperoleh sebagai hasil sampingan perlombonganperak.[26][38] perlombongan timah hitam dibuka di Eropah Tengah,Britania,Semenanjung Balkan, Yunani, Asia Kecil, dan SemenanjungHispania; Hispania sendiri menghasilkan 40% timah hitam dunia.[26]

Papan timah hitam banyak digunakan sebagai bahan menulis surat.[39] DiProvinsi Yudea, timah hitam digunakan sebagai peti mati yang dicetak dengan motif-motif sesuai kepercayaan penghuninya.[40] Timah hitam digunakan sebagai bahan membina pembetung yang mengalirkan bekalan air serataempayar Rom.[41] Sifatnya yang mudah diolah dan tahankakis diidamkan sebagai bahan ubat-ubatan, atap, mata wang, maupun persenjataan.[41][42][43][44] Penulis sepertiMarcus Porcius Cato,Columella, danPlinius yang Tua menyarankan penggunaan wadah berbahan atau berlapis timah hitam untuk membuatdefrutum, suatu bahan pemanis dan pengawetwain dan makanan. Saat ini diketahui bahawa wadah timah hitam memberikan rasa manis kerana dapat bereaksi membentuk timah hitam(II) asetat ("gula timah hitam"), sedangkan wadah tembaga atau perunggu dapat menberikan rasa pahit akibat terbentuknyatembaga(II) asetat ("verdigris").[45]

Vitruvius menulis bahawa timah hitam membahayakan kesihatan,[46] dan beberapa penulis moden berpendapat bahawakeracunan plumbum adalah salah satu penyebab masyarakat Romawi menyusut.[47][48][c] Namun, peneliti lain mengkritik pendapat tersebut, salah satunya dengan menunjukkan bahawa tidak semua gejala sakit perut diakibatkan keracunan timah hitam.[50] Menurut penelitian arkeologi, pipa timah hitam yang digunakan bangsa Romawi meningkatkan kadar timah hitam dalam air leding, tetapi efeknya kemungkinan besar tidak terlalu berbahaya.[51][52]

Pada zaman Pertengahan dan Pembaharuan

[sunting |sunting sumber]

perlombongan timah hitam di Eropah barat menurun setelahruntuhnya Kekaisaran Romawi Barat, dan hanyaAl-Andalus (Hispania) yang masih memproduksi timah hitam dengan jumlah besar.[53][54] Pada saat bersamaan, perlombongan timah hitam tumbuh dengan cepat di luar Eropah. Produksi terbesar terjadi di Asia Timur (terutama China) dan Asia Selatan (terutama India).[54]

perlombongan timah hitam mulai meningkat lagi di Eropah pada abad ke-11 dan ke-12, dan logam tersebut digunakan kembali untuk bahan atap dan pipa.[55] Sejak abad ke-13, timah hitam digunakan untuk membuatkaca berwarna.[55] Menurut ilmualkimia dalamtradisi dunia Islam dan Eropah pada abad pertengahan, timah hitam merupakanlogam dasar tak murni yang konon dapat diubah menjadi emas melalui proses pemisahan dan pemurnian.[56]

Portret Elizabeth I, dengan wajah putih.
Ratu Elizabeth I sering digambarkan bersolek putih di wajahnya yang mengandungi kadar timah hitam yang tinggi sehingga dianggap sebagai salah satu penyebab kematiannya.[57]

Pada masa ini, timah hitam juga digunakan sebagai bahan campuran pada minuman anggur.Paus Alexander VI melarang penggunaan wain yang dicampurkan timah hitam dalamupacarajamuanmisa dan kegiatan yang seumpamanyapada 1498, namun amalan ini masih terus berlangsung sehingga mengakibatkan banyak kes kracunan hingga abad ke-18.[53][58] Timah hitam juga merupakan bahan penting untukmesin cetak yang ditemukan sekitar 1440; pekerja mesin cetak sering mengalami keracunan akibat pendedahan kepada sisa debu ukiran timah hitam.[59] Timah hitam menjadi bahan utama peluru untuk senjata api pada masa ini. Walaupun lebih mahal dibanding besi, timah hitam dipilih kerana besi membuat laras senapang tidak mudah mengaray, sedangkan timah hitam lebih padat dan mudah dihasilkan kerana titik lelehnya lebih rendah.[60] Kosmetik dikandungi timah hitam digunakan oleh kalangan bangsawan Eropah Barat sebagai pemutih wajah, dan kelak juga untukrambut palsu dancelak. Tren ini baru surut pada masaRevolusi Perancis pada akhir abad ke-18,[61][62] tetapi solekan serupa juga muncul di Jepun abad ke-18, sejak munculnya pekerjaanwanita penghibur yang bersolek demikian kerana ajah putih dianggap melambangkan sifat baik wanita Jepun.[63][64]

Di Afrika, perlombongan dan pertukangan timah hitam berlangsung diPalung Benue[65] dan daerah hilirCekungan Kongo, serta penggunaan logam ini sebagai mata wang dan alat tukar dengan bangsa Eropah telah terjadi pada abad ke-17 sebelumpenjajahan besar-besaran bangsa Eropah.[66]

Zaman penjelajahan Bangsa Eropah

[sunting |sunting sumber]

Di benua Amerika, kedatangan bangsa Eropah diikuti juga dengan perlombongan timah hitam. perlombonganmulai didirikan diKoloni Virginia pada 1621, 14 tahun setelah pendirian koloni tersebut.[67] Perlombongan di benua Australia mula dengan pembukaan sebuah lombong timah hitam pada tahun 1841.[68]

Giat perlombingan zaman Revolusi Perindustrian

[sunting |sunting sumber]
Gambar hitam-putih menggambarkan para pekerja di sebuah pertambangan
Perlombongan timah hitam di huluSungai Mississippi, 1865

Revolusi Industri terjadi pada separuh kedua abad ke-18 diBritain Raya dan menyebar ke benua Eropah serta Amerika Syarikat. Saat ini pengeluaran timah hitam meningkat kembali bahkan melebihi produksi zaman Rom untuk pertama kalinya.[26] Awalnya, Britania Raya adalah penghasil timah hitam terbesar hingga pertengahan abad ke-19, saat persediaan timah hitamnya mulai habis dan perlombongandi Jerman, Spanyol, dan Amerika Syarikat semakin berkembang.[69] Pada 1900, Amerika Syarikat adalah penghasil timah hitam terbesar, negara-negara luar benua Eropah lain terutamanya Kanada, Mexico dan Australia) mulai melombong timah hitam dalam jumlah besar.[70] Alhasil, produksi timah hitam di luar Eropah melebihi produksi Eropah.[70] Timah hitam paling banyak digunakan untuk membuat pipa dan cat.[71] Semakin banyak orang didedahkan kepada plumbum dan mengalami keracunan terutamanya dalam golongan pekerja lalu akhirnya mencetuskan penyelidikan yang menyeluruh mengenai kesan timah hitam terhadap tubuh manusia. Penelitian selanjutnya menyimpulkan bahawa asap timah hitam lebih berbahaya daripada timah hitam berbentuk padatan. Timah hitam dikaitkan dengan penyakitgout:Alfred Baring Garrod menemukan bahawa sepertiga dari pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini adalah pekerja yang terlibat dalam pengimpalan danmengecat. Pada abad ke-19, diteliti juga kesan menghirup timah hitam (terutama jika terus menerus) terhadap kelainan-kelainan mental. Pada dekade 1870-an dan 1880-an, Britania Raya mengeluarkan undang-undang untuk mengurangi keracunan timah hitam di pabrik-pabrik.[71]

Zaman moden: kesedaran bahaya dan pengurangan

[sunting |sunting sumber]
Poster cat dengan gambar seorang anak.
Poster cat buatanDutch Boy dengan bahan timah hitam, Amerika Syarikat, 1912

Bukti-bukti bahaya yang ditimbulkan timah hitam terus ditemukan pada abad ke-19 dan 20. Pengetahuan akan mekanisme unsur ini dalam tubuh manusia semakin jelas, dan ditemukan juga fenomena kebutaan yang diakibatkan oleh timah hitam. Akibatnya, unsur ini mulai dihindari di Amerika Syarikat dan Eropah. Britania Raya mewajibkan pemeriksaan kilang pada 1878 dengan suatu badan khusus tujuan ini ditubuhkan pada pada 1898; setelah itu, kasus keracunan timah hitam berkurang 25 kali ganda selama tertahun 1900–1944.[72] Pada 1930, sebahagian besar negara Eropah telah melarang cat timah hitam (yang populer kerana daya tarikan warnanya yang pekat dan tahan air)[73] untuk interior bangunan.[74]

Timah hitam (dalam bentuk tetra etil timah hitam) mulai digunakan sebagaizat antiketuk untukbenzena di Amerika Syarikat pada 1921. Amalan ini menyebar luas dan menjadi sumber terakhir yang memaparkan timah hitam pada khalayak umum. Pada 2000, praktik ini telah dilarang di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.[75][71]

Pada dasawarsa 1970-an, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah Barat mulai mengeluarkan undang-undang membataskan pencemaran timah hitam di udara[76][77] yang terbukti berkesan: penelitianPusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menunjukkan bahawa populasi yang menderita tingginya kadar kandungan timah hitam dalam darah menurun dari 77,8% (1976–1980) menjadi 2,2% (1991–1994).[78] Pada akhir abad ke-20, produk mengandung timah hitam yang paling umum adalah bateri asid plumbum yang dianggap tidak berbahaya bagi manusia.[79]

Selama tempoh 1960–1990, produksi timah hitam di negara-negaraBlok Barat tumbuh sekitar 31%.[80] Produksi di negara-negaraBlok Timur juga meningkat, dan peratussan timah hitam dunia yang dihasilkan di negara-negara ini meningkat dari sekitar 10% (1950) menjadi 30% (1990).Kesatuan Soviet menjadi penghasil timah hitam terbesar dunia dari pertengahan 1970-an hingga 1980-an, dan China mulai melakukan perlombongan timah hitam besar-besaran pada akhir abad ke-20.[81] Berbeda dengan negara-negara Blok Timur di Eropah, pada pertengahan abad ke-20 sebahagian besar China masih belum maju diindustrikan penuh. Penggunaan timah hitam terkait pengindustrian yang selanjutnya terjadi di negara tersebut menjadi ancaman kesihatan (seperti halnya di Eropah pada masa Revolusi Industri).[82] Pada tahun 2004, China menjadi pengeluar timah hitam terbesar dunia.[83]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Bandingkan dengan titik leleh besi yaitu 1536 °C, tembaga yaitu 1084 °C, dan aluminum yaitu 660 °C. Ada juga yang lebih rendah dibanding timbal, misalnya timah (231,9 °C).[20]
  2. ^Hal ini disebabkan jumlah proton atau neutron yang genap biasanya meningkatkan kestabilan inti sebuah atom, relatif dibandingkan inti atom dengan jumlah ganjil. Tidak ada unsur bernomor atom ganjil yang memiliki lebih dari dua isotop stabil, sedangkan semua unsur bernomor genap memiliki lebih dari satu isotop stabil, termasuk timah (nomor atom 50) yang memiliki jumlah isotop stabil tertinggi yaitu 10.[24]
  3. ^Bahkan,Frankenburg 2014, halaman 16 menganggap timbal sebagai penyebabJulius Caesar hanya memiliki satu anak dan penerusnyaAugustus tidak memiliki anak.[49]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"plumbum".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^"timah hitam".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^Wilkinson, Richard James (1901).timah. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 211.Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalamdomain awam.
  4. ^"plumbum". Istilah MABBIM. Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^Lide 2005, m/s. 10-179.
  6. ^Norman 1996, m/s. 36.
  7. ^Greenwood & Earnshaw 1998, m/s. 226–27, 374.
  8. ^Christensen 2002, m/s. 867.
  9. ^Considine & Considine 2013, m/s. 501, 2970.
  10. ^Greenwood & Earnshaw 1998, m/s. 372.
  11. ^Greenwood & Earnshaw 1998, m/s. 372–73.
  12. ^Lide 2005, m/s. 12–35, 12–40.
  13. ^Lide 2005, m/s. 4–13, 4–21, 4–33.
  14. ^Vogel & Achilles 2013, m/s. 8.
  15. ^Anderson 1869, m/s. 341–43.
  16. ^Gale & Totemeier 2003, m/s. 15–2–15–3.
  17. ^Thornton, Rautiu & Brush 2001, m/s. 8.
  18. ^abLide 2005, m/s. 12-219.
  19. ^Thornton, Rautiu & Brush 2001, m/s. 6.
  20. ^Thornton, Rautiu & Brush 2001, m/s. 13.
  21. ^Lide 2005, m/s. 12-45.
  22. ^Blakemore 1985, m/s. 272.
  23. ^Webb, Marsiglio & Hirsch 2015.
  24. ^IAEA - Nuclear Data Section 2017.
  25. ^abStone 1997.
  26. ^abcdHong dll. 1994, m/s. 1841–43.
  27. ^abRich 1994, m/s. 4.
  28. ^abcdeWinder 1993b.
  29. ^History of Cosmetics.
  30. ^Yu & Yu 2004, m/s. 26.
  31. ^Toronto museum explores 2003.
  32. ^Bisson & Vogel 2000, m/s. 105.
  33. ^Lead sling bullet.
  34. ^Rich 1994, m/s. 5.
  35. ^United States Geological Survey 1973.
  36. ^Soedowo 2012, m/s. 159.
  37. ^Soedowo 2012, m/s. 162.
  38. ^de Callataÿ 2005, m/s. 361–72.
  39. ^Ceccarelli 2013, m/s. 35.
  40. ^Ossuaries and Sarcophagi.
  41. ^abRich 1994, m/s. 6.
  42. ^Thornton, Rautiu & Brush 2001, m/s. 179–84.
  43. ^Bisel & Bisel 2002, m/s. 459–60.
  44. ^Retief & Cilliers 2006, m/s. 149–51.
  45. ^Grout 2017.
  46. ^Hodge 1981, m/s. 486–91.
  47. ^Gilfillan 1965, m/s. 53–60.
  48. ^Nriagu 1983, m/s. 660–63.
  49. ^Frankenburg 2014, m/s. 16.
  50. ^Scarborough 1984.
  51. ^Reddy & Braun 2010, m/s. 1052.
  52. ^Delile dll. 2014, m/s. 6594–99.
  53. ^abWinder 1993a.
  54. ^abRich 1994, m/s. 7.
  55. ^abRich 1994, m/s. 8.
  56. ^Cotnoir 2006, m/s. 35.
  57. ^Kellett 2012, m/s. 106–07.
  58. ^Samson 1885, m/s. 388.
  59. ^Sinha dll. 1993.
  60. ^Ramage 1980, m/s. 8.
  61. ^Tungate 2011, m/s. 14.
  62. ^Donnelly 2014, m/s. 171–172.
  63. ^Nakashima dll. 1998, m/s. 59.
  64. ^Ashikari 2003, m/s. 65.
  65. ^Bisson & Vogel 2000, m/s. 85.
  66. ^Bisson & Vogel 2000, m/s. 131–32.
  67. ^Rabinowitz 1995, m/s. 66.
  68. ^Gill & Libraries Board of South Australia 1974, m/s. 69.
  69. ^Lead mining.
  70. ^abRich 1994, m/s. 11.
  71. ^abcRiva dll. 2012, m/s. 11–16.
  72. ^Hernberg 2000, m/s. 246.
  73. ^Crow 2007.
  74. ^Markowitz & Rosner 2000, m/s. 37.
  75. ^Uekoetter 2004, m/s. 132. sfn error: no target: CITEREFUekoetter2004 (help)
  76. ^More dll. 2017.
  77. ^American Geophysical Union 2017.
  78. ^Centers for Disease Control and Prevention 1997.
  79. ^Rich 1994, m/s. 117.
  80. ^Rich 1994, m/s. 17.
  81. ^Rich 1994, m/s. 91–92.
  82. ^Zhang dll. 2012, m/s. 2261–73.
  83. ^United States Geological Survey 2005.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
 Jadual berkala
H He
LiBe BCNOFNe
NaMg AlSiPSClAr
KCa ScTiVCrMnFeCoNiCuZnGaGeAsSeBrKr
RbSr YZrNbMoTcRuRhPdAgCdInSnSbTeIXe
CsBaLaCePrNdPmSmEuGdTbDyHoErTmYbLuHfTaWReOsIrPtAuHgTlPbBiPoAtRn
FrRaAcThPaUNpPuAmCmBkCfEsFmMdNoLrRfDbSgBhHsMtDsRgCnNhFlMcLvTsOg
Logam alkaliLogam alkali bumiLantanidAktinidLogam peralihanLogam lainMetaloidBukan logam lainHalogenGas adi
Versi terperinci 
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Plumbum&oldid=6109240"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp