Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ploutarkhos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung kepala Ploutarkhos di tempat kelahirannyaKhaironeia,Yunani.

Loúkios Mestrios Ploútarkhos (Λούκιος Μέστριος Πλούταρχος,Latin:Lucius Mestrius Plutarchus,nama Inggeris:Plutarch, k.k.46-127) ialah seorangahli sejarah,periwayat, danpenulis esei dariYunani.

Beliau merupakan kelahiranKhaironeia, sebuah bandar kecil di kawasanYunani yang dikenali sebagaiBoeotia, mungkin pada masa pemerintahanMaharaja Claudius. Beliau jauh mengembara di duniaMediterranean, termasuk dua kali keRom. Disebabkan kekayaan ibu bapanya, Ploutarkhos dapat membelajarifalsafah,retorik, danmatematik di Akademi Athens selepas tahun67.

Ploutarkhos mempunyai beberapa kawan yang amat berpengaruh, termasukSoscius Senecio danFundanus. Kedua-dua kawan ini adalahsenator yang beliau mendedikasikan sebilangan penulisannya yang kemudian. Ploutarkhos tinggal di Chaeronea untuk kebanyakan hidupnya dan diperkenalkan dalammisteriApollo,dewa Yunani. Bagaimanapun, tanggungjawabnya sebagai orang yang lebih lama kepada dua orang pendeta Apollo diTempat Keramat Delphi (Oracle of Delphi, di mana beliau bertanggungjawab untuk mentafsirkan petanda-petandaPythia) tidak mengambil banyak masanya — beliau mengamalkan kehidupan sosial dan awam yang aktif dan menghasilkan amat banyak tulisan, kebanyakan daripada ini masih wujud.

Kerja sebagai majistret dan duta

[sunting |sunting sumber]

Selain daripada tugas-tugasnya sebagai pendeta kuil Delphi, Ploutarkhos juga memegang jawatanmajistret di Chaeronea dan beliau pernah mewakili tempat asalnya untuk berbagai-bagai misi ke negara-negara asing semasa tahun-tahundewasa awalnya. Kawannya,Lucius Mestrius Florus, seorangkonsul Rom, menaja Ploutarkhos sebagaiwarganegara Rom dan, menurutGeorge Syncellus, ahli sejarahabad ke-10, pada hidup akhirannya, MaharajaHadrian melantik beliau sebagaipeguam caraAchaea – satu jawatan yang memberikannya hak untuk memakai jubah dan perhiasankonsul. (Suda, sebuahensiklopedia Yunanizaman pertengahan, menyatakan bahawaTrajan, pendahulu Hadrian, melantik Ploutarkhos sebagai peguam caraIllyria, tetapi kebanyakan ahli sejarah menganggap bahawa ini tidak mungkin kerana Illyria bukan sebuah wilayah yang mempunyai peguam cara, dan Ploutarkhos mungkin tidak bertutur dalambahasa Illyria.

Periwayatan sejarah

[sunting |sunting sumber]

Karya beliau yang paling terkenal ialahBíoi Parállēloi (Βίοι Παράλληλοι, "Kehidupan-kehidupan Selari" -Parallel Lives), sebuah siribiografi tokoh-tokoh Yunani dan Rom yang masyhur, disusun dalam bentukdiad untuk menunjukkan kebaikan atau kelemahan moral mereka yang sama. Manuskrip yang masih wujud mengandungi 23 pasang biografi, dengan setiap pasang mengandungi satu Kehidupan Yunani dan satu Kehidupan Rom, bersama-sama dengan empat Kehidupan tunggal yang berasingan. Sebagaimana yang diterangkan Ploutarkhos dalam perenggan pertamaKehidupan Alexander, beliau tidak mengambil berat tentang penulisan sejarah pada dirinya, tetapi hanya mahu memeriksa pengaruh dengan teliti dan dalam rangkumanperibadi — baik atau buruk — terhadap kehidupan dan nasib hidup tokoh-tokoh yang diangkat masyhur masyarakat sezamannya. Sesetengah daripada kandungan karya ini yang lebih menarik — umpamanya, peribadiHerakles danPhilip II dari Makedon — tidak wujud lagi, dan banyak daripada manuskrip asal yang terselamat yang lain telah dipotong, mengandungilompang yang ketara, atau diubah oleh pengarang-pengarang yang kemudian.

Pencatatan hayat Alexander Agung

[sunting |sunting sumber]

Bíos Alexándron(Βίος Αλεξάνδρου, "Kehidupan Alexander") ialah salah satu daripada lima sumber tertier yang masih wujud mengisahkan hidupAlexander Agung, raja dan penaklukMakedonia, dengananekdot dan pemerihalan peristiwa-peristiwa yang tidak wujud dalam sumber yang lain. Serupa juga, potretnya untukNuma Pompilius, seorang maharaja Rom yang awal, juga mengandungi maklumat yang unik mengenaitakwim Rom yang awal.

Karya-karya yang lain

[sunting |sunting sumber]

Moralia

[sunting |sunting sumber]
Moralia, 1531

Karya-karya Ploutarkhos yang lain yang masih wujud telah dikumpulkan di bawah tajukMoralia (diterjemahkan secara kurang tepat sebagaiAdat resam dan Mores). Ini merupakan sebuah himpunan bersifat eklektik yang mengandungi tujuh puluh lapan esei dan upacantranskripsi, dan yang termasuk:

  • Mengenai Nasib atau Sikap BaikAlexander Agung – satu tambahan yang penting untukKehidupan raja yang agung itu;
  • Mengenai PenyembahanIsis danOsiris – satu sumber matlumat yang genting mengenai upacara agamaMesir; dan
  • Mengenai Niat JahatHerodotus – satu usaharetorik yang serupa dengan ucapan-ucapan mengenai pencapaian Alexander, dan yang Ploutarkhos mempergunakan untuk mengkritikkan apa yang beliau melihatkan sebagai pandangan berat sebelah yang sistematik dalam karya Herodotus;

bersama-sama dengan karya-karya yang lebih bersifatfalsafah, sepertiKemerosotan Tempat-tempat Keramat,Mengenai Kelewatan Balas Dendam Tuhan,Mengenai Ketenangan Fikiran, dan karya-karya yang lebih ringan, sepertiOdysseus danGryllus, sebuahdialog yang lucu antaraUlyssesHomer denganCirce, salah satu daripadababi tersihir.Moralia ditulis lebih dahulu, sedangkanKehidupan menelan kebanyakan daripada duadekad terakhir hayat Ploutarkhos.

Sesetengah edisiMoralia termasuk banyak karya yang kini dikenali sebagaipseudepigrafa: antaranya ialahKehidupan-kehidupan Sepuluh Ahli Pidato (biografiSepuluh Ahli PidatoAthens kuno, berdasarkanDoktrin-doktrin Ahli-ahli Falsafah olehCaecilius dari Calacte), danMengenai Muzik. Seorang "pseudo-Ploutarkhos" dipertanggungjawabkan terhadap kesemua karya ini, walaupun pengarangnya memang tidak dapat diketahui. Walaupun pemikiran dan pendapat itu bukannya kepunyaan Ploutarkhos sendiri tetapi dari tempoh yang tidak lama kemudian, asal kesemua ini adalah klasik dan amat bernilai kepada para ahli sejarah.

Quaestiones

[sunting |sunting sumber]

Sepasang karya yang menarik tetapi kurang masyhur ialahSoalan-soalan yang merupakan perincian terselindung tentang tabiat dankultus masing-masing untuk Rom dan Yunani.

Pemikiran

[sunting |sunting sumber]

Politik

[sunting |sunting sumber]

Ploutarkhos agaknya selalu memikirkan keterlibatan hidup para filsuf dengan dunia politik.[1] Hal ini yang membedakannya dengan Plato yang kurang menekankan etika sikap hidup.[1] Menurut beliau, seorang filsuf (tradisiStoa seharusnya juga seorang shopis, yakni seseorang yang bukan sahaja mencintai kebijaksanaan, malah berusaha menjadi seorang yang bijak), dan seseorang itu tidak perlu terlibat dalam dunia politik.[1] Namun, penarikan dari kehidupan politik, menurut Ploutarkhos juga tidak diperbolehkan, meskipun ia untuk sementara waktu.[1] Golongan yang hidup dalam keadaan yang baik pasif mahupun menentang politik dianggap sebuah tindakan tercela.[1] Politik bahkan dianggap sebagai suat bidang yang tidak boleh dipermainkan dan suci, mengandung sesuatu yang ilahiah, di mana ia kadangkalanya dideskripsikan dalam istilah "inisiasi" yang dapat dilihat dari petua Plutarch:[1]

Negarawan yang sempurna turut campur dalam persoalan publik, mulanya dengan menjadi calon inisiasi, tetapi pada akhirnya dia akan menjadi orang yang mengajar dan menginisiasi (menginspirasi / mengilham) orang lain. Kegiatan politik [siyasah] adalah pengabdian kepada tanah air seseorang, yang bahkan dapat menuntut hak yang lebih tinggi berbanding orang tua seseorang. Negarawan atau warga negara yang baik seharusnya tidak menolak atau meremehkan setiap jawatan awam sekalipun tahap sederhananya, [kerana] setiap jawatan adalah kebaikan yang suci.

— Ploutarkhos dalam Praec. 824a-b, 795e, 792e, 816a

Pandangan terhadap etika

[sunting |sunting sumber]

Ploutarkhos senada dengan pemikiran Stoa yang menekankan hidup dalam kemandirian prinsip demi kebahagiaan, terlibat politik dalam mencapai kebaikan, melakukan pengabdian kepada negara danTuhan melalui hukum ilahi.[1] Baginya, tujuan politik adalah sesuatu yang baik secara moral dan tidak ada yang lain.[1] Kebaikan politik adalah yang paling sempurna dan tak satu pun dari kebaikan yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia dapat lepas dari hukum, keadilan dan kekuasaan.[1]

Politik adalah bukan sesuatu bentuk pengabdian (leitourgia) yang mencapai batasnya ketika keperluan dipenuhi habis-habisan, tetapi merupakan jalan hidup bagi makhluk yang mulia dan diciptakan untukpolis dan bermasyarakat, dan pada dasarnya ditetapkan untuk menjalani kehidupan berpolitik, mengejar cita-cita yang baik secara moral dan setiap saat memperlakukan orang lain dengan rasa kemanusiaan.

— Ploutarkhos dalamShould the Elderly Engage in Politics?791c

Pengaruh

[sunting |sunting sumber]

Karya-karya Ploutarkhos amat mempengaruhikesusasteraan Inggeris danPerancis.William Shakespeare memparafrasakan sebilangan bahagian daripada terjemahanThomas North untukKehidupan pilihan dalam drama-dramanya, dan kekadang memetiknya secara kata demi kata.Ralph Waldo Emerson dan penyokong-penyokongTransendentalisme amat dipengaruhi olehMoralia. (Emerson menulis pengenalan yang indah untuk edisi lima jilidMoralia padaabad ke-19).

James Boswell, penulis Scotland memetik ayat Ploutarkhos mengenai penulisan tentang kehidupan, berbanding biografi, dalam pengenalan untuk karyanya,KehidupanSamuel Johnson. Peminat-peminat Ploutarkhos yang lain termasukBen Jonson,John Dryden,Alexander Hamilton,John Milton danFrancis Bacon, serta tokoh-tokoh yang begitu berbeza sepertiCotton Mather,Robert Browning danMontaigne. Montaigne terutamanya memperoleh banyak ilham dan idea daripadaMoralia Ploutarkhos untuk karyanya,Essai ("Karangan" -Essays).

Petikan

[sunting |sunting sumber]
  • "Kekejaman membentukkan seksaan diri. Dia adalah tukang yang amat baik untuk hidup yang sengsara."
  • "Mempunyai keturunan yang baik adalah sesuatu yang elok, tetapi kemuliaannya adalah kepunyaan nenek moyang kita."
  • "Akal bukannya sebuah bekas untuk diisi, tetapi satu api untuk dinyalakan." —Mengenai Mendengar Syarahan
  • "Hanya untuk mengambil beberapa suap daging, kita merampas satu jiwa daripada matahari dan cahaya, dan daripada bahagian hidupnya yang ia dilahirkan ke dalam dunia ini untuk menikmati." —Mengenai Makan Daging
  • "Pemusnah kebebasan yang benar ialah mereka yang menyebarkan kedermawanan, derma, dan manfaat (hadiah atau wang yang keterlaluan)"

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcdefghiRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRowe el t al2

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
  • Wardman, Alan.Plutarch's "Lives".ISBN 0-236-17622-6.
  • Duff, Timothy E. (2002).Plutarch's Lives: Exploring Virtue and Vice. Oxford University Press.ISBN 0-19-925274-2.
  • Hamilton, Edith (1957).The Echo of Greece. Norton Library, W.W. Norton and Company, Inc. m/s. 194.ISBN 0-393-00231-4.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikisource
Wikisource

Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai:Plutarch (dalam bahasa Yunani)

Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Ploutarkhos
Topik-topikYunani Purba
Garis masa
Geografi
Kehidupan
Tokoh
Lain-lain
Bangunan
Seni
Bahasa
Tulisan
Nama tempat dan tokoh dalam bahasa Yunani diutamakan sambil disertakan nama Latin atau Inggeris tercondong
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ploutarkhos&oldid=5271244"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp