Plot 20 Julai tahun 1944 adalah merujuk kepada satu cubaan yang gagal bagi membunuhAdolf Hitler, pemimpinNazi Jerman, di dalam markas medan beliau di"Wolf's Lair" berdekatanRastenburg,Prusia Timur. Plot ini adalah kemuncak usaha oleh kumpulanPenentang Jerman untuk menjatuhkan regimNazi. Kegagalan kedua-dua usaha pembunuhan dancoup d'état (rampasan kuasa) tentera telah menyebabkan sekurang-kurangnya penangkapan 7,000 orang olehGestapo.[1] Berdasarkan rekodPersidangan Führer mengenai Hubungan Tentera Laut, 4,980 orang telah dihukum mati,[2] menyebabkan kemusnahan pergerakan penentang di Jerman.
Pada tahun 2005, satu siriUnsolved History olehMilitary Channel telah menayangkan episod yang bertajukKilling Hitler di mana setiap senario dicipta semula dengan menggunakan bahan letupan sebenar dan patung ujian. Keputusan yang diperolehi menyokong kesimpulan bahawa Hitler mungkin akan terbunuh sekiranya salah satu dari tiga senario ini berlaku.
Mereka yang tercedera termasuk Hitler, Scherff, von Puttkamer, Borgmann, Bodenschatz, Buhle, Jodl dan Heusinger. Kesemua orang yang menghadiri mesyuarat (kecuali Keitel) mengalamiperforated eardrum.