Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pleiades

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pleiades
Bintang Tujuh
Imej warna komposit Pleiades dariDigitized Sky Survey
Credit:NASA/ESA/AURA/Caltech
Data pemerhatian (EpokJ2000)
BurujTaurus
Jarak hamal03j 47m 24s[1]
Keserongan+24° 07′ 00″[1]
Jarak444tc secara purata (136.2±1.2pc[2][3][4][5])
Magnitud ketara(V)1.6[6]
Dimensi ketara(V)110' (arkaminit)[6]
Ciri-ciri fizikal
Gelaran lainM45,[1] Bintang Tujuh,Seven Sisters,[1] Melotte 22[1]
Lihat juga:Kelompok terbuka,Senarai kelompok terbuka

Dalamastronomi,Pleiades (disebut [pléi.a.dés]Jawi: ڤلياديس) atauBintang Tujuh (Jawi: بينتڠ توجوه,Objek Messier 45) ialah sebuahkelompok bintangterbuka diburujTaurus. Ia merupakankelompok bintang paling jelas dilihat dengan mata kasar, dan ia merupakan salah satu buruj yang terdekat denganBumi.

Kelompok tersebut didominasi olehbintang-bintang biru panas yang terbentuk kurang dari 100 juta tahun yang lalu. Debu yang membentuknebula pemantul di sekitar bintang-bintang terang awalnya dikira sebagai sisa-sisa pembentuknya (dari sini nama alternatifNebula Maia diturunkan dari bintangMaia), namun sekarang diketahui bahwa nebula tersebut hanyalah awan debumedium antara najam yang kebetulan sedang dilintasi oleh kelompok ini. Kajian astronomi dilakukan terhadap buruj ini menganggarkan kelompok ini akan bertahan hingga sekitar 250 juta tahun lagi, setelah itu kelompok tersebut akan tercerai-berai disebabkan interaksi graviti dengan objek-objek berhampirannya.

Nama-nama dipakai

[sunting |sunting sumber]

Pleiades yang merupakan nama saintifik diterima antarabangsa datangnya daripada namaGreek:Πλειάδες iaitu anak-anakPleione; seorangnimfa dalammitologi Yunani.

Selain nama "Bintang Tujuh" yang paling lazim, namun terdapat juga nama setempatMelayu lain diberikan sepertiBintang Ketika,Bintang Puyuh danBintang Suraya (serapanArab:الثريا).[7]

Orang Jawa pula memanggil kelompok ini dalambahasa mereka sebagaiLintang Wuluh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦮꦸꦭꦸꦃ, "Bintang Buluh"),Lintang Puyuh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦥꦸꦪꦸꦃ, "Bintang Puyuh", sama di atas) danLintang Yuyu (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦪꦸꦪꦸ, "Bintang Ketam").[7]

Bintang-bintang utama

[sunting |sunting sumber]
NamaPengenalanMagnitud ketaraPengelasan najamJarak (dalamt.c)[8]
AlcyoneEta (25) Tauri2.86B7IIIe7002409000000000000♠409±50
Atlas27 Tauri3.62B8III7002387000000000000♠387±26
Electra17 Tauri3.70B6IIIe7002375000000000000♠375±23
Maia20 Tauri3.86B7III7002344000000000000♠344±25
Merope23 Tauri4.17B6IVev7002344000000000000♠344±16
Taygeta19 Tauri4.29B6V7002364000000000000♠364±16
Pleione28 (BU) Tauri5.09(var.)B8IVpe7002422000000000000♠422±11
Celaeno16 Tauri5.44B7IV7002434000000000000♠434±10
Sterope, Asterope21 & 22 Tauri5.64;6.41B8Ve/B9V7002431100000000000♠431.1±7.5
HD 237535.44B9Vn7002420000000000000♠420±10
18 Tauri5.66B8V7002444300000000000♠444.3±7.5

Penemuan moden

[sunting |sunting sumber]

Galileo Galilei merupakan ahli falak pertama mengamati gugusan ini melaluiteleskop, beliau melakarkan pemerhatiannya dalam suatu buku diterbitkannya berjudulSidereus Nuncius pada Mac 1610.

Kepercayaan mengikut budaya

[sunting |sunting sumber]

Gugusan ini dapat diperlihatkan dalam kedudukanHemisfera Utara ketika musim sejuk sehingga sejauh pertengahan Hemisfera Selatan, hal ini ada dicerminkan dalam banyak budaya dalam rangkuman ini seluruh dunia.[9]

Mitologi Yunani

[sunting |sunting sumber]

Gugusan bintang ini dipercayai datang dari kisah di mana Pleione dan anak-beranaknya dalam pelayaran namun menyedari mereka diekoriOrion.Zeus rasa kasihan akan mereka lalu menukar mereka menjadi bintang[10] - hal ini juga merupakan kefahaman daripada kedudukan gugusan ini yang beredar mendahuluiburuj lambang Orion.

Mitologi Hindu

[sunting |sunting sumber]

Dalam astrologi Hindu (Jyotisha), gugusan Kartika (Sanskrit:कृत्तिका,rumi: Kṛttikā) adalah salah satu dariNákṣatra iaitu penanda penanggalan dalamtakwim Hindu. Dalam mitologi Hindu, dikisahkan bahwa DewaKartikeya dibesarkan oleh enam saudari yang dikenal dengan sebutan Kartika, disebabkan itu nama Kartikeya diberikan, yang bererti "dia yang dari Kartika". Menurut cerita dalamMahabharata, Kartikeya adalah anak kepada dewaAgni dan dewiSwaha, setelah Swaha mewujudkan dirinya menjadi enam dari tujuh isteri dari paraSaptaresi (burujbiduk besar) dan melakukan hubungan badan dengan Agni. Para Saptaresi yang mendengarkan kejadian ini menjadi meragukan kesucian isteri-isteri mereka, lalu menceraikan mereka. Enam janda bersaudari ini pun kemudian dikenali sebagai Kartika.

Mitologi Jepun

[sunting |sunting sumber]

Orang Jepun mengenali gugusan ini dengan nama Subaru (昴/すばる) atau Mutsuraboshi (六連星, "enam bintang"); ia pertama kali dicatatkan dalam dokumenKojiki bertarikh abad ke-6 Masihi.[11]

Nusantara

[sunting |sunting sumber]

MasyarakatKedah mengamati gugusan ini untuk mengirapiama musim yang penting dalam kerja persawahan dan kenelayanan suatu ketika dahulu.[12]

Kedua-dua orangMelayu danAceh berkongsi penceritaan mengenai sebutir bintang dari tujuh segugus yang dikatakan gugur menghilang sehinggakan diabadikan dalam suatu rangkappantun:[13][14]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji keMajapahit
Hilang sepuh nampak senam
Baru tahu tuan tak baik

Orang Aceh percaya kemunculan gugusan ini pada waktu sama dengan terbenamnya Matahari merupakan petanda cuaca buruk melanda lautan.[13]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcde"Cl Melotte 22".SIMBAD.Centre de données astronomiques de Strasbourg.
  2. ^Van Leeuwen, F. (2009). "Parallaxes and proper motions for 20 open clusters as based on the new Hipparcos catalogue".Astronomy and Astrophysics.497 (1): 209–242.arXiv:0902.1039.Bibcode:2009A&A...497..209V.doi:10.1051/0004-6361/200811382.
  3. ^Majaess, Daniel J.; Turner, David G.; Lane, David J.; Krajci, Tom (2011). "Deep Infrared ZAMS Fits to Benchmark Open Clusters Hosting delta Scuti Stars".Journal of the American Association of Variable Star Observers (Jaavso).39 (2): 219.arXiv:1102.1705.Bibcode:2011JAVSO..39..219M.
  4. ^Percival, S. M.; Salaris, M.; Groenewegen, M. A. T. (2005). "The distance to the Pleiades. Main sequence fitting in the near infrared".Astronomy and Astrophysics.429 (3): 887–894.arXiv:astro-ph/0409362.Bibcode:2005A&A...429..887P.doi:10.1051/0004-6361:20041694.
  5. ^Zwahlen, N.; North, P.; Debernardi, Y.; Eyer, L.; dll. (2004). "A purely geometric distance to the binary star Atlas, a member of the Pleiades".Astronomy and Astrophysics Letters.425 (3): L45.arXiv:astro-ph/0408430.Bibcode:2004A&A...425L..45Z.doi:10.1051/0004-6361:200400062.
  6. ^abMessier 45
  7. ^abNurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia".Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia.26 (2).doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.
  8. ^Templat:Cite DR2
  9. ^D'Huy, Julien; Berezkin, Yuri.How Did the First Humans Perceive the Starry Night? On the Pleiades.The Retrospective Methods Network Newsletter 2017. m/s. 100-122.
  10. ^The Pleiades in mythology, Pleiade Associates, Bristol, United Kingdom, accessed June 7, 2012
  11. ^Andrews, Munya (2004).The Seven Sisters of the Pleiades: Stories from Around the World. North Melbourne, Victoria, Australia: Spinifex Press. m/s. 293.ISBN 978-1-876756-45-1.
  12. ^Nurul Fatini Jaafar; Ahmad Hakimi Khairuddin (2021)."Folk Astronomy of the Northern West Coast of Peninsula Malaysia". Dalam Orchiston, Wayne; Vahia, Mayank N. (penyunting).Exploring the History of Southeast Asian Astronomy: A Review of Current Projects and Future Prospects and Possibilities (dalam bahasa Inggeris). Cham: Springer International Publishing. m/s. 529–547.ISBN 978-3-030-62777-5.
  13. ^abHurgronje, C. Snouck (2019).Orang Aceh: Budaya, Masyarakat, dan Politik Kolonial. Yogyakarta: IRCiSoD. m/s. 540–542.ISBN 978-602-7696-86-0.
  14. ^Faris Joraimi (Mei–Jun 2020)."On the Shores of a Starry Sea: Notes on Malay Astronomy".Passage. Lembaga Warisan Singapura: 18–19.CS1 maint: date format (link)
Senarai
Lihat juga

Koordinat:Peta langit03h 47m 24s, +24° 07′ 00″

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pleiades&oldid=5738872"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp