Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tumbuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaPlantae)

Tumbuhan
Julat zaman:
Kambria Awal sehingga sekarang
Pengelasan saintifik
Domain:
(tanpa pangkat):
Alam:
Plantae

Divisi

Alga hijau

Tumbuhan darat (embriofit)

Nematophytes

Tumbuhan (Jawi: تومبوهن; kata ganda:tumbuh-tumbuhanتومبوه-تومبوهن‎) merupakan salah satualamhidupaneukariot yang terdapat dialam semesta dengan namaPlantae.

Tumbuh-tumbuhan mendapatkan tenaganya daricahaya matahari dengan menjalankan prosesfotosintesis melaluikloroplas lalu menghasilkankanji. Udara, air, dan juga nutrien merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan. Hidupan ini merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakanklorofil (zat hijau) untuk menjalankan prosesfotosintesis.Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.

Secara amnya tumbuhan dibahagikan I am kepada :-

  1. tumbuhan berbunga sama ada:
    1. pokok berbuah
    2. pokok tidak berbuah
  2. tumbuhan tidak berbunga.

Dari perspektifbiologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup dalamalam tumbuhan. Dalam penggunaan harian, ia mungkin tidak begitu tepat sebagaimana diterangkan di bawah.

Kesulitan dalam penakrifan

[sunting |sunting sumber]

Istilahtumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih ketat dari definisi biasatumbuhan. Kita cenderung untuk menganggaptumbuhan sebagai organisma multisel eukariotik yang biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanyatumbuhan vaskular (vascular plant) mempunyai "akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, sepertitumbuhan kanivor danpokok janggut nabi, tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.

Istilahtumbuhan yang lebih luas adalah semuaautotrof (autotroph) — iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalamsistem ekologi. Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalamProkaryote, khususnyabakteria photoautotrophik dancyanobacteria. Tumbuhan memerlukan pelbagainutrien penting yang disesuaikan dengan fasa pertumbuhan tumbuhan, sepertivitamin,mineral,hormon, dan lain-lain[2]. Dalam pertanian komersil keperluan pemakanan tumbuhan dibekalkan olehmanusia melalui kejuruteraanbioteknologi, termasuk penggunaanbaja[3].

Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali sebagaialga biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggilcendawan (mushroom) sebagai tumbuhan, walaupun cendawan adalah badan berbuah (fruiting body) fungi (Alam Fungi), dan bukannyaphotoautotrophic sama sekali, tetapisaprophytic. Dan terdapat agak banyak spesiestumbuhan berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakanparasit.

Sistem pengelasan biologi semasa (lihat cladistics) cenderung untuk memberi penekanan perkaitan genetik antara organisma sebagai asas pengelasan. Secara sempurna,taxon (atauclade) perlumonophyletik; semua organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur tunggal, dan taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua keturunan dari leluhur tunggal itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada semua organisma dalam alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.

Kita tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkantumbuhan adalah pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam rencanaWikipedia, contohnya:...xylem merupakan satu dari dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap perbincangan di atas merupakantumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer, tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh.,...dalam tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini).

Sistem pengelasan (lihatpengelasan saintifik) digunakan oleh para biologi untuk mengkatalogorganisma yang hidup dibumi telah digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk melengkapkannya. Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan perkaitan evolusi antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang hanya dikenali melalui fosil). Tumbuhan adalah sebahagian daripada usaha pengelasan dan samaada menentukan "tumbuhan" secara meluas atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan kepada sistem pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan atau memberikan mamlumat mengenainya.

Evolusi dan pengelasan Alam Tumbuhan

[sunting |sunting sumber]

AlamtumbuhanPlantae (atauViridaeplantae) adalah kumpulan monophyletikeukaryote (organisma dengan sel bernukleas (nucleated)). Lebih 60 jurailineages utama eukaryotes telah dikenal pasti, kebanyakannya adalah bersel tunggalunicellular dan dikelaskan dalam alam paraphyletikProtista. Alamtumbuhan adalah kumpulanmonophyletik mengandungi organisma eukaryotik yang melakukanfotosintesis menggunakanklorofila danb, menyimpan hasil fotosintesis sebagaikanji dalamkloroplas (chloroplasts) tempat ia dihasilkan, mempunyai kloroplast yang diikat oleh selaput berkembardouble membrane, dan mempunyai dinding sel yang diperbuat denganselulus (cellulose ). Alam ini mengandungi beberapa kumpulan alga hijau yang berevolasi dari leleuhur yang sama dengantumbuhan hijau. Alga hijau mempunyai beberapa bentuk:flagellate, koloni, berjurai (filamentous), dan juga multiselular (multicellular) primitif. Kebanyakannya adalahhaploid, tetapi yang lain menunjukkangenerasi perantaraan (alternation of generations) antarahaploid dan bentukdiploid, dikenali sebagaigametophyte dansporophyte.

Dalam tempoh tertentu semasaPalaeozoik,tumbuhan multiselular, rumit (Embryophyte) mula muncul di daratan. Dalam bentuk baru ini, gametophyte dan sporophyte berubah bentuk dan fungsi yang amat berlainan, sporophyte kekal kecil dan bergantung kepada leluhurnya sepanjang tempoh hayatnya yang singkat. Kumpulan dalam organisasi aras ini, secara berkumpulan dikenali sebagaibryophytes, termasuk:

Kesemua bentuk ini adalah kecil dan terhad kepada persekitaran lembab, bergantung kepadaair untuk menyebarkan spora. Dalam tempohSilurian, embryophytes baru muncul dengan adaptasi membolehkan mereka mengatasi had ini, yang mengalami radiasi perubahan besar-besaran dalamtempoh Devonian, menguasai daratan. Kumpulan ini biasanya mempunyai ketahanan kutikel (cuticle) kepada kekeringan (desiccation), dan mempunyai tisu vaskular, yang mengangkut air keseluruh organisma, dan dengan ini dikenali sebagaitumbuhan vaskular. Dalam kebanyakan tumbuhan ini, sporophyte bertindak sebagai individual terasing, dengan gametophyte kekal amat kecil. Taxa tumbuhan vaskular merangkumi:

Spermatophytes, atautumbuhan berbiji benih (seed plants) merupakan kumpulantumbuhan vaskular yang berpecah (diversified ) pada akhirPalaeozoic. Dalam bentuk ini,gametophytelah yang mengecut sepenuhnya, dan sporophyte muda memulakan kehidupannya dalam biji benih yang terbentuk pada pokok tua. Kumpulan spermatophytes yang masih hidup termasuk:

Division ini dibahagikan kepadagymnosperms (empat yang pertama:benih terdedahnaked seeds), dan tumbuhan berbunga atauangiosperms. Angiosperms adalah kumpulantumbuhan terakhir muncul, ketika tempohJurassik, dengan perkembanganradiation utama dalam tempohCretaceous yang menyebabkan Angiosperms menjadi tumbuhan darat utama dalam kebanyakanbiome.

Kategori tumbuhan

[sunting |sunting sumber]

Tumbuhan vaskular sama adaherba atau berkayu.Tumbuhan berkayu selalunyapokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.

Tumbuhan saka vaskular mungkinmalar hijau, daun kekal sepanjang tahun, atauluruh, meluruhkan daun padamusim luruh dalam setahun. Kebanyakan tumbuhan luruh, biasanya dijumpai di kawasanberiklim sederhana, dan sesetengah tumbuhantropika dan subtropika meluruhkan daun mereka padamusim kemarau.

Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan ia dalam kehidupan manusia. Tanamanmakanan termasukbuah,sayur-sayuran,herba, danrempah.

Jangka hayat tumbuhan

[sunting |sunting sumber]

Sebagai tambahan kepadapengelasan saintifik tumbuhan, atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.

Tumbuhan jatuh dalam salah satu antara lima kumpulan berdasarkan jangka hayat ia.

  1. Tumbuhan efemeral - mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim.
  2. Tumbuhan semusim - mempunyai satu kitar hidup untuk semusim atau dalam setahun
  3. Tumbuhan dwimusim - mempunyai dua kitar hidup dalam dua tahun. Kitar pertama adalah pertumbuhan tampang dan kitar kedua ialah pembiakan.
  4. Tumbuhan herba saka -tumbuhan herba yang hidup lebih dari dua tahun.
  5. Tumbuhan berkayu saka -tumbuhan berkayu yang hidup lebih dari dua tahun.

Struktur setiap kategori tumbuhan tersebut berbeza setiapnya dan hanya tumbuhan berkayu saka mempunyai kebolehan untuk meningkatkan ukur lilitnya pada tahun kedua dan seterusnya. Tumbuhan efemeral, semusim, dwimusim dan herba saka semuanya ialah herba iaitu ia mempunyai pertumbuhan lembut herba. Tumbuhan semusim tidak pergi untuk musim kedua, tetapi tumbuhan herba saka mempunyai strategi untuk terus hidup dari tahun ke tahun dengan kematian dan penghidupan pertumbuhan ia, dengan tambahan simpanan organ bawah tanah baru.

Maklumat tumbuhan umum

[sunting |sunting sumber]

Kadar pertumbuhan tumbuhan amat berbeza, antara kurang dari 1 &mikro;m/h (contoh sesetengahlumut), kebiasaannya 25-250 µm/h dalam kebanyakanpokok, dan sehingga 12,500 µm/h dalam sesetengah spesies memanjat yang tidak perlu membazir tenaga untuk menghasilkan tisu penyokong yang keras (contohPueraria montana)

Jenis Tumbuhan, Pokok, Kulat & Alga

[sunting |sunting sumber]
  • Pokok

Tumbuhan ditakrifkan sebagaipokok apabila ia mempunyai akar, batang, dahan, ranting, dan daun. Secara am pokok-pokok boleh dikelaskan seperti berikut:

  1. Pokok saka
  2. Pokok palma
  3. Pokok renek
  4. Pokok herba
  5. Pokok parasit/tumpang
  6. Pokok rumput/rumpai
  • Kulat dan Cendawan

Daftar tumbuhan berdasarkan kegunaan / nilai komersial

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Album

[sunting |sunting sumber]
  • Borassus flabellifer
    Borassus flabellifer
  • Buah pokok tal, Borassus flabellifer (orang tempatan panggil Thaati Munjelu) dijual di pasar di Guntur, India.
    Buah pokok tal,Borassus flabellifer (orang tempatan panggil Thaati Munjelu) dijual di pasar di Guntur, India.
  • Akar kunyit
    Akar kunyit
  • Ubi keledek, Ipomoea batatas, Maui Nui Botanical Garden
    Ubi keledek,Ipomoea batatas, Maui Nui Botanical Garden
  • Pandanus amaryllifolius
    Pandanus amaryllifolius
  • Betik California
    Betik California
  • Carica papaya, kultivar 'Sunset'
    Carica papaya, kultivar 'Sunset'
  • Cymbopogon citratus, serai
    Cymbopogon citratus, serai
  • Pachyrhizus erosus bulb-root. Situgede, Bogor, West Java, Indonesia.
    Pachyrhizus erosus bulb-root. Situgede, Bogor, West Java, Indonesia.
  • Epal Fuji
    Epal Fuji
  • Pucuk Sauropus androgynus
    PucukSauropus androgynus
  • Buah kelapa Cocos nucifera
    Buah kelapaCocos nucifera

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Haeckel G (1866).Generale Morphologie der Organismen. Berlin: Verlag von Georg Reimer. m/s. vol.1: i–xxxii, 1–574, pls I–II, vol. 2: i–clx, 1–462, pls I–VIII.
  2. ^http://myagri.com.my/2015/10/nutrisi-tanaman/
  3. ^"8 Faktor ini Membuat Tanaman Tumbuh Melesat"[1]. www.ultrajmh.com. Dicapai pada 2017-09-14.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • (Inggeris) Bob, W. 2008. Plants: Their use, Management, Cultivation and Biology; A comprehensive guide. Ramsbury:The Crowood Press Ltd.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTumbuhan
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tumbuhan&oldid=6444142"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp