Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Planet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Jun 2022)
Lakaran artis mengenaiplanet ektrasolarHD 209458 b mengorbit bintangnya

Sebuahplanet (Jawi: ڤلانيت),bintang siarah ataubedar (Jawi: بيدار) dari katabintang beredar (Jawi: بينتڠ بيريدر)ditakrifkan olehKesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), suatu badan sains rasmi dalam halastronomi, sebagaijasad cakerawala yang:

Dalamsistem suria[1]

(a) dalamorbit mengelilingiMatahari;
(b) mempunyaijisim yang cukup untukgraviti-sendiri melawan daya tarikanjasad tegar sehingga ia mencapai bentukkeseimbangan hidrostatik (hampir bulat); dan
(c) melepasi orbit kawasan kejiranannya; atau

Dalamsistem najam lain:[2]

(i) dalam orbit mengelilingibintang atau sisanya;
(ii) membunyai jisim di bawah batas jisim untukpelakurantermonukleardeuterium; dan
(iii) mempunyai jisim/saiz lebih besar daripada takat minimum yang diperlukan untuk dikira sebagai planet dalam sistem suria.

IAU belum membuat keputusan sama adaobjek berjisim planet yang telar terkeluar dari sistem suria dipanggil planet atau tidak.Ini kerana pendirian mengenai planet dalam sistem suria baru diputuskan dalam Perhimpunan Agung IAU 2006, tetapi pandangan mengenaiplanet luar suria masih menggunakan takrifan tidak rasmi pada 2003. Oleh itu, ia mungkin bertukar dalam masa terdekat.

Sebelum persetujuanresolusi pada 2006, tidak terdapat takrifan perkataan "planet" secara rasmi, walaupun untuk sistem suria. Oleh sebab itu,sistem suria telah mempunyai berbagai bilangan planet sebelum ini. Namun, takrifan rasmi ini masih belum diterima meluas oleh komunitiastronomi sendiri apatah lagi masyarakat umum.

Di bawah takrifan rasmi ini, sistem suria mempunyai lapan planet:Utarid,Zuhrah,Bumi,Marikh,Musytari,Zuhal,Uranus danNeptun. Manakala jasad yang cuma memenuhi syarat (a) dan (b) sahaja, dan bukan merupakansatelit semula jadi, dipanggilplanet kerdil:Ceres,Pluto danEris. Sehingga kini, lebih daripada 200planet lain telah ditemui.

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Nama "planet" itu sendiri berasal daribahasa Yunani πλανήτης, planētēs, yang bererti kelana atau pengembara, kerana ahli astronomi dahulu melihat cahaya bergerak di angkasa berbanding bintang-bintang. Objek-objek ini dipercayai mengorbitBumi, yang difikirkan pegun.

Perkataan "siarah" dalam istilah "bintang siarah" diserap daripada katabahasa Arabسَيَّارَةsayyārah terbitanism kata kerjaسَارَsāra yang bermaksud "berjalan".[3]

Pengamatan

[sunting |sunting sumber]

Pemberian nama

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan nama planet didunia Barat dinamakan bersempena tuhanYunani-Rom. Ini kerana di Eropah, planet-planet tersebut dinamakan oleh orang Greek. Namun disebabkan oleh pengaruh Empayar Rom, dan kemudian Gereja Katolik, kebanyakan planet dikenali dengan nama Rom (atau Latin), dan bukan nama Greek asal (kecuali di Greece). Orang Rom merupakan orang Indo-Eropah, sama seperti orang Greek, namun tidak memiliki budaya puisi seperti orang Greek. Semasa akhir zamanRepublik Rom, penulis-penulis Rom meminjam banyak kisah Greek dan menerapkannya pada dewata mereka, sehinggalah ia tidak dapat dibezakan lagi. Apabila orang Rom mempelajari astronomi Greek, mereka menggunakan nama dewa Rom. Pada masa itu, terdapat tujuh 'planet' yang diketahui mengorbit Bumi:Bulan (Luna oleh Rom, Selene oleh Greek),Mercury (Hermes),Venus (Aphrodite),Matahari (Sol oleh Rom, Helios oleh Greek),Mars (Ares),Jupiter (Zeus) danSaturn (Kronos). Apabila planet lain ditemui pada abad ke-18 dan 19, kebiasaan ini dikekalkan:Uranus (Ouranos) danNeptun (Poseidon). Begitu juga dengan (bekas planet)Pluto.

Kerana Bumi hanya diterima sebagai planet pada abad ke-17, ia tidak dinamakan bersempena mana-mana dewa khusus. Namun kebanyakanRomawi (termasuk Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis) yang berasal dari Latin, mengekalkan nama Rom lamaTerra ataupun kelainannya; orang Greek sekali lagi menggunakan nama asal mereka,Γή {Ge atauYi; diambil dariGaia). Rumpunbahasa Jermanik (termasuk Inggeris dan Jerman) pula menggunakan kelainan perkataan Germanik kunoertho, "tanah," sepertiEarth,Erde,Aarde danJorde. Bahasa-bahasa lain pula menggunakan nama mereka sendiri. Bahasa Melayu yang termasuk dalambahasa Sundik contohnya, menggunakan "Bumi", diambil dari tuhan Hindu "Bhumidevi" atau "Bhumi" (bererti tanah). Matahari dan bulan juga dinamakan seperti ini.

Sesetengah budaya bukan Eropah mempunyai sistem nama planet mereka sendiri. China dan negara-negara di timur Asia sepertiJepun,Korea danVietnam, menggunakan sistem yang berdasarkanlima unsur Cina[4]. Begitu juga dengan bahasa Melayu, nama lima planet asal Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal mempunyai pengaruh Arab.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Planet dan planet kerdil Sistem Suria; saiz adalah berskala tetapi jarak dari Matahari tidak.
Planet dan planet kerdil Sistem Suria; saiz adalah berskala tetapi jarak dari Matahari tidak.

Perkembangan dalamastronomi berertiMatahari danBulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalamsistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-manabintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik. Sejak penerimaanmodel heliosentrik di atasmodel geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepadabudaya danijmak saintifik:

Apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal1800-an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali, namun pada2006 ia diletakkan olehKesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) dalam kategori baruplanet kerdil.

Senario yang serupa dihadapi Pluto. Ia pertama kali ditemui pada1930 dan diterima IAU sebagai planet kerana disangkakan sebesar Bumi. Walau bagaimanapun, pemerhatian selanjutnya mendapati bahawa Pluto sebenarnya jauh lebih kecil, malah tidak sebesar Bulan. Selepas banyak lagijasad baru ditemui melampaui Neptun semasa1990-an dan awal2000-an, IAUmemutuskan untuk mengelaskan semula Pluto sebagai planet kerdil pada 2006.

Salah satu objek ini ialahEris, yang penemuannya pada2003 diwarwarkan dalamblog,jurnal danmedia utama sebagai "planet ke-10", walaupun IAU tidak pernah menerimanya secara rasmi. Ramai yang melobi supaya Eris dijadikan planet, tetapi selepas perdebatan panjang ia menyertai Ceres dan Pluto sebagai planet kerdil.

Pembentukan planet

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Nebula suria

Asal pembentukan planet tidak diketahui dengan pasti. Teori yang lazim ialah mereka terbentuk dari sisanebula yang tidak memeluwap di bawahgraviti untuk membentukprotobintang. Sebaliknya, sisa-sisa ini menjadicakera protoplanet habuk dan gas yang nipis di sekeliling proto bintang dan mula memeluwap di tumpuan jisim setempat dalam cakera yang dipanggilplanetesimal. Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentukprotoplanet[5]. Apabila sesebuah planet mencapai diameter yang lebih besar dan bulan Bumi, ia mula mengumpul atmosfera lanjut. Ini meningkatkan kadar penangkapan planetesimal dengan faktor sepuluh kali[6].

Apabila protobintang telah membesar cukup sehingga dapat menyala menjadibintang,angin surianya meniup kebanyakan bahan lain dalam cakera tersebut. Selepas itu masih banyak protoplanet yang mengorbit bintang atau sesama sendiri, namun selepas beberapa lama kebanyakannya akan berlanggar, sama ada untuk menjadi satu planet yang lebih besar atau hancur untuk diserap oleh protoplanet atau planet lain[7][8]. Jasad-jasad yang cukup besar akan menangkap kebanyakan jirim di sekitar otbitnya untuk menjadi planet. Sementara itu, protoplanet yang tidak berlanggar mungkin menjadisatelit semula jadi planet melalui proses penangkapan graviti, atau kekal dalam lingkaran objek lain untuk menjadiplanet kerdil ataubadan sistem solar kecil.

Hentaman bertenaga planetesimal kecil akan memanaskan planet yang sedang membesar, menyebabkannya mencair sedikit. Bahagian dalam planet tersebut akan mula dibezakan oleh jisim, membentuk teras yang lebih tumpat. Planet terestrial kecil hilang kebanyakan atmosferanya akibat pembesaran ini, namun gas yang hilang boleh diganti dengan mengeluarkan gas dari mantel dan dari hentamankomet kemudiannya.[9] (Nota: planet kecil boleh kehilangan atmosfera yang terhasil melalui pelbagaicara.)

Dengan penemuan dan pemerhatian sistem planet di bintang lain, penjelasan ini boleh diperincikan lagi, disemak ataupun diganti. Taraf kelogaman kini dipercayai menentukan kemungkinan sesebuah bintang mempunyai planet[10]. Jadibintang penduduk II difikirkan tidak akan mempunyai sistem planet yang lebih besar berbandingbintang penduduk I.

Dalam Sistem Suria

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sistem suria
Planet berbatu: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh (saiz mengikut skala)
Empat gergasi gas dibandingkan dengan Matahari: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun (saiz mengikut skala)

Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalamsistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dariMatahari adalah seperti berikut (simbol astronomi dalam kurungan):-

  1. Utarid (☿ ) tiada satelit, 57.9 juta km
  2. Zuhrah (♀ ) tiada satelit, 108.2 juta km
  3. Bumi (🜨 ) satu satelit semula jadi,Bulan, 149.6 juta km
  4. Marikh (♂ ) dua satelit,Phobos danDeimos, 227.9 juta km
  5. Musytari (♃ )enam puluh tiga satelit, 778.3 juta km
  6. Zuhal (♄ )lima puluh enam satelit, 1,427.0 juta km
  7. Uranus (⛢ )dua puluh tujuh satelit, 2,871.0 juta km
  8. Neptun (♆ )tiga belas satelit, 4,497.0 juta km

Disebabkan oleh orbit planet yang membujur dalamsistem suria, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukanmatahari berubah mengikut kedudukan planet diorbit.

Kategori

[sunting |sunting sumber]

Planet (dan planet kerdil) di dalam Sistem Suria dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

  • Planet terestrial (atau planet berbatu): Planet (dan mungkin planet kerdil) yang serupa dengan Bumi — terdiri daripada batu-batu dan logam: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh. Planet-planet ini wujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam lingkaran asteroid. Jika planet kerdil diambil kira, Ceres juga termasuk di sini.
  • Gergasi gas (atau planet Jovian): Planet yang terbentuk darigas-gas dan jauh lebih besar dari planet berbatu: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun.Gergasi ais termasuk dalam kelas ini, gas hidrogen dan heliumnya lebih banyak dalam bentuk ais dan batu.
  • Kerdil ais (atau 'objek Pluton'): Objek yang tidak sebesar planet dan terdiri dari ais. Planet kerdil Pluto dan Eris termasuk dalam kelas ini. Kumpulan ini terletak di dalam Lingkaran Kuiper.

Ciri-ciri planet

[sunting |sunting sumber]
8 planet (saiz mengikut skala)
8 planet (saiz mengikut skala)

Semua planet mengelilingi Matahari pada arah yang sama; melawan jam jika dilihat dari atas kutub utara Matahari. Tempoh satu putaran orbit planet dikenali sebagai satutahun. Tempoh ini bergantung kepada jaraknya dari Matahari; lebih jauh planet tersebut dari Matahari, lebih jauhlah jarak yang perlu dilaluinya, dan kelajuannya juga lebih perlahan, kerana graviti Matahari kurang berkesan terhadapnya.

Semua planet juga berputar pada paksi bayangan dipusatnya. Tempoh satu putaran ini dikenali sebagai satuhari. Kebanyakan planet, termasuk Bumi, berputar sambil mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam(anti clockwise). Zuhrah sahaja yang berputar mengikut arah jam(clockwise). Di Zuhrah, Matahari akan kelihatan terbit di barat dan tenggelam di timur. Tempoh satu hari berubah-ubah antara planet. Satu hari di Marikh cuma 37 minit lebih lama dari di Bumi; Zuhrah lebih lama, 243 hari. Semua gergasi gas mempunyai tempoh putaran beberapa jam sahaja.

Planet juga mempunyaikecondongan paksi yang berbeza-beza; mereka membuat suatu sudut pada satahekliptik (bergerhana). Ini menyebabkan jumlah cahaya matahari yang diterima oleh setiap hemisfera berbeza sepanjang tahun. Oleh itu setiap planet mempunyaimusim; perubahan pada iklim di sepanjang tahun. Waktu di mana setiap hemisfera paling jauh/pendek daripada Matahari dipanggilsolstis. Setiap planet mempunyai dua solstis setahun. Apabila hemisfera utara mengalami solstis musim panas, apabila siangnya paling panjang, henisfera selatan mengalami solstis musim sejuk, siangnya paling pendek. Kecondongan paksi Musytari amat kecil, jadi perbezaan musimnya amat sedikit; Uranus pula amat condong sehingga boleh dikatakan ia baring, ini bermakna hemisferanya adalah sentiasa siang atau sentiasa malam sekitar waktu solstis.


Ciri-ciri planet
NamaDiameter*
Khatulistiwa
Jisim*Jejari
orbit (AU)
Tempoh orbit
(tahun)
Kecondongan
paksi
(°)
Keanehan
orbit
Hari
(hari)
BulanLingkaranAtmosfera
Planet terestrialUtarid0.390.060.390.24 3.38   0.20658.64tiadatiadatiada
Zuhrah0.950.820.720.62 3.86   0.007-243.02tiadatiada96%CO2 4%N2
Bumi**1.001.001.001.00 7.25   0.0171.001tiada78%N2 21%O2
Marikh0.530.111.521.88 5.65   0.0931.032tiada95%CO2 3%N2
Gergasi gasMusytari11.21317.85.2011.86 6.09   0.0480.4163ya86%H2 14%He
Zuhal9.4195.29.5429.46 5.51   0.0540.4356ya93%H2 5%He
Uranus3.9814.619.2284.01 6.48   0.047-0.7227ya83%H2 15%He
Neptun3.8117.230.06164.8 6.43   0.0090.6713ya80%H2 19%He

*Dibandingkan dengan Bumi.**Lihat rencanaBumi untuk nilai mutlak.

Planet kerdil

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Planet kerdil

Sebelum perdebatan pada Ogos 2006, terdapat banyak objek yang dicadangkan oleh ahli astronomi, dan pada satu peringkat IAU, sebagai planet. Tetapi kemudian beberapa objek baru inidikelaskan semula sebagaiplanet kerdil, suatu jasad yang lain dari planet. Pada masa ini terdapat tiga planet kerdil yang diiktiraf:Ceres,Pluto danEris. Ciri-ciri mereka adalah seperti berikut:

Ciri-ciri planet kerdil
NamaDiameter*
Khatulistiwa
Mass*Jejari
orbit (AU)
Tempoh orbit
(tahun)
Kecondongan
keekliptik (°)
Keanehan
orbit
Hari
(hari)
BulanLingkaranAtmosfera
Planet terestrialCeres0.080.00022.764.60 10.59   0.0800.38tiadatiadatiada
Kerdil aisPluto0.180.002239.48248.09 17.14   0.249-6.393tiadatiada
Eris0.190.002567.67~557 44.19   0.442~0.31tiadatiada

*Dibandingkan dengan Bumi.

Mengikut takrifan, semua planet kerdil merupakan ahli kumpulan yang lebih besar. Ceres merupakan jasad terbesar dalamlingkaran asteroid, Pluto terletak diLingkaran Kuiper manakala Eris termasuk dalam jasadcakera berselerak. MengikutMike Brown, ada lebih empat puluhobjek trans-Neptun yang mungkin layak dikategorikan sebagai planet kerdil di bawah takrifan IAU yang baru ini.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"IAU 2006 General Assembly: Result of the IAU Resolution votes". Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-11-07. Dicapai pada2006-09-22.
  2. ^"Working Group on Extrasolar Planets (WGESP) of the International Astronomical Union".IAU. 2001. Dicapai pada 25 Mei 2006.
  3. ^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 193.ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^Falk, Michael (1999)."Astronomical Names for the Days of the Week".Journal of theRoyal Astronomical Society of Canada.93: 122–133.
  5. ^G. W. Wetherill (1980)."Formation of the Terrestrial Planets".Annual Review of Astronomy and Astrophysics.18: 77–113.
  6. ^S. Inaba, M. Ikoma (2003)."Enhanced Collisional Growth of a Protoplanet that has an Atmosphere".Astronomy and Astrophysics.410: 711–723.
  7. ^S. Kenton, B. Bromley."Dusty Rings & Icy Planet Formation" (dalam bahasa English). Smithsonian Astrophysical Observatory. Dicapai pada2006-07-25.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^Ron Cowen (25-01-2003)."Planet Formation on the Fast Track". Science News. Dicapai pada2006-07-25.Check date values in:|date= (bantuan)
  9. ^Musgrave, Ian (1998-06-01)."The Standard Model of Planet Formation" (dalam bahasa English). Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-01-24. Dicapai pada2006-10-07.CS1 maint: unrecognized language (link). Dicapai pada 23/7/2006.
  10. ^"Lifeless Suns Dominated The Early Universe" (dalam bahasa English). Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics. 06-01-2004.Check date values in:|date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link). Dicapai pada 26/8/2006.

Rujukan Lain

[sunting |sunting sumber]

1. iau.org/public/themes/pluto

2. angkasa.gov.my

3. falakonline.net

4. planetsforkids.org

5. channelyoutube MakeMeGenius

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Planet&oldid=6327511"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp