Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

27 Julai 19551959 →

52 daripada 98 kerusi dalamMajlis Perundangan Persekutuan
27 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,280,855
Pengundi hadir80.2%
 Parti pertamaParti kedua
 
PemimpinTunku Abdul RahmanAbbas Alias
PartiUMNOPMIP
GabunganPerikatan
Kerusi yang
dimenangi
511
Undian popular818,01340,667
Peratusan81.68%4.06%

Keputusan mengikut kawasan

Ketua Menteri dipilih

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Pilihan raya umum telah diadakan diPersekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Pilihan raya ini dianjurkan bagi memilih anggotaMajlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya olehPesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di kesemua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula diadakan di setiap 136 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Majlis Perundangan Negeri.

Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buatParti Perikatan, sebuah kerjasama antaraPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),Persatuan Cina Malaysia (MCA) danKongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buatParti Negara.Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan seorang wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagaiKetua Menteri.

Pilihan raya ini juga menampilkan MIC yang bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaranKuala Lumpur pada tahun 1952.

30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. 43 lawan mereka hilang deposit.

Garis masa

[sunting |sunting sumber]

Majlis Perundangan Persekutuan

[sunting |sunting sumber]
  • Hari penamaan calon: 15 Jun 1955
  • Hari mengundi: 27 Julai 1955

Majlis Negeri

[sunting |sunting sumber]
NegeriHari penamaan calonHari mengundi
 Johor1 September 195410 Oktober 1954
 Terengganu29 Oktober 1954
 Pulau Pinang13 Januari 195519 Februari 1955
 Melaka4 Ogos 1955nil
 Kedah14 Ogos 1955nil
 Selangor11 Ogos 195527 September 1955
 Kelantan15 Ogos 195519 September 1955
 Perlis17 Ogos 195524 September 1955
 Pahang25 Ogos195526 September 1955
 Negeri Sembilan8 September 195512 Oktober 1955
 Perak1 Oktober 195512 November 1955

Pencalonan

[sunting |sunting sumber]

Pada hari penamaan calon, seramai 129 calon yang bertanding di setiap 52 kawasan.Parti Perikatan mencalonkan wakil mereka di kesemua kawasan, terdiri daripada 35 orang calonPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), 15 orang calonPersatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan dua calonPersatuan India Tanah Melayu (MIC). Seramai 30 orang calon mewakiliParti Negara.Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP) pula menghantar 11 orang calon.Parti Buruh Malaya pula menghantar empat orang calon. Terdapat juga 18 orang calon bebas.[1]

Di Perak, beberapa parti tempatan turut menghantar pencalonan mereka, iaituPersatuan Kebangsaan Perak (NAP) yang menghantar sembilan calon,Liga Melayu Perak (PML) dengan tiga orang calon danParti Progresif Perak (PPP) yang diwakili dua orang calon. Hanya seorang wanita yang menghantar pencalonan, iaituHalimahton Abdul Majid yang menjadi calon Perikatan di Ulu Selangor. Seorang calon Perikatan menang tanpa bertanding di Pulau Pinang.[1]

NegeriParti PerikatanNegaraPMIPBuruhNAPPMLPPPBebas
UMNOMCAMICJumlah
 Johor431881
 Kedah426412
 Kelantan55433
 Melaka11211
 Negeri Sembilan21331
 Pahang3312
 Perak63110329324
 Perlis111
 Pulau Pinang224112
 Selangor4377211
 Terengganu333
Jumlah35152523011493218

Keputusan

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 mengikut parlimen danKeputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1954–55 mengikut negeri
Poster pemenang bagi setiap kawasan.

Parti Perikatan berjaya meraih lebih 80 peratus daripada jumlah undi dan memenangi 51 daripada kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. PMIP memenangi satu kerusi iaituKrian diPerak.

Ringkasankeputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1955: Parlimen

Parti atau gabunganUndi%Kerusi
Parti PerikatanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu589,93358.9034
Persatuan Cina Malaya201,21220.0915
Kongres India Malaya26,8682.682
Jumlah818,01381.6851
Parti Negara78,9097.880
Parti Islam Se-Tanah Melayu40,6674.061
Persatuan Kebangsaan Perak20,9962.100
Liga Melayu Perak5,4330.540
Parti Buruh Malaya4,7860.480
Parti Progresif Perak1,0810.110
Bebas31,6423.160
Jumlah1,001,527100.0052
Undi sah1,001,52797.50
Undi rosak/kosong25,6842.50
Jumlah undi1,027,211100.00
Pengundi berdaftar1,280,85580.20
Source:The Malayan Elections, Francis G. Carnell.[2][1][2][3]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"129 Candidates To Contest 52 Seats".Indian Daily Mail. 16 Jun 1955. Dicapai pada30 April 2025 – melalui NewspaperSG.
  2. ^Carnell, Francis G. (December 1955). "The Malayan Elections".Pacific Affairs.University of British Columbia.28 (4): 315.doi:10.2307/3035316.ISSN 0030-851X.JSTOR 3035316.
  • Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya.A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd. (1982).ISBN 0-333-276736.
  • The World Book Encyclopedia, World Book International (1994).ISBN 0-7166-6694-4.
Pilihan raya umum
Pilihan raya negeri
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Sabah
Sarawak
Singapura
Pilihan raya kecil
Pilihan raya tempatan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pilihan_raya_umum_Tanah_Melayu_1955&oldid=6532357"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp