| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
89 kerusi dipertandingkan (+3 kerusi ditawarkan untukNCMP) keParlimen Singapura 45 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 2,462,926 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengundi hadir | 2,304,331 (93.56%) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusun mengikut kawasan undi: Parti Tindakan Rakyat Parti Pekerja | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Parti politik |
Pilihan raya umumSingapura 2015 telah diadakan pada 11 September 2015.[1] Tempoh persidanganParlimen Singapura adalah selama lima tahun dan haruslah dibubarkan olehPresiden Singapura dalam masa lima tahun itu. Pilihan raya umum kemudiannya harus diadakan dalam masa 3 bulan setelah pembubaran parlimen, seperti mana yang telah dinyatakan di dalamPerlembagaan.[2] Mengundi di Singapura adalah wajib dan berdasarkan sistemmenang mengikut kelebihan undi (first past the post). Pilihan Raya dijalankan olehJabatan Pilihan Raya (ELD), sebuah jabatan di bawah bidang kuasaPejabat Perdana Menteri. Pada 25 Ogos 2015, PresidenTony Tan telah membubarkan parlimen dan mengisytiharkan 1 September 2015 sebagai Hari Penamaan Calon manakala Hari Mengundi ditetapkan pada 11 September 2015.
Pilihan raya umum ini merupakan yang ke-17 di Singapura dan yang ke-12 sejak kemerdekaannya pada tahun 1965. KerajaanParti Tindakan Rakyat (PAP) akan cuba untuk mendapatkan mandat baru dan mengekalkan majoriti di parlimen buat 14 kali berturut-turut sejak 1959. Ia merupakan pilihan raya umum PAP yang ketiga bersamaLee Hsien Loong sebagai Setiausaha Agungnya, dan yang pertama bagi Singapura semenjak pemergian Perdana Menteri pertamanya mendiangLee Kuan Yew. Buat pertama kali sejak kemerdekaan, kesemua 89 kerusi parlimen akan ditanding di pilihan raya umum ini.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) merupakan parti pemerintah berkuasa di Singapura semenjak Singapura dijadikan kerajaan sendiri pada tahun 1959 dan kini dipimpin olehPerdana MenteriLee Hsien Loong. Parti pembangkang utama ialahParti Pekerja yang diketuai olehLow Thia Khiang. Parti Pekerja memiliki 7 kerusiAP (termasuk satu kerusi dari pilihan raya kecil pada 2013) dan 2 kerusiNCMP dari tahun2011.Parti Rakyat Singapura yang dipimpinChiam See Tong memiliki satu kerusiNCMP. Pilihan raya umum ini akan menyaksikan 8 parti pembangkang menentang parti pemerintah.
| Parti | Singkat | Pemimpin | Tahun dibentuk | Kerusi sebelum GE2015 | Kehadiran di Parlimen |
|---|---|---|---|---|---|
| PAP | Lee Hsien Loong | 1954 | 79 | Dewan Undangan: 1955-1965[3] Majlis Bandar: 1957-1965[4] Parlimen Singapura: 1965—Kini | |
| WP | Low Thia Khiang | 1957 | 7 + 2 NCMP | Dewan Undangan: 1961-1963[5] Majlis Bandar: 1957-1959[4] Parlimen Singapura: 1981—1986; 1991—Kini | |
| SPP | Chiam See Tong | 1994 | 1 NCMP | Parlimen Singapura: 1997—Kini | |
| SDP | Chee Soon Juan | 1980 | 0 | Parlimen Singapura: 1984—1997 | |
| NSP | Sebastian Teo | 1987 | 0 | Parlimen Singapura: 2001—2006 | |
| SDA | Desmond Lim Bak Chuan | 2001 | 0 | Parlimen Singapura: 2001—2011 | |
| RP | Kenneth Jeyaretnam | 2008 | 0 | — | |
| SingFirst | Tan Jee Say | 2014 | 0 | — | |
| PPP | Goh Meng Seng | 2015 | 0 | — |
Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC), yang dibentuk oleh Perdana Menteri, akan bersidang sebelum setiap pilihan raya umum untuk menyemak sempadan pilihan raya memandangkan jumlah penduduk yang meningkat dan berubah. Terbitan laporan EBRC akan menandakan pilihan raya umum bakal diadakan tidak lama lagi.
Kawasan-kawasan undi yang terbaharu diumumkan pada 24 Julai 2015.[6]

| GE2011 | GE2015 | |
|---|---|---|
| Kerusi | 87 | 89 |
| Kawasan Undi | 27 | 29 |
| Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan | 15 | 16 |
| Kawasan Undi Perseorangan | 12 | 13 |
| Jumlah bilangan pengundi | 2,350,257 | 2,460,977 |
| Kawasan | Catatan |
|---|---|
| Kawasan Undi Perseorangan baharu | |
| SMC Bukit Batok | Ditubuhkan daripada GRC Jurong |
| SMC Fengshan | Ditubuhkan daripada GRC East Coast |
| SMC MacPherson | Ditubuhkan daripada GRC Marine Parade |
| Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan baharu | |
| GRC Marsiling-Yew Tee | Menyerap kawasan Yew Tee, Woodgrove and Marsiling daripada GRC Chua Chu Kang dan GRC Sembawang. |
| GRC Jalan Besar | Menyerap sebahagian besar GRC Moulmein-Kallang dan kawasan Kreta Ayer-Kim Seng daripada GRC Tanjong Pagar. |
| Kawasan Undi Perseorangan yang dimansuhkan | |
| SMC Joo Chiat | Diserapkan ke dalam GRC Marine Parade |
| SMC Whampoa | Diserapkan ke dalam GRC Jalan Besar |
| Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang dimansuhkan | |
| GRC Moulmein-Kallang | Kawasan Jalan Besar, Kolam Ayer, Kampong Glam dari GRC Moulmein-Kallang dan kawasan Kreta Ayer-Kim Seng dari GRC Tanjong Pagar GRC disatukan untuk membentuk GRC Jalan Besar. Kawasan Moulmein telah dibahagikan kepada GRC Tanjong Pagar, GRC Bishan-Toa Payoh, GRC Holland-Bukit Timah dan GRC Jalan Besar. |
| Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang dikurangkan saiz | |
| GRC Chua Chu Kang | Dikurangkan daripada 5 AP kepada 4 AP |
| GRC Pantai Timur | |
| GRC Pantai Barat | |
| Perubahan pada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan | |
| GRC Ang Mo Kio | Menyerap kawasan Punggol South dari GRC Pasir Ris-Punggol dan sebahagian SMC Sengkang West |
| GRC Bishan-Toa Payoh | Menyerap sebahagian kawasan Moulmein daripada GRC Moulmein-Kallang |
| GRC Chua Chu Kang | Mengukir keluar kawasan Yew Tee kepada GRC Marsiling-Yew Tee. |
| GRC East Coast | Mengukir keluar SMC Fengshan |
| GRC Holland-Bukit Timah | Menyerap sebahagian kawasan GRC Pantai Barat dan kawasan Moulmein. |
| GRC Jurong | Mengukir keluar SMC Bukit Batok, menyerap sebahagian kawasan Clementi daripada GRC Pantai Barat. |
| GRC Marine Parade | Mengukir keluar kawasan MacPherson, menyerap SMC Joo Chiat. |
| GRC Nee Soon | Mengukir keluar bahagian timur Yishun, menyerap kebanyakan kawasan Kebun Baru daripada GRC Ang Mo Kio. |
| GRC Sembawang | Mengukir keluar Woodgrove dan Marsiling, menyerap Canberra dan sebahagian kawasan Chong Pang, Nee Soon East dan Nee Soon South daripada GRC Nee Soon. |
| GRC Tanjong Pagar | Mengukir keluar kawasan Kreta Ayer-Kim Seng, menyerap sebahagian kawasan Moulmein daripada GRC Moulmein-Kallang. |
| GRC Pantai Barat | Mengukir keluar kawasan Clementi dan estet privet Faber kepada GRC Jurong. |
Terdapat tiada perubahan pada kawasan-kawasan undi yang diwakili Parti Pekerja, iaituGRC Aljunied,SMC Hougang danSMC Punggol Timur.SMC Potong Pasir, yang sehingga 2011 dipegang parti pembangkang, juga tidak disentuh.
| Tarikh | Acara |
|---|---|
| 24 Julai | Terbitan laporan sempadan kawasan undi |
| 25 Ogos | Pembubaran Parlimen |
| Pengeluaran Writ Pilihan Raya | |
| 1 September | Hari Penamaan Calon |
| 1–9 September | Kempen |
| 10 September | Hari Bertenang |
| 11 September | Hari Mengundi |
Jabatan Pilihan Raya telah menerbitkan maklumat tersebut mengenai penamaan calon setelah keluarnya Writ Pilihan Raya:[7]
| Pusat Penamaan Calon | Kawasan Undi |
|---|---|
| Sekolah Assumption Pathway | SMC Bukit Panjang GRC Holland-Bukit Timah |
| Sekolah Rendah Bendemeer | SMC Radin Mas GRC Jalan Besar GRC Tanjong Pagar |
| Sekolah Rendah Chua Chu Kang | SMC Hong Kah North SMC Pioneer GRC Chua Chu Kang |
| Sekolah Rendah Fengshan | SMC Fengshan SMC Punggol East GRC East Coast GRC Pasir Ris-Punggol |
| Sekolah Rendah Keming | SMC Bukit Batok SMC Yuhua GRC Jurong GRC West Coast |
| Sekolah Kong Hwa | SMC MacPherson SMC Mountbatten SMC Potong Pasir GRC Marine Parade |
| Sekolah Poi Ching | SMC Hougang GRC Tampines |
| Institusi Raffles | SMC Sengkang West GRC Aljunied GRC Ang Mo Kio GRC Bishan-Toa Payoh |
| Sekolah Rendah Yishun | GRC Marsiling-Yew Tee GRC Nee Soon GRC Sembawang |

Sejurus selepas tamatnya pungutan undi pada jam 8 malam, kiraan undi dimulakan. Keputusan undian diumumkan oleh Pegawai Pilihan RayaNg Wai Choong.[8] Keputusan pertama telah diumumkan pada 11 September 2015 jam 11:31 malam, di mana calon PAPLam Pin Min berjaya mempertahankan kemenangannya diKawasan Undi Perseorangan Sengkang West dengan meraih majoriti 17,564 undi iaitu 62.11%.[9]

Undian popular

| Parti dan perikatan | Pemimpin | Jumlah kerusi ditanding | Kaw mng | Ker mng | Undian Popular | % undian sah | +/- | % undian sah di kawasan yang ditanding | +/- | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| SMC | GRC | Jum Kaw | Jum Ker | |||||||||||||
| 4a | 5a | 6a | ||||||||||||||
| Lee Hsien Loong | 13 | 6 | 8 | 2 | 29 | 89 | 27 | 83 | 1,576,784 | 69.86 | ▲ 9.72 | 69.86 | ▲ 9.72 | |||
| Low Thia Khiang | 5 | 2 | 3 | 0 | 10 | 28 | 2 | 6 | 281,697 | 12.48 | ▼ 0.34 | 39.75 | ▼ 6.83 | |||
| Chee Soon Juan | 3 | 2 | 0 | 0 | 5 | 11 | 0 | 0 | 84,770 | 3.76 | ▼ 1.07 | 31.23 | ▼ 5.53 | |||
| Sebastian Teo | 2 | 0 | 2 | 0 | 4 | 12 | 0 | 0 | 79,780 | 3.53 | ▼ 8.51 | 25.27 | ▼ 13.98 | |||
| Kenneth Jeyaretnam | 1 | 1 | 0 | 1 | 3 | 11 | 0 | 0 | 59,432 | 2.63 | ▼ 1.65 | 20.60 | ▼ 11.18 | |||
| Tan Jee Say | 0 | 0 | 2 | 0 | 2 | 10 | 0 | 0 | 50,791 | 2.25 | Baharu | 21.49 | Baharu | |||
| Chiam See Tong | 3 | 0 | 1 | 0 | 4 | 8 | 0 | 0 | 49,015 | 2.17 | ▼ 0.94 | 27.08 | ▼ 14.34 | |||
| Desmond Lim | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | 6 | 0 | 0 | 46,508 | 2.06 | ▼ 0.72 | 27.11 | ▼ 2.95 | |||
| Goh Meng Seng | 0 | 1 | 0 | 0 | 1 | 4 | 0 | 0 | 25,460 | 1.13 | Baharu | 23.11 | Baharu | |||
| — | 2 | 0 | 0 | 0 | 2 | 2 | 0 | 0 | 2,779 | 0.13 | — | 5.43 | — | |||
| Jumlah dikira | 29 | 89 | 2,257,016 | 97.95% jumlah undi | ||||||||||||
| Undian tolak (tidak diisi atau rosak) | 47,315 | 2.05% jumlah undi | ||||||||||||||
| Jumlah undi | 2,304,331 | Peratusan undi: 93.56% Jumlah pengundi yang layak | ||||||||||||||
| Tidak mengundi | 158,595 | |||||||||||||||
| Jumlah pengundi yang layak (tidak termasuk pengundi tanpa tandingan) | 2,462,926 | |||||||||||||||
| Jumlah pengundi tanpa tandingan | 0 | |||||||||||||||
| Jumlah pengundi | 2,462,926 | |||||||||||||||
|publisher= (bantuan)| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPilihan raya umum Singapura 2015 |