Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pilihan raya umum Malaysia 1990

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

← 198620–21 Oktober 19901995 →

Semua 180 kerusi dalamDewan Rakyat
91 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar7,958,641
 
PemimpinMahathir MohamadTengku Razaleigh Hamzah (S46)
Fadzil Noor (PAS)
Lim Kit Siang (DAP)
Joseph Pairin Kitingan (PBS)
GabunganBNAngkatan Perpaduan UmmahGagasan Rakyat
Pilihan raya
lepas
57.28%, 148 kerusi15.50, 1 kerusi[a]22.69%, 34 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
1271534
Perubahan kerusi 21 14 4
Undian popular2,985,3921,218,2111,113,488
Peratusan53.38%21.78%19.91%
Peralihan undi3.90%6.28%2.78%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Mahathir Mohamad
BN

Perdana Menteri dilantik

Mahathir Mohamad
BN

Artikel ini adalah sebahagian daripadasiri pada
Politik
Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia TenggaraNegara Anggota ASEAN
Ikon portalPortal Malaysia


Pilihan raya umum Malaysia 1990 merupakan pilihan raya umum yang ke-8 diMalaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejakMahathir Mohamad menjadiPerdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "'UMNO Baru'" bertanding dalam pilihan raya umum.

Selepas pemilihanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai olehTengku Razaleigh Hamzah di bawah partiSemangat 46 (sila lihatKrisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran denganParti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.

Keputusan pilihan raya

[sunting |sunting sumber]

Sebagaimana yang dijangka, parti campuranBarisan Nasional mengekalkan majoritinya dalamparlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalamDewan Rakyat, ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO. Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan di tangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah (PBS)

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing,Lim Kit Siang daripadaParti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan.

Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada 35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12 buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Parti Islam Se-Malaysia

Rujukan

[sunting |sunting sumber]


Didahului oleh:
1986
Pilihan Raya Umum MalaysiaDiikuti oleh:
1995
Pilihan raya umum
Pilihan raya negeri
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Sabah
Sarawak
Singapura
Pilihan raya kecil
Pilihan raya tempatan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pilihan_raya_umum_Malaysia_1990&oldid=6641850"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp