Pilihan raya kecil merupakan sebuahpilihan raya khusus untuk mengisi satu atau beberapa kerusi yang kosong pada sela antara dua pilihan raya umum.
Lazimnya, sebuah pilihan raya kecil berlaku apabila penyandang kerusi berkenaan meninggal dunia atau meletakkan jawatan. Malah pilihan raya mungkin berlaku apabila penyandangnya tidak lagi layak menyandang kerusi berkenaan, sebagai contoh disebabkan oleh satupilihan raya kembali,kenaikan taraf atau satu sabitan jenayah yang serius. Dalam sejumlah kes, kekosongan kerusi boleh jadi diisi tanpa melalui pilihan raya kecil atau jawatan dibiarkan kosong begitu sahaja. Pilihan raya kecil juga dijalankan sebagai satu hasil keputusan sebuah pengundian yang pincang.
Pilihan raya untuk mengisi kekosongan yang dibuat apabila pilihan raya umum tidak dapat diadakan di kawasan pilihan raya tertentu dapat disebut pilihan raya kecil dalam sejumlah bidang kuasa, atau memiliki nama lain (misalnya,pilihan raya tambahan, seperti diAustralia).
Tatacara mengisi kerusi yang kosong diDewan Rakyat England dicipta pada masaParlimen Reformasi England dari kurun keenambelas olehThomas Cromwell; sebelumnya, kerusi dibiarkan kosong jikalau terjadi kematian seorang ahli. Cromwell merangka pilihan raya baharu yang akan diseru oleh raja pada masa penentuan oleh raja. Perekaan ini menyederhanakan perkara bagi memastikan kerusi yang diberikan adalah sekutu mahkota.[1]
Selama masaParlimen Cavalier yang berjalan 18 tahun di bawah kuasaCharles II dari England, yakni antara tahun 1661 sampai 1679, pilihan raya kecil merupakan alat utama bagi para anggota untuk masuk ke dalam Dewan Rakyat.[2]
Pilihan raya kecil diadakan di sebahagian besar negara yang mengundi ahli parlimennya melalui kawasan undi perseorangan, sama adadengan atautanpa pusingan larian. Negara-negara yang mengadakan pilihan raya kecil seperti ini kebanyakan di antaranya adalahnegara-negara Komanwel sepertiUnited Kingdom,Kanada,Australia, danNew Zealand, ataupun negara yang bukan termasuk anggota Komanwel sepertiPerancis danItali (sampai 2006).[3] Namun, dalam sejumlah kes, seperti diPerhimpunan Kebangsaan Perancis, pilihan raya kecil hanya diadakan untuk mengisi kekosongan tertentu kerana kebanyakan kerusi sudah diisi olehpasangan anggota sehingga tidak perlu lagi mengadakan pilihan raya kecil.
DiAmerika Syarikat, pertandingan-pertandingan ini disebut sebagai "pilihan raya khas" kerana pertandingan-pertandingan ini tidak selalu jatuh padaHari Pilihan Raya seperti pilihan raya kongres yang regular. Pilihan raya khas diadakan apabila sebuah kerusiDewan Perwakilan,Dewan Undangan Negeri, ataumajlis undangan tempatan dikosongkan. Di tingkat persekutuan,Perlembagaan AS menghendaki bahawa kekosongan kerusi Dewan Perwakilan diisi dengan adanya pilihan raya khas[4] (tidak seperti diSenat yang menyerahkan keputusan pada peraturan negeri-negeri untuk menentukan cara mengisi kekosongan).[5] Pada sebahagian besar kes kekosongan diisi melalui pilihan raya khas, sebuah pilihran raya pendahuluan khas dilakukan untuk menentukan kandidat yang akan mewakili parti utama.
![]() | Rencana tentangpolitik ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |