Pigmen atauzat warna ialahzat yang mengubahwarnacahaya tampak sebagai akibat prosespenyerapan selektif terhadappanjang gelombang pada kisaran tertentu. Pigmen tidak menghasilkan warna tertentu sehingga berbeza dari zat-zatpendar (luminescence). Molekul pigmen menyerap tenaga pada panjang gelombang tertentu sehingga memantulkan pajang gelombang tampak lainnya, sedangkan zat pendar memancarkan cahaya disebabkan tindak balas kimia tertentu. Nilai industri pigmen dianggarkan sebanyak kira-kira AS$30 bilion.[1]
Dalam duniapercetakan, pigmen dibahagi kepada tiga pigmen dasar yang mampu meniru pigmen-pigmen lain jika dicampurkan dengan perkadaran tepat, iaitu pigmensian,magenta, dankuning. Sebagai tambahan, untuk mendapatkan kedalaman warna ditambahkan pigmenhitam. Tamsilnya untuk mendapatkan sensasi warnamerah, dicampurkan pigmen magenta dan kuning dengan perkadaran tertentu.
Pigmen mengalami banyak apabila dihasilkan olehorganisma, dan banyak yang bernilai ekonomi. Pigmen yang dihasilkan oleh organisma dikategorikan sebagaipigmen hayati.