Pia Wurtzbach | |
---|---|
![]() Wurtzbach pada 2016 | |
Kelahiran | Pia Alonzo Wurtzbach (1989-09-24)24 September 1989 (umur 35) |
Nama lain | Pia Romero |
Pendidikan | Center for Asian Culinary Studies |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2002–kini |
Kampung asal | Cagayan de Oro, Misamis Oriental,Filipina |
Ketinggian | 173 cm (5 ka 8 in) |
Pangkat | Miss Universe Philippines 2015 Miss Universe 2015 |
Pemenangpertandingan kecantikan | |
Warna rambut | Hitam |
Warna mata | Coklat |
Pertandingan utama | Binibining Pilipinas 2013 (Tempat pertama) Binibining Pilipinas 2014 (Top 15) Binibining Pilipinas 2015 (Pemenang) Miss Universe 2015 (Pemenang) |
Pia Alonzo Wurtzbach (lahir 24 September 1989), dahulu dikenali di industri pemodelan dan hiburan Filipina sebagaiPia Romero, ialah ratu cantik, model dan pelakonFilipina-Jerman yang dimahkotakanMiss Universe 2015 pada 20 Disember 2015. Beliau sebelum ini telah memenangiBinibining Pilipinas 2015, dalam percubaan ketiganya dalam pertandingan ini. Wurtzbach telah berkhidmat sebagai Duta Muhibah UNAIDS untuk Asia & pasifik sejak 2016.
Wurtzbach ialah rakyatFilipina ketiga untuk memenangi gelaranMiss Universe, selepas Gloria Diaz yang menang pada tahun 1969 dan Margarita Moran yang menang pada tahun 1973.[1]
Wurtzbach dilahirkan diStuttgart,Jerman kepada bapa Jerman dan ibu Filipina.[2] Nama tengahnya "Alonzo" ialah nama keluarga ibunya, mengikut amalan penamaan di Filipina. Keluarga itu menetap diIligan,Filipina dan kemudiannya menetap diCagayan de Oro di wilayahMindanao Utara di mana beliau menghaidiri tadika di Kong Hua School dan sekolah rendah di Corpus Christi School.[3][4]
Pia muncul di pertandingan kebangsaanBinibining Pilipinas sebanyak 3 kali, iaitu pada 2013 (tempat pertama), 2014 (15 teratas) dan 2015 (juara).[5]
Pia mewakili negaranyaFilipina diMiss Universe 2015 yang diadakan pada 20 Desember 2015 diLas Vegas,Nevada,Amerika Syarikat. Diakhir acara, pengacara (Steve Harvey) mengumumkanAriadna Gutiérrez dariColombia sebagai pemenang, namun terdapat kesilapan selepas beberapa minit kemudian kerana Steve tersilap membaca dan pemenang Miss Universe 2015 yang sebenar ialah Pia.
Mahkota yang diberikan pada Ariadna kemudian diambil dan diberikan kembali ke Pia olehMiss Universe 2014,Paulina Vega.[6]
Tahun | Badan Pemberi Anugerah | Kategori | Karya | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2018 | 34th PMPC Star Award for Movies | New Movie Actress of the Year | Gandarrapiddo: The Revenger Squad | Menang | [7] |
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh![]() | Miss Universe 2015 | Diikuti oleh:![]() |
Didahului oleh Mary Jean Lastimosa | Miss Universe Philippines 2015 | Diikuti oleh: Maxine Medina |