Cabak biasa | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Phalaenoptilus Ridgway, 1880 |
Spesies: | P. nuttallii |
Nama binomial | |
Phalaenoptilus nuttallii (Audubon, 1844) | |
![]() | |
Sinonim | |
Caprimulgus nuttallii (protonym) |
Cabak biasa (Phalaenoptilus nuttallii) ialah spesiesburungtukang dalam keluargaCaprimulgidae. Ia ditemui dari Kolumbia Beritis dan tenggara Alberta, melalui barat Amerika Syarikat ke utara Meksiko. Habitatnya kawasan lapang kering dengan rumput atau pokok renek, dan juga cerun gurun berbatu dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat sedikit.
Banyak burung utaraberhijrah untuk bermusim sejuk dalam julat pembiakan di tengah dan barat Meksiko, walaupun ada yang kekal lebih jauh ke utara. Cabak biasa merupakan satu-satunya burung yang diketahui menjaditorpor untuk tempoh yang panjang (berminggu-minggu hingga berbulan-bulan).[2] Hal tersebut berlaku di pinggir selatan julatnya di Amerika Syarikat, di mana ia menghabiskan sebahagian besar musim sejuk nirgiat, tersembunyi di dalam timbunan batu. Tempoh torpor yang dilanjutkan sedemikian hampir seperti keadaanhibernasi dan tidak diketahui dalam kalangan burung lain.
Ia digambarkan dandiperihalkan rasminya pada tahun 1844 oleh pakar ornitologiJohn James Audubon daripada spesimen jantan yang dikumpulkan di tebing timurSungai Niuaci antaraKubu Pierre dan muaraSungai Sutai diDakota Selatan. Audubon menciptanama binomialCaprimulgus nuttallii, memilih epitet spesies tersebut untuk menghormati rakannya, pakar ornitologiThomas Nuttall.[3][4] Spesies tersebut telah dipindahkan kegenusPhalaenoptilus tersendiri oleh pakar ornitologi AmerikaRobert Ridgway pada tahun 1880.[5] Nama genusnya menggabungkanphalaina daribahasa Yunani Purba yang bermaksud "rama-rama" danptilon yang bermaksud "buluan".[6]
Enamsubspesies diiktiraf:[7][8]
Ia merupakan tukang dari Amerika Utara yang paling kecil, kira-kira 18 sentimeter (7.1 in) panjangnya, dengan lebar sayap lebih kurang 30 sentimeter (12 in). Ia mempunyai berat 36–58 gram (1.3–2.0 oz). Kedua-dua jantinanya serupa, bercorak kelabu dan hitam di atas. Pelepah ekor luarnya berhujung putih, tanda-tandanya lebih menonjol sedikit pada jantan.[9]
Cabak biasa dibezakan dengan tukang yang serupa melalui saiznya yang kecil, paruh pendek, sayap bulat dengan hujung yang mencapai hujung ekor pendek semasa berehat, dan warna kelabu pucat.[9]
Ia merupakan satu-satunya burung yang diketahui menjaditorpor untuk tempoh yang panjang (berminggu-minggu hingga berbulan-bulan).[2] Ini berlaku di pinggir selatan banjarannya di Amerika Syarikat, di mana ia menghabiskan sebahagian besar musim sejuk nirgiat, tersembunyi di dalam timbunan batu. Tingkah laku tersebut telah dilaporkan di Kalifornia dan Meksiko Baru. Tempoh torpor yang dilanjutkan sedemikian hampir seperti keadaanhibernasi dan tidak diketahui dalam kalangan burung lain. Ia diperihalkan dengan terperinci oleh Dr.Edmund Jaeger pada tahun 1948 berdasarkan cabak yang ditemuinya yang berhibernasi diPergunungan Cahua di Kalifornia padatahun 1946.[10]
Pada tahun 1804,Meriwether Lewis memerhatikan hibernasi cabak biasa di North Dakota semasaEkspedisi Lewis dan Clark. Walaupun pemerhatian ini dirakamkan dengan teliti dalam jurnal Lewis, kepentingannya tidak difahami. Hal tersebut ialah kerana cabak biasa pada masanya tidak diiktiraf sebagai spesies yang berbeza dengancabak timur di timur Amerika Utara. Orang asli Amerika dari puakHopi berkemungkinan sedar akan kelakuan cabak tersebut lebih awal lagi — namabahasa Hopi burung tersebut,hölchko, bermaksud "Sang Tidur".[11][12][13]
Pembiakan berlaku dari Mac hingga Ogos di selatan julatnya, dan lewat Mei hingga September lebih jauh ke utara. Sarangnya ialah goresan cetek di atas tanah, selalunya di dasar bukit dan sering separa dilindung oleh belukar atau rumpun rumput. Saiz sangkaknya biasanya dua biji telur berwarna putih hingga santan, atau jambu pucat, kadangkala dengan bintik-bintik yang lebih gelap. Kedua-dua jantina mengeram selama 20-21 hari hingga menetas, dengan 20-23 hari lagi untuk anaknya terbang.[11] Biasanya terdapat satu sangkak setahun, tetapi betina kadangkala boleh bertelur dan mengeram sangkak kedua dalam jarak 100 m dari sarang pertama manakala jantan memberi makan anak muda di tapak pertama. Anak yang muda bersifat separa matang. Apabila burung dewasa yang terganggu di sarangnya dan terjatuh, ia akan membuka mulutnya dan mendesis seperti seekor ular.
Seperti ahli keluarganya yang lain, ia memakanserangga malaman sepertirama-rama,kumbang, danbelalang.[11] Ia mengeluarkan biji-biji bahagian yang tidak boleh dihadam, sepertihantu. Ia kerap menangkap mangsa dari tanah atau dengan melompat ke udara dari tanah. Ia dilaporkan minum menggunakan sayapnya.
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza<ref>
tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza<ref>
tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza