Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Petroleum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbezaan eksport import minyak
Bicu pengepam satu telaga minyak berdekatan denganLubbock, Texas
Sebuah pelantar minyak di perairan Scotland

Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripadabahasa inggerispetroleum, gabungan perkataanbahasa Yunani πέτραpetra – batu dan ἔλαιονelaion – minyak) merupakan sejeniscecair gelap dan pekat yang juga dipanggilemas hitam. Istilah"petroleum" pertama kali digunakan dalam karya bertajukDe Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakarmineralogi berbangsaJerman bernamaGeorg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.[1]

Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagaihidrokarbon, terutamanya sirialkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkankenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

Komposisi

[sunting |sunting sumber]

Apabila diimbas dengan makna yang sempit, petroleum hanya mengandungi minyak mentah. Akan tetapi dalam keadaan penggunaan yang biasa, ia termasuklah minyak mentah dangas asli. Kedua-dua minyak mentah dan gas asli ialah campuran komponen-komponenhidrokarbon yang lebih banyak. Di bawahkeadaan-keadaan tekanan dan suhu permukaan, hidrokarbon-hidrokarbon yang lebih ringan sepertimetana,etana,propana danbutana wujud sebagaigas, manakala yang lebih berat sepertipentana dan ke atas wujud sebagaicecair ataupunpepejal. Walau bagaimanapun, di dalamtakungan minyak bawah tanah, nisbah mereka sama ada ia merupakan gas atau cecair berlain-lainan bergantung kepada keadaan pada bawah permukaan, dan juga bergantung kepadarajah fasa bagi campuran petroleum berkenaan.[2]

Kimia

[sunting |sunting sumber]

Komponen kimia minyak bumi dipisahkan oleh prosespenyulingan, yang kemudian, setelah diolah lagi, menjadiminyak tanah,benzena,lilin,aspal, dll.

Minyak bumi terdiri daripada hidrokarbon, paduanhidrogen dankarbon.

Empatalkana teringan— CH4 (metana), C2H6 (etana), C3H8(propana), dan C4H10 (butana) — semuanya ialah gas yang mendidih pada -161.6 °C, -88.6 °C, -42 °C, dan -0.5 °C, berturut-turut (-258.9°, -127.5°, -43.6°, dan +31.1° F).

Rantaian dalam wilayah C5-7 semuanya ringan, dan mudah mengewap,nafta jernih. Senyawaan tersebut digunakan sebagai pelarut, cairan pencuci kering (dry clean), dan produk cepat kering lainnya. Rantaian daripada C6H14 sampai C12H26 dicampur bersama dan digunakan untuk bensin. Minyak tanah terbuat daripada rantaian di wilayah C10 sampai C15, diikuti olehminyak diesel (C10 hingga C20) dan bahan bakar minyak yang digunakan dalam mesin kapal. Senyawaan daripada minyak bumi ini semuanya dalam bentuk cair dalamsuhu ruangan.

Minyak pelincir dan gemuk setengah padat (termasukVaseline®) berada antara C16 sampai ke C20.

Rantaian di atas C20 berwujud padat, dimulai daripada "lilin, kemudiantar, dan bitumenaspal.

Titik pendidihan dalam tekanan atmosfera penyulingan pecahan dalam suhu dalam darjahCelcius:

Beberapa saintis menyatakan bahawa minyak ialah zat abiotik, yang bermaksud zat ini tidak berasal daripada fosil tetapi berasal daripada zat anorganik yang dihasilkan secara semula jadi dalam perut bumi. Namun, pandangan ini diragukan dalam lingkungan ilmiah.

Pembentukan

[sunting |sunting sumber]

Pandanganahli geologi terhadap minyak mentah dangas asli sebagai satu keluaranpemampatan dan pemanasan suatubahan organik (contohnyakerogen) terhadapmasa geologi. Pembentukan petroleum terjadi daripadapirolisishidrokarbon, dalam satu kepelbagaian yang kebanyakan tindak balasendotermik pada suhu dan/atau tekanan tinggi.[3] Minyak yang digunakan sekarang terbentuk daripada bakizooplankton danalgaprasejarah, yang tenggelam di dasar laut atau tasik dalam kuantiti banyak di bawahkeadaan anoksik (tinggalan prasejarahtumbuhan daratan, dalam sebaliknya, cenderung untuk membentukarang batu). Setelah waktu geologi bahan organik telah bercampur denganlumpur, dan telah terbenam di bawah lapisan-lapisan mendapan yang terhasil dalam arashaba dantekanan yang tinggi (dikenali sebagaidiagenesis). Hal ini menyebabkan bahan organik berubah secara kimia, pada mulanya menjadi bahan melekit dipanggilkerogen yang boleh didapati dalam pelbagaisyel minyak di sekeliling dunia, dan kemudian dengan lebih haba menjadi hidrokarbon cecair dan gas dalam satu proses dikenali sebagaikatagenesis.

Negara pengeluar petroleum terbesar

[sunting |sunting sumber]

(Disusun berdasar jumlah penghasilan tahun 2003)

(Disusun berdasar jumlah yang dieksport di 2003):

  • Arab Saudi (OPEC)
  • Rusia
  • Norway
  • Iran (OPEC)
  • Emiriah Arab Bersatu (OPEC)
  • Venezuela (OPEC)
  • Kuwait (OPEC)
  • Nigeria (OPEC)
  • Mexico
  • Algeria (OPEC)
  • Libya (OPEC)

Catatan: Amerika Syarikat menggunakan seluruh minyak yang dihasilkannya.

Sumber:Statistik Tenaga daripada kerajaan AS

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPetroleum

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Bauer Georg, Bandy Mark Chance (tr.), Bandy Jean A.(tr.).De Natura Fossilium.Unknown parameter|originallanguage= ignored (bantuan);Unknown parameter|originalyear= ignored (bantuan);Unknown parameter|book= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) translated 1955
  2. ^Hyne, Norman J. (2001).Nontechnical Guide to Petroleum Geology, Exploration, Drilling, and Production. PennWell Corporation. m/s. 1–4.ISBN 087814823X.
  3. ^Petroleum Study

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Buku tentang industri petroleum

[sunting |sunting sumber]

Penulis yang membahas industri petroleum

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Petroleum&oldid=5533787"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp