Sebelumenjin pembakaran dalaman dicipta pada pertengahan abad ke-19, minyak petrol dijual di dalam botol kecil sebagai rawatan terhadapkutu dan telurnya. Pada masa tersebut, perkataanPetrol merupakan satucap dagangan. Rawatan sebegini tidak lagi digunakan berikutan risikokebakaran dandermatitis
Di A.S., petrol juga dijual sebagak cecair pembersih kesan minyak dan gris pada baju. Sebelum stesen minyak didirikan, pemandu kereta membeli minyak petrol di dalam tin untuk mengisi tangki minyak mereka.
Namagasolin pada masa tersebut merujuk kepada satu lagi hasil petroleum iaitupetrolatum, yang diniagakan dengan namaVaseline. Cap daganganGasoline, walau bagaimanapun, tidak pernah didaftarkan, maka ia menjadi istilah umum. Petrol juga digunakan di dapur serta sebagai bahan api pelita dan dapur mudah alih.
SemasaPerang Franco-Prussia (1870–1871),pétrole dikumpulkan diParis untuk kegunaan bagi menentang seranganJerman-Prussia di bandar raya berkenaan. Lama kemudian pada tahun 1871, semasa revolusiParis Commune, khabar angin tersebar di serata bandar raya mengenaipétroleuses, perempuan yang menggunakanbom petrol untuk menyebabkan kemusnahan di bangunan-bangunan.
Perkataan "gasolin" diperoleh pada tahun 1865 daripada perkataangas dan imbuhan akhiran kimia-ina/-ena. Ejaan moden perkataan tersebut mula digunakan pada tahun 1871. Bentuk pendek "gas" mula direkodkan penggunaannya dalamBahasa Inggeris Amerika pada 1905.[1]Asalnya gasolin merujuk kepada mana-manaminyak bahan api bagienjin petrol; bahan apimetanol juga telah dianggap sebagai gasolin.[2]
Istilah "petrol" mula digunakan bagi merujuk kepada hasil penapisan minyak seawal tahun 1892 (sebelum ini ia merujuk kepada petroleum belum bertapis), dan telah didaftarkan sebagai cap dagangan oleh peniaga British Carless, Capel & Leonard hasil cadanganFrederick Richard Simms.[3] Walaupun ia tidak pernah didaftar secara rasmi, pesaing Carless menggunakan istilah "Motor Spirit" sehingga dekad 1930-an.[4] Ada yang mengatakan perkataan tersebut diceduk olehEdward Butler pada tahun 1887.[5]
DiJerman dan beberapa negara Eropah lain, petrol dipanggil sebagaiBenzin (Jerman),Bensin (Sweden),Benzyna (Poland) dan beberapa varian lain. Penggunaannya tidak merujuk kepadaBertha Benz, yang menggunakan kedai bahan kimia untuk membeli petrol bagi pemanduannya dariMannheim kePforzheim pada tahun 1888, tetapi merujuk kepada bahan kimiabenzena.
Petrol mengandungi tenaga lebih kurang 34.6megajoule seliter (MJ/l) atau 131 MJ/gelen AS. Nilai ini adalah nilai purata; campuran petrol boleh jadi berbeza, maka nilai kandungan tenaga sebenar boleh jadi berbeza mengikut musim dan pengeluaran, biasanya dengan perbezaan 4% lebih atau kurang daripada nilai purata menurut US EPA.
(*) Minyak diesel tidak digunakan di dalam enjin petrol, maka nilai oktana yang rendah tidak menjadi isu; ukuran bagi nilai minyak diesel ialahnilai setana
Biasanya sedikit bahan tambah akan dicampurkan di dalam petrol bagi pelbagai tujuan sebagai pencegahan kakisan, pelincir dsb. bagi meningkatkan prestasienjin petrol yang menggunakannya, tetapi ada di antara bahan tambah tersebut boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Kebanyakan daripada hidrokarbon bukan alifatik yang wujud secara semula jadi di dalam petrol (terutamanya hidrokarbon aromatik sepertibenzena), di samping bahan tambah anti ketukan, adalahkarsinogenik. Atas sebab inilah sebarang tumpahan besar minyak petrol memberi ancaman besar terhadapkesihatan dan alam sekitar, terutamanya apabila minyak petrol meresap ke dalam bekalan air paip. Risiko tumpahan minyak yang terbesar adalah daripada kemalangan yang melibatkanlori tangki serta kebocoran tangki simpanan. Disebabkan risiko ini, kebanyakan rangki simpanan bawah tanah dilengkapi peralatan untuk mengesan dan mencegah sebarang kebocoran, seperti anod korban. Petrol adalah mudah meruap (bermaksud mudahmenyejat), memerlukan tangki simpanan yang benar-benar kedap. Sifatnya yang mudah meruap menjadikannya mudah terbakar walaupun pada cuaca sejuk, tidak seperti minyak diesel. Sistem pengudaraan yang sempurna juga diperlukan untuk menyeimbangkan tekanan antara dalam dan luar tangki. Petrol juga boleh menghasilkan tindak balas berbahaya dengan beberapa jenis bahan kimia am.
Minyak petrol adalah salah satu sumber gas pencemar. Petrol tanpa plumbum juga turut menghasilkankarbon dioksida,nitrogen oksida dankarbon monoksida di dalam gasekzos. Tambahan pula, petrol tak terbakar dan sejatan di dalam tangki, jika terdedah pada udara akan menghasilkankabut fotokimia. Tambahan etanol menambahkan lagi kadar kemeruapan minyak petrol.
Penyalahgunaan petrol dengan menghidunya juga boleh membahayakan kesihatan. Menghidu petrol adalah salah satu cara yang digunakan oleh sesetengah penagihdadah dan sudah menjari parah di kalangan masyarakat miskin serta orang asli si Amerika, Australia, Kanada, New Zealand dan beberapa kepulauan Pasifik.[9] Sebagai tindak balas, bahan apiOpal telah dibangunkan oleh lojiBPKwinana di Australia, dan hanya mengandungi 5% bahanaromatik (tidak seperti petrol biasa yang mengandungi 25% bahan aromatik).[10]
Amerika Syarikat mencatatkan kadar penggunaan petrol sejumlah 44% daripada penggunaan petrol sedunia.[11] Pada tahun 2003Amerika Syarikat telah menggunakan476,474,000,000Diarkibkan 2007-09-27 diWayback Machine liter (476.474 gigaliter), atau lebih kurang 360 jutagelen AS (1.36gigaliter) petrol sehari.
DiMalaysia, harga petrol setakat 1 April 2021 adalah RM2.50 seliter bagi petrol RON 97 dan RM2.05 seliter bagi petrol RON 95.
Kebanyakan daripada bahan api alternnatif berkenaan kurang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar berbanding petrol, tetapi masih tidak 100% bersih.
Apabila petrol dibiarkan selama jangka masa tertentu, mendakan gam dan varnis akan terbentuk dan menggumpal di dalam petrol, menyebabkan "bahan api basi". Ini seterusnya akan menyebabkan mendakan gam di dalam silinder dan juga saluran bahan api, menjadikan enjin sukar dihidupkan. Gam dan varnis mesti ditanggalkan oleh mekanik profesional untuk memanjangkan jangka hayat enjin. Dalam keadaan biasa, minyak petrol boleh disimpan selama 60 hari di dalam bekas yang dibenarkan. Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, penstabil bahan api boleh digunakan, memanjangkan jangka hayat simpanan untuk 1 atau 2 tahun lagi.