Pesawat A-10A Thunderbolt II Tentera Udara A.S semasa operasi Desert Storm di Iraq. Pesawat Sukhoi Su-25 Frogfoot.
Pesawat serangan darat adalahpesawat tentera yang di reka untuk beroperasi dekat dengan permukaanbumi, membantuinfantri dankereta kebal secara terus di dalam peperangan. Mereka digunakan sebagai pelantarmesingan bergerak dan senjataanti-kereta kebal terhadap satu musuh dalam satu masa, berlainan denganpesawat pengebom yang biasanya menyerang sasaran yang lebih "strategik". Pesawat jenis ini juga dikenal dengan beberapa nama lain sepertipesawat penyerang,pesawat pejuang/pengebom,pesawat pejuang taktikal,pemusnah kereta kebal danpengebom junam. Tentera Jerman semasaPerang Dunia II merujuk pesawat serang darat Tentera Bersekutu sebagaiJabos, pendek kepadaJagdbomber. Dalam Tentera A.S pesawat serang darat biasanya dapat dikenali denganA- dan diikuti dengan nombor.
Hanya beberapa pesawat sahaja diberikan tugas sebagai pesawat serang darat; kebanyakan pesawat yang digunakan untuk tugas ini ialah sebenarnya adalahpesawat pejuang danpesawat pengebom ringan. Walaupun"pesawat pejuang parit" sepertiSopwith Camel TF.1 danBoeing GA-1 telah dikaji sejak awal Perang Dunia I dan awal tahun1920-an, kebanyakan rekaan khas datang dari awalPerang Dunia II. Pada masa ini, enjin-enjin mempunyai kuasa cukup untuk menampung berat tambahan daripada perisai dan senjata yang diperlukan untuk pesawat serang darat. Perkembangan awal pesawat serang darat adalah berkait rapat dengan perkembangan awalpengebom junam disebabkan tujuan mereka yang sama iaitu menyerang sasaran darat di medan perang. pesawat serang darat yang paling berjaya adalah pesawat Jerman iaituJunkers Ju-87 'Stuka' and pesawat Rusia iaituIlyushin Il-2 Sturmovik yang mana di sanjung olehJosef Stalin kerana berjaya memenangi peperangan tersebut.Luftwaffe juga menghasilkan pengganti untuk Stuka di dalam tugas serangan darat (walaupun bukan sebuah pengebom junam) iaituHenschel Hs 129, tetapi hanya beberapa sahaja dibina dan meraka tidak begitu berkesan di dalam perang tersebut.
Pada akhir Perang Dunia II,pesawat pejuang siang biasa mempunyai kemampuan untuk melakukan tugas serang darat dan antara rekaan yang paling berjaya adalahFocke-Wulf Fw 190 yang telah diubah sedikit danHawker Typhoon.
Di era selepas Perang Dunia II, tentera udara semakin enggan untuk menghasilkan pesawat tentera khas untuk menyerang darat. Walaupun bantuan udara dekat dan menyekat kemaraan musuh masih penting di dalam perang moden, pesawat penyerang kurang digunakan berbanding dengan pesawat pejuang dan kedua-dua juruterbang dan perancang tentera tidak berminat terhadap pesawat serang darat. ContohnyaBlackburn Buccaneer,A-6 Intruder,A-7 Corsair II,Panavia Tornado IDS,Sukhoi Su-7, andSukhoi Su-17. Pesawat serang kemudian dijadikan sebagai pesawat pelatih sepertiBAC Strikemaster,BAE Hawk, and CessnaA-37.
Pada akhir tahun1960-an,Tentera Udara Amerika Syarikat telah meminta pesawat bantuan khas iaituRepublic A-10Thunderbolt II. Pesawat ini akhirnya menjadi pesawat anti-perisai dengan kebolehan terhad untuk dalam menyekat kemaraan musuh dan dalam tugas sebagai pengebom taktikal. Doktrin US sekarang semakin menekanan penggunaanhelikopterTentera Darat Amerika Syarikat untuk bantuan udara dekat dan misi anti-kereta kebal. Pesawat SovietSu-25 Frogfoot adalah lebih berjaya sebagaiartileri terbang, walaupun dalam versi kemudian pesawat ini juga ditukarkan kepada tugas anti-perisai dan kebanyakan daripada pesawat ini telah diganti dengan pesawat yang lebih laju iaituMiG-29 danSu-27 versi pejuang/pengebom.
Walaupun begitu, tugas ini masih jelas dan masih dipakai, menghasilkan pengenalan sepertiF/A-18 Hornet. Dan sekarang, istilahpesawat penyerang diterima pakai sebagai cara untuk merujuk kepada pesawat dua-tugas seperti ini. Tetapi, British telah menggunakan istilah "strike" beberapa tahun sebagai panggilan kepada tugas serangannuklear dan "attack" sebagai tugas biasa(tidak melibatkan nuklear).