Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pertempuran Arras (1917)

Koordinat:50°17′23″N2°46′51″E / 50.28972°N 2.78083°E /50.28972; 2.78083
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bagi pertempuran sama dengan nama yang sama, lihatPertempuran Arras (nyahkekaburan).
Pertempuran Arras
Sebahagian daripadaBarisan BaratPerang Dunia I

Dataran bandar,Arras,Perancis, Februari 1919
Tarikh9 April – 16 Mei 1917
Lokasi50°17′23″N2°46′51″E / 50.28972°N 2.78083°E /50.28972; 2.78083
KeputusanKemenangan British
Pihak yang terlibat

 Empayar British

 Empayar Jerman
Komandan dan pemimpin
United KingdomDouglas Haig
Empayar BritishEdmund Allenby
KanadaArthur Currie
Empayar BritishHubert Gough
Empayar BritishHenry Horne
Empayar JermanLudwig von Falkenhausen
Empayar JermanErich Ludendorff
Empayar JermanGeorg von der Marwitz
Kekuatan
hari pertama:
14 divisyen serangan
9 divisyen simpanan
hari pertama:
12 divisyen bersiap sedia
5 divisyen simpanan
Kerugian dan korban
158,000120,000–130,000
Lihat bahagianCasualties
Templat:Campaignbox Nivelle Offensive 1917

Templat:Campaignbox Western Front (World War I)

Templat:Campaignbox Battle of Arras (1917)

Pertempuran Arras (juga dikenali sebagaiPertempuran Arras Kedua) adalah satu penyeranganBritish ke atasBarisan Barat semasaPerang Dunia I. Dari 9 April hingga 16 Mei 1917, tentera British menyerang pertahananJerman berhampiran bandarayaArrasPerancis di Barisan Barat. Terdapat kemajuan besar pada hari pertama, kemudian menemui jalan buntu. Pertempuran itu mengakibatkan hampir 160,000 askar British dan kira-kira 125,000 askar Jerman terkorban.

Disepanjang peperangan, ketumbukan tentera lawan di Barisan Barat berada dalam keadaan buntu, dengan garisan panjangkubu parit yang bermula dari pantai Belgium kesempadan Swiss.[1] ObjektifPihak Berikat dari awal tahun 1915 ialah memecah masuk pertahanan Jerman kepada medan terbuka diluar dan menyerangTentera Darat Jerman yang kecil dalam satupeperangan bergerak.[2] Serangan British di Arras merupakan sebahagian daripadaPenyerangan Nivelle Perancis, bahagian utama serangan itu berlaku 50 batu (80 km) ke selatan.[3] Tujuan operasi gabungan ini adalah menamatkan perang dalam masa 48 jam.[4] Di Arras pihak British akan mengalih tentera Jerman dari barisan Perancis dan merampas kawasan berbukit yang dikuasai Jerman yang telah mendominasi dataran Douai.[3]

Usaha British adalah barisan serangan meluas antaraVimy di barat laut danBullecourt di tenggara. Selepas pengeboman besar, askar Kanada dari Tentera Darat Pertama di utara berjuang dalamPertempuran Vimy Ridge dan menawan rabung itu. Tentera Darat Ke-3 di bahagian tengah mara keScarpe River, membuat kemasukan paling dalam sejak peperangan kubu parit bermula dan di bahagian selatan, Tentera Darat Ke-5 menyerangGaris Hindenburg dan telah digagalkan olehpertahanan kedalam, hanya mendapat sedikit kemajuan. Ketumbukan tentera British kemudian terlibat dalam beberapa siri operasi berskala kecil bagi mengukuhkan kedudukan baru. Walaupun pertempuran ini secara umumnya berjaya mencapai matlamat yang terbatas, mereka telah mengalami korban yang agak besar.[3]

Apabila pertempuran ini secara rasminya berakhir pada 16 Mei, askar-askar Empayar British telah membuat kemaraan yang bermakna tetapi tidak dapat mencapaikejayaan cemerlang.[3] Taktik dan kelengkapan baru telahpun digunakan, menunjukkan bahawa pihak British telah menerima pengajaran dariPertempuran Somme dan mampu melancarkan serangan terancang terhadap pertahanan medan berkubu. Sektor Arras kemudian kembali menemuikebuntuan yang mencirikan kebanyakan perang di Barisan Barat, kecuali serangan sekitar Lens, memuncak dalamPertempuran Hill 70 Kanada pada bulan Ogos.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Nota

[sunting |sunting sumber]

Templat:Research help

  1. ^Ashworth 2000, m/s. 3–4.
  2. ^Ashworth 2000, m/s. 48–51.
  3. ^abcdAshworth 2000, m/s. 55–56.
  4. ^Keegan 1999, m/s. 348–352.

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Sheldon, J. (2015).The German Army in the Spring Offensives 1917: Arras, Aisne & Champagne. Barnsley: Pen & Sword Military.ISBN 978-1-78346-345-9.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPertempuran Arras (1917)

Templat:Perang Dunia I

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertempuran_Arras_(1917)&oldid=3891223"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp