Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Persephone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persephone
  • Ratu alam bawah tanah
  • Dewi kematian, bijirin, dan musim bunga
Patungsinkretik Persephone-Isis dengansistrum. Muzium ArkeologiHeraklion,Crete
Tempat tinggalAlam bawah tanah
SimbolDelima, biji-bijian, obor, dan rusa
Maklumat peribadi
Ibu bapaZeus danDemeter
Zeus danRhea(Orfik)
Adik-beradikBeberapaadik-beradik sebelah bapa danadik-beradik sebelah ibu
IsteriHades
Zuriat
Equivalents
Kesetaraan RomProserpina
Rencana ini mengandungiBantuan:Aksara khas. Tanpapemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihattanda tanya, kotak, atau simbol lain.
Sebahagian daripadasiri tentang
Agama Yunani Kuno
Mahkota dafnah
Persephone dan Dionysos. Salinan Rom berdasarkan asal Yunani abad ke-4–3 SM. Marmar. Hermitage.

Dalamagama danmitologi Yunani kuno,Persephone (AFA:[pərsefəni];Greek:Περσεφόνη,rumi: Persephónē, sebutan klasik:[per.se.pʰó.nɛː];Jawi: ڤرسيفني), juga dipanggilKore (Greek:Κόρη,rumi: Kórē,lit.'gadis') atauCora, ialah anak perempuanZeus danDemeter. Dia menjadi ratualam bawah tanah setelahdiculik oleh bapa saudaranyaHades, raja alam bawah tanah, yang kemudiannya mengahwininya.[4]

Mitos tentang penculikannya, persinggahannya di alam bawah tanah, dan pengembaliannya ke permukaan secara berulang kali ialah representasi peranannya sebagai lambang musim bunga dan personifikasi tumbuh-tumbuhan, terutama tanaman bijian, yang hilang ke dalam tanah apabila ditanam, bercambah dari tanah pada musim bunga, dan dituai apabila sudah matang. Dalamseni Yunani Klasik, Persephone sentiasa digambarkan berpakaian, sering membawa secekak bijian. Dia boleh digambarkan sebagai dewa mistik dengan tongkat dan kotak kecil tetapi dia kebanyakannya digambarkan dibawa lari oleh Hades.

Persephone, sebagai dewi tumbuh-tumbuhan, dan ibunya Demeter ialah watak-watak utama dalamMisteri Eleusis, yang menjanjikan kehidupan selepas mati yang bahagia kepada ahli kultusnya. Asal usul kultusnya tidak pasti tetapi ia berdasarkan kultus agraria kuno komuniti-komuniti pertanian. Di Athens, misteri yang disambut pada bulanAnthesterion didedikasikan untuknya. BandarLocri Epizephyrii, diCalabria moden (selatanItali), terkenal dengan kultus Persephone, di mana dia dewi perkahwinan dan kelahiran di kawasan ini.

Namanya mempunyai banyak varian dalam sejarah. Ini termasukPersephassa (Περσεφάσσα) danPersephatta (Περσεφάττα). Dalam bahasa Latin, namanya ialahProserpina. Dia dipadankan oleh orang Rom dengandewi ItalikLibera, yang disamakan dengan Proserpina. Mitos-mitos yang serupa tentang perjalanan turun Persephone dan kepulangannya ke bumi juga muncul dalam kultus dewa-dewa lelaki, termasukAttis,Adonis, danOsiris,[5] dan diCreteMinoa.

Nama

[sunting |sunting sumber]

Dalam inskripsiLinear BBahasa Yunani Mykenai pada batu bersurat yang ditemui diPylos bertarikh 1400–1200 SM,John Chadwick merekonstruksikan[a] nama seorang dewi,*Preswa, yang mungkin ialahPerse, anak perempuanOceanus, dan diandaikan berkitan dengan bahagian pertama nama Persephone.[7][b]Persephonē (Yunani:Περσεφόνη) ialah namanya dalambahasa Yunani Ionia iaitu juga bahasa kesusasteraan epik. Bentuk Homerik namanya ialahPersephoneia (Περσεφονεία,[9]Persephoneia). Dalam dialek-dialek lain, dia dikenali dengan nama lain:Persephassa (Περσεφάσσα),Persephatta (Περσεφάττα), atau hanyaKorē (Κόρη, "gadis, dara").[10] Pada pasu-pasu dari Attika abad ke-5, bentuk (Φερρϖφάττα) boleh sering ditemui.Plato memanggilnyaPherepapha (Φερέπαφα) dalamCratylus, "kerana dia bijak dan menyentuh barang apa yang bergerak", danPhersephona (Φερσεφόνα) dalamMeno.[11] Terdapat juga bentukPeriphona (Πηριφόνα) danPhersephassa (Φερσέφασσα). Kewujudan begitu banyak bentuk yang berbeza menunjukkan betapa sukarnya bagi orang Yunani untuk menyebut perkataan itu dalam bahasa mereka sendiri dan mencadangkan bahawa nama itu mungkin mempunyai asal usulPra-Yunani.[12]

Etimologi perkataan 'Persephone' tidak jelas. Menurut hipotesis terkini yang dikemukakan olehRudolf Wachter, elemen pertama dalam nama (Perso- (Περσο-) mungkin mencerminkan perkataan yang sangat nadir, yang dibuktikan dalamRig Veda (Sanskritparṣa-), danAvesta, yang bermaksud 'seberkas jagung' / 'bulir [bijian]'. Elemen kedua,phatta, yang terpelihara dalam bentukPersephatta (Περσεφάττα), dalam pandangan ini akan mencerminkan perkataanbahasa Indo-Eropah Purba '*-gʷn-t-ih', daripada akar '*gʷʰen-' "untuk memukul / membunuh". Digabungkan, ia bermaksud "dia yang memukul bulir jagung", yakni "penebah bijian".[13]

Nama dewi fajar Albania, dewi cinta dan pelindung wanita,Premtë atauP(ë)rende, dianggap sepadan denganYunani KunoΠερσεφάττα (Persephatta), varianΠερσεφόνη (Persephone).[14][15] Nama dewa ini telah dikesan kembali keIndo-Eropah*pers-é-bʰ(h₂)n̥t-ih₂ ("dia yang membawa cahaya tembus").[14]

Etimologi rakyat yang popular adalah dariφέρειν φόνον,pherein phonon, "membawa (atau menyebabkan) kematian".[16]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Perkataan sebenar dalamLinear B adalah𐀟𐀩𐁚,pe-re-*82 ataupe-re-swa; ia ditemui pada tabletPY Tn 316.[6]
  2. ^Komen tentang dewipe-re-*82 daripada batu bersuratPylos Tn 316, yang tentatif direkonstruksikan sebagai*Preswa
    "Adalah menarik untuk melihat ... Perse klasik ... anak perempuanOkeanos ... ; sama ada ia boleh dipadankan lagi dengan elemen pertama Persephone hanyalah spekulatif."[8]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Gantz 1996, halaman 118
  2. ^Hard 2004, halaman 35
  3. ^Grimal 1996, Zagreus, p. 456
  4. ^Nilsson 1967, halaman 462–463, 479–480
  5. ^Nilsson 1967, Vol I, pp. 215
  6. ^Raymoure, "pe-re-*82";Aurora.
  7. ^Chadwick 1976
  8. ^Chadwick 1959Templat:Pages needed
  9. ^Homer,Odyssey
  10. ^H.G. Liddell dan R. Scott,A Greek-English Lexicon
  11. ^Plato,Meno, 81b
  12. ^Nilsson 1967, halaman 474
  13. ^Bremmer 2020;Beekes 2009, halaman 1179–80.
  14. ^abHyllested, Adam; Joseph, Brian D. (2022)."Albanian". Dalam Olander, Thomas (penyunting).The Indo-European Language Family: A phylogenetic perspective. Cambridge University Press. m/s. 235.doi:10.1017/9781108758666.ISBN 978-1-108-75866-6.S2CID 161016819.
  15. ^Dedvukaj, Lindon (2023)."Linguistic evidence for the Indo-European and Albanian origin ofAphrodite".Proceedings of the Linguistic Society of America.Linguistic Society of America.8 (1): 5500.doi:10.3765/plsa.v8i1.5500.S2CID 258381736Check|s2cid= value (bantuan).
  16. ^Smith 1873,"Perse'phone"

Bibliography

[sunting |sunting sumber]

Sumber klasik

Sumber kontemporari

Dewa-dewa Yunani kuno mengikut gabungan
Dewa
purba
Titan
Titanes (lelaki)
Titanides (perempuan)
Anak-anak Hyperion
Anak-anak Coeus
Anak-anak Crius
Anak-anak Iapetus
Mousai (Muses)
Dewa
Olympus
Dodekatheon
Theoi Olympioi
Mousai (Muses)
Charites (Graces)
Horae (Hours)
Anak-anak Styx
Dewa
akuatik
Dewa-dewa laut
Oceanid
Nereid
Potamoi
Naiad
Dewa
Chthonic
Theoi Chthonioi
Erinyes (Furi)
Earthborn
Apotheothenai
Keperibadian
Anak-anakNyx
Anak-anakEris
Anak-anak dewa yang lain
Lain-lain
Dewa-dewa lain
Dewa langit
Dewa pertanian
Dewa kesihatan
Dewa kedesaan
Lain-lain
Agama dan budaya
Bangsa
12 Dewa Olympus
Dewa-dewi purba
Dewa lain
Wira
Upacara keagamaan
Tempat suci
Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Persephone&oldid=6498560"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp