Perseid (sebutan /ˈpɜrsiː.ɨdz/) merupakanhujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet Swift-Tuttle. Pancuran ini dinamai kerana titik muculnya terletak diburuj Perseus. Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur sepanjang orbit komet Swift-Tuttle. Kelompok awan ini terdiri daripada jisim yang digugurkan oleh komet tersebut ketika di orbitnya selama 130 tahun, kebanyakan debu dalam awan tersebut dicatatkan berusia sekitar seribu tahun. Bagaimanapun, terdapat juga jaluran utasan habuk yang agak baru dalam aliran itu yang tersingkir dari komet pada tahun 1862.[1] Kadar jaluran utasan yang berasal dari meteor ini adalah lebih tinggi berbanding bahagian aliran lebih lama.
Perseid panjang dalam pelbagai warna merentasi langit di tepi sebelah kiriBima Sakti pada tahun 2009.
Pancuran meteor Perseid telah dicerap lebih 2000 tahun lamanya, dengan maklumat terbaru berkenaan meteor ini datangnya dari Timur Jauh.[2] Sesetengah penganut Katolik menggelarkan Perseids sebagai "titisan air mata Santo Lawrence" kerana 10 Ogos merupakan tarikh memperingati santo tersebut.[3]
Perseid tahun 2010 di atas VLT
Pancuran meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun dan memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya pancuran meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah sebanyak 60 atau lebih dalam satu jam. Pancuran meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana bahagian langit, tetapi Perseid lebih aktif di kawasanhemisfera Utara akibat laluan komet Swift-Tuttle. Sebagaimana semua pancuran meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui angkasa. Pada tahun 2009,Kadar Kemuncak Sejam (Zenithal Hourly Rate atau ZHRmax) dicatatkan sebanyak 173,[4] tetapi cahaya meteor yang lebih malap dilunturkan oleh sinar cahaya bulan purnama.
^Dr. Tony Phillips (25 Jun 2004)."The 2004 Perseid Meteor Shower". Science@NASA. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-03-20. Dicapai pada12 Mac 2010.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
^"Perseids". Meteorshowersonline.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-07-19. Dicapai pada2009-08-12.