| Perjanjian Jepun–Korea 1907 | |||||
| Nama bahasa Jepun | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Kanji | 第三次日韓協約 | ||||
| Hiragana | だいさんじにっかんきょうやく | ||||
| |||||
| Nama bahasa Korea | |||||
| Hangul | 정미조약 or 한ㆍ일 신협약 | ||||
| Hanja | 丁未條約 atau 韓日新協約 | ||||
| Perumian Semakan | Jeongmi joyak atau Hanil Sinhyeopyak | ||||
| McCune–Reischauer | chongmi choyak atau Hanil Sinhyŏbyak | ||||
| Nama alternatif bahasa Korea | |||||
| Hangul | 제3차 한일협약 | ||||
| Hanja | 第三次日韓協約 | ||||
| Perumian Semakan | Je-sam-cha Han-il Hyeop-yak | ||||
| McCune–Reischauer | Che-sam-ch'a Han-il Hyŏp-yak | ||||
SatuPerjanjian Pengilhakan Jepun-Korea (第三次日韓協約,Dai-sanji Nikkan Kyōyaku) diikat antaraEmpayar Jepun danEmpayar Korea pada24 Julai1907.
Empayar Korea menjadi kawasannaungan Jepun di bawah terma-termaPerjanjian Eulsa yang terdahulu pada tahun 1905, dan maka itu kehilangan hak untuk menjalankan pertukaran diplomatik dengan negara-negara lain. MaharajaGojong menghantar seorang wakil secara rahsia kePersidangan Hague mengenai Keamanan Dunia untuk membantah tindakan Jepun. Pada18 Julai1907, Jepun bertindak balas dengan memaksa Maharaja Gojong turun takhta untuk memberi laluan kepada anakanda baginda iaituSunjong.
Enam hari kemudian, satu persetujuan baru dipaksa terhadap kerajaan Korea. Peruntukan-peruntukan dalam perjanjian baru ini memberiResiden-Jeneral dari Jepun hak untuk melantik dan melucutkan pegawai-pegawai berpangkat tinggi (Perkara 4) dan mensyaratkan bahawa semua pegawai berpangkat tinggi yang dilantik ke kerajaan Korea mesti berbangsa Jepun (Perkara 5). Ini membawa seluruh kerajaan dalaman Korea di bawah penguasaan Jepun. Satu bahagian dalam perjanjian yang tidak diterbitkan juga meletakkan tentera Korea di bawah pimpinan Jepun, dan menyerahkan kuasa-kuasa kehakiman dan pengawasan.
"Kerajaan-kerajaan Jepun dan Korea yang berhasrat dengan cepatnya untuk memupuk kekayaan dan kekuatan Korea dan bertujuan memupuk kemakmuran negara Korea, telah bersetuju…"
"1. Dalam segala hal berkenaan pembaharuan pentadbiran Korea, Kerajaan Korea akan menerima arahan dan panduan daripadaResiden-Jeneral (統監,tōkan) (Jepun).
"2. Undang-undang yang dicatat oleh Kerajaan Korea dan tindakan-tindakan kerajaan yang penting mesti memerlukan kelulusan Residen-Jeneral terlebih dahulu."
"3. Fungsi-fungsi kehakiman Korea akan diasingkan daripada fungsi-fungsi kerajaan yang biasa."
"4. Dalam segala pelantikan dan pelucutan jawatan pegawai berpangkat tinggi, Kerajaan Korea mesti mendapatkan kebenaran Residen-Jeneral."
"5. Kerajaan Korea akan melantik mana-mana rakyat Jepun yang diusulkan oleh Residen-Jeneral menjadi pegawai Korea."
"6. Kerajaan Korea tidak boleh melantik mana-mana orang asing menjadi pegawai Korea tanpa berunding dengan Residen-Jeneral."
"7. Perkara pertama dalamperjanjian Jepun-Korea yang diikat pada 22 Ogos, tahun ke-37zaman Meiji [1904] akan dibatalkan."