Stimbot ialah masakan komunal yang berasal dariDinasti Yuan China, tetapi sekarang dapat dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruhAsia Timur. Ia terdiri daripada periuk air rebusan panas yang diletakkan di tengah meja makan. Semasa periuk dikekalkan mereneh, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja.
Hidangan stimbot yang tipikal termasuk hirisandaging,sayur daun,cendawan,wantan,ladu telur, danmakanan laut. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengansos. Di banyak kawasan, hidangan stimbot sering dimakan padamusim sejuk.
Huo Guo (Cina Tradisional:火鍋,Cina Ringkas:火锅,pinyin: huǒguō) merupakan nama Cina bagi "periuk panas" iaituhuǒ bermaksud "api", manakalaguō bermaksud "periuk".Chinese Fondue ialah istilahbahasa Inggeris yang biasa digunakan di negara-negara Barat.Da Been Lo ialah istilahbahasa Kantonis untuk stimbot dan dapat diterjemahkan lebih kurang sebagai "memukul sisi periuk".
Gaya masakan Cina ini berasal dariMongolia danChina utara melalui bentuk primitifnya yang wujud sejak lebih seribu tahun dahulu.Orang-orang nomadMongolia masak daging dan sayur di dalam periuk yang diletakkan di atas unggun api. Merekalah yang dikatakan memulakan tradisi menghiris daging dengan nipis supaya dapat memasak tanpa menggunakan bahan api yang banyak.
Stimbot menyebar ke selatan semasaDinasti Tang (618-906). Kemudian, orang-orang nomad utara yang menetap di China menambah stimbot dengan daging-daging seperti daging lembu dan daging kambing, manakala orang-orang selatan menambah makanan laut. MenjelangDinasti Qing, stimbot menjadi popular di kebanyakan kawasan di China.
Di banyak rumah moden di bandaraya-bandaraya besar pada hari ini,batu arang tradisional yang digunakan untuk memasak stimbot telah digantikan dengan versielektrik ataugas.
Oleh sebab gaya memasak stimboat banyak berubah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain, bahan-bahan makanan yang telah digunakan amat berbeza. Sedangkan tidak betul-betul tradisional, adalah seronok bagi menguji kaji bahan-bahan dan sos-sos menurut rasa kegemaran sendiri. Satu kelainan Kantonis termasuk mencampuri telur mentah dengan perasa-perasa untuk mengurangkan 'haba' yang diserap oleh makanan dan dengan itu, dapat mengurangkan kemungkinansakit tekak selepas hidangan stimbot, menurut teori-teori herba Cina.
Daging sejuk beku dihiris dengan amat nipis. Menghiris daging sejuk beku dengan cara ini akan menyebabkannya menggulung dan sering dihidangkan dengan bentuk sebegini. Daging-daging yang digunakan termasuk daging kambing, lembu, ayam, dan lain-lain lagi. Periuk masak sering terbenam dalam meja dan dipanaskan denganpropana atau sebagai alternatif, terletak di atas meja dan dipanaskan dengan batu arang. Daging dan sayur dimasukkan ke dalam periuk secara berasingan dengan penyepit, dan masa masaknya adalah singkat sahaja. Daging seringnya hanya memerlukan masa 15 hingga 30 saat untuk masak.
DiBeijing, stimboat dimakan pada sepanjang tahun. Stimbot Beijing biasanya di makan di rumah pada musim sejuk. Berbagai-bagai jenis stimbot boleh didapati di Beijing — biasanya, kedai-kedai makan moden membekalkan berbagai-bagai jenis air rebusan berperisa dalam mangkuk yang mempunyai beberapa bahagian. Kedai-kedai yang lebih tradisional atau lama menghidangkan air rebusan yang sederhana harumnya dalam periuk Mongolia yang merupakan bekasloyang yang dipanaskan dengan batu arang di dalam serombong pusat. Air rebusan dimasak di dalam sebuah mangkuk berbentuk donut yang mengelilingi serombong itu.
StimbotManchuria (Cina Tradisional:東北酸菜火鍋) menggunakan banyakjeruk kobis Cina (Cina Tradisional:酸菜) untuk menghasilkan rendidih yang masin.
Stimboat gayaSichuan amat berbeza dengan gaya yang dimakan, umpamanya, diTaiwan. Seringnya perbezaan terdiri, antara lain, daripada jenis daging yang digunakan, jenis asas sup, sertasos danperisa yang digunakan untuk memberi rasa kepada daging.
DiXishuangbanna, berhampiran denganMyanmar, air rebusan seringnya dibahagikan kepada bentukyin danyang - air rebusancili pedas yang berwarna merah pada satu bahagian, dan air rebusanayam yang berwarna putih pada bahagian yang lain.
Salah satu kelainan yang paling masyhur ialah stimbot "má là" (Cina Tradisional:麻辣 — "kebas dan pedas") Sichuan: sejenisrempah istimewa yang dikenali sebagai "huā jiāo" (Cina Tradisional:花椒 — "flower pepper" atauLada Sichuan) ditambah untuk mengurangkan deria rasa dan oleh itu, dipanggil "má là". Ia biasanya digunakan untuk makan pelbagai daging serta hirisan filet daging kambing.
Stimbot termasyhur di provinsiSichuan yang mengembangkan gaya tersendiri. Bandaraya-bandarayaChengdu danChongqing juga termasyhur untuk berbagai-bagai jenishuǒ guō. "Sì Chuān huǒ guō" dapat dibezakan daripada "huǒ guō" biasa di China jika merujuk kepada "Stimbot Gaya Utara". "Cuān yáng ròu",Bahasa Cina:氽羊肉 (daging kambing masakan segera) boleh dianggap sebagai wakil jenis makanan ini yang tidak menumpukan kepada asas sup.
Di Taiwan, stimboat dimakan dengan sos celupan yang terdiri daripada sos sacha serta kuning telur mentah.
Makan stimbot bersama keluarga atau kawan-kawan dikatakan menegaskan perpaduan dan bersatu hati kerana ia dilakukan dengan sebuah periuk kongsi yang tunggal. "Weilu" — mengeliling periuk — mempunyai maksud yang mendalam kepada orang-orang Cina yang banyaknya menganuti idea-ideaKonfusianisme yang menekankan perpaduan keluarga. Gaya makan stimbot seringnya seronok dan dimakan dengan perlahan; orang-orang yang makan stimboat seringnya bersembang semasa makan bersama-sama. Secara tradisi, jenis makan ini kekadang berlangsung hampir sehari.Bir ialah minuman pilihan untuk hidangan stimboat di China. Stimbot kekadang dimakan sebagai sebahagian perayaanHari Cina Baru. Bentuk bulat periuk melambangkan perpaduan keluarga.
Beberapa perkara harus diingati untuk mengelakkan keracunanE. coli atauSalmonella. Selepas memegang daging mentah dengan penyepit, celupkan penyepit itu dalam air rebusan yang panas terik untuk membunuh sebarangmikrob. Jika telur mentah digunakan, gunakanlah telur yang paling segar sahaja. Alternatif yang lain adalah untuk menggunakan penyepit yang berlainan untuk periuk stimbot.
Stimbot Korea adalah sangat pedas dan berempah, dan amat sesuai untuk memberikan kehangatan pada musim-musim sejuk Korea yang teruk. Ramuan-ramuan direndidih di dalam sup berempah yang diberi rasa dengan menggunakan pati kacang cili ataubelacan. Kelainan-kelainan yang biasa termasuk:
Stimboat di Thailand pada mula-mulanya merupakan stimbot gaya Cina, khususnya untuk komuniti etnik Cina yang besar. Bagaimanapun pada dekad1960-an, sebuah rantaian restoran yang dipanggilCoca membuka cabang sulung diDataran Siam,Bangkok, dan menghidangkan versi terubah suai stimbot Cina di bawah nama JepunSukiyaki. (Walaupun ia hanya sedikit serupa dengansukiyaki Jepun, nama itu menarik perhatian orang ramai kerana "Lagu Sukiyaki", lagu pop Jepun, merupakan lagu terlaris di seluruh dunia ketika itu.) Dalam versi terubah suai Thailand ini, pelanggan-pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan, dengan setiap hidangan jauh lebih kecil berbanding yang biasa supaya dapat membenarkan pelanggan-pelanggan memesan lebih banyak jenis hidangan.
Sos celupan yang berempah juga disediakan semata-mata untuk rasa-rasa Thailand, dengan banyak cili,limau nipis, dandaun ketumbar ditambahkan. Ini terbukti menjadi makanan terlaris dan tidak lama kemudian, rantaian-rantaian lain memulakan pembukaan restoran-restoran "suki" di seluruhBangkok dan bandaraya-bandaraya yang lain, dengan setiap mereka mempunyai sos celupan istimewa yang tersendiri sebagai hujah jualan.
Pada hari ini, rantaianMK adalah rantaian restoran yang terpopular di Thailand, dengan 122 buah resotran di seluruh negara dan lapan saluran keluar di Jepun. Coca juga berkembang dengan pantas di luar negara, dan menghidangkan suki Thailand di 24 buah saluran keluar di seluruhAsia danAustralia, dengan banyak lagi saluran keluar dirancangkan untukAmerika Syarikat danEropah.
Jepun mempunyai berbagai-bagai jenis hidangan stimbot yang dikenali secara kolektif sebagainabemono. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa gaya, dengan ramuannya dibiarkan mereneh dalam air rebusan berasaskankicap ataumiso yang berperisa ringan dan kemudian dicelup dalam sos sebelum dimakan (seperti stimbot Cina).