Peristiwa Musim Bunga Praha (Czech:Pražské jaro,Slovak:Pražská jar) merupakan satu tempohliberalisasi politik dalamCzechoslovakia sewaktu negara tersebut dikuasai Kesatuan Soviet selepasPerang Dunia Kedua. Ia bermula pada 5 Januari 1968, apabilaAlexander Dubček dipilih sebagi Setiausaha Pertama Parti Komunis Czechoslovakia (KSČ) sehinggalah 21 Ogos 1968 di manaKesatuan Soviet dan negara anggotaPakatan Warsaw lain menyerang negara ini untuk menghentikan perubahan sedemikian.
Langkah-langkah pembaharuan yang dibawa daripada tempoh ini merupakan usaha percubaan pendemokrasian oleh Dubček untuk memberikanhak tambahan kepada rakyat Czechoslovakia. Kebebasan yang diberikan termasuk melonggarkan sekatan padamedia,suara danpergerakan.
Apabila perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak tidak membuahkan hasil yang memuaskan, pihak Soviet mula memikirkan suatu tindakan bersenjata melalui suatu polisi penundukan kuasa negara satelitnya kepadaBlok Timur.[1][2] Dengan itu, tentera empat negara Blok ini – Kesatuan Soviet, Bulgaria, Poland dan Hungary— menjajah Czechoslovakia pada malam 20–21 Ogos 1968.[3][4] Sebanyak 200,000 anggota tentera dan 2,000 buah kereta kebal menyerang negara tersebut,[5] mula-mula mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Ruzyně yang memebenarkan kemasukan pasukan baru dari udara. Tentera Czechoslovakia dikepung dalam berek-berek mereka sehingga disingkirkan sebarang keupayaan mereka melawan balik pihak Blok Timur. Czechoslovakia habis ditawan pada pagi 21 Ogos.[4]