Perikles memiliki pengaruh yang ketara terhadap masyarakat Athens, sehingga digelar oleh sejarawa,Thoukydides sebagai "rakyat pertama Athens".[1] Beliau menukarkan Liga Delos menjadi sebuah empayar Athens dan mengetuai rakyatnya ketika dua tahun pertama Perang Peloponesia. Zaman pemerintahannya dari 461 hingga 429 SM lazimnya digelar sebagai "zaman Perikles".
Beliau memulakan sebuah rancangan besar yang mewujudkan sebahagian besarAkropolis, termasukParthenon. Rancangan ini memperindah ibu kota, mempamerkan kemegahannya dan mewujudkan pekerjaan kepada rakyat.[2] Beliau juga mengemangkandemokrasi Athens sehingga digelar sebagai seorang populis oleh pengkritik. Beliau meninggal dunia pada 429 SM bersama-sama ahli keluarganya dalamWabak Athens.[3][4]
Ayah Perikles ialah seorang ahli politik,Xanthippus yang mengetuai para tentera Yunani dalamPertempuran Mycale pada 479 SM. Ibunya, Agariste ialah ahli keluarga bangasawan,Alcmaeonidae dan banyak mempengaruhi penglibatan Xanthippus dalam bidang politik. Agariste ialah cicit kepadaCleisthenes, tiran kawasanSicyon dan anak saudaraCleisthenes, ahli reformasi Athens.[5]
Beliau tergolong dalam puak Acamantis (Ἀκαμαντὶς φυλή). Zaman mudanya adalah sepi disebabkan oleh sifat penyendirinya dan lazimnya menghabiskan masanya terhadap pengajiannya serta banyak mengelakkan diri daripada khalayak ramai.[6]
Kekayaan dan kemasyhuran keluarganya membolehkan beliau menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendidikannya. Beliau mempelajari ilmu muzik daripada pakar-pakar pada masa itu (kemungkinannyaDamon atauPythocleides).[7] Beliau dikatakan sebagai ahli politik pertama yang menekankan kepentingan falsafah, dan banyak dipengaruhi olehAnaxagoras yang menjadi sahabat karib beliau.[7][8]
Pada musim bunga 472 SM, Perikles mempersembahkantragediThe Persians oleh Aeschylus sebagai sebuahliturgi dan membayangkan dirinya sebagai salah satu daripada golongan kaya-raya Athens.[9] Simon Hornblower mempertikai bahawa pemilihan Perikles tragedi yang mempersembahkan gambaran nostalgik berkenaan dengan kejayaanThemistocles dalamPertempuran Salamis menunjukkan bahawa beliau menyokong Themistocles yang menentang musuh politiknya,Cimon yang pernah membuang Themistocles tidak lama selepas itu.[10]
Plutarch berkata bahawa Perikles merupakan negarawan Athens yang muncul selepas 40 tahun. Oleh itu, Perikles mengambil jawatan kepimpinannya pada 460-an SM, ketika umur awal atau pertengahan 30-an. Ketika ini, beliau berusaha untuk melindungi privasinya dan mempamerkan diri sebagai teladan terhadap rakyatnya. Beliau lazimnya mengelakkan diri daripada menghadiri jamuan untuk hidup secara berjimat cermat.[11][12]
Pada 463 SM, beliau ialah pendakwa kepada Cimon, ketua puak konservatif yang didakwa kerana mengabaikan kepentingan Athens terhadapMacedon.[13] Meskipun dibebaskan, konfrontasi ini membuktikan bahawa musuh politik Perikles adalah terancam.[14]
Pada 461 SM, kepimpinan parti demokrasi membuat keputusan untuk meyasarkanAreopagus, sebuah majlis tradisional yang dikawal oleh golongan aristrokat Athens yang pernah menjadi badan terkuat di negeri. Ketua parti serta mentor Perikles,Ephialtes merancang untuk mengurangkan pengaruh kuasa Areopagus.Ecclesia, dewan perhimpunan Athens menggunakan Ephialtes tanpa sebarang halangan. Reformasi ini mengasaskan sebuah zaman baharu "demokrasi radikal".[15]
Pada tahun ini, Perikles berjaya membuang Cimon dari Athens dengan alasan bahawa Cimon mengkhianati Athens dengan berpihak terhadapSparta.[16]
Pembunuhan Ephialtes pada tahun ini juga memberi ruang kepada beliau untuk memperkukuh penguasaannya. Tanpa sebarang halangan selepas pembuangan Cimon, parti demokrasi yang tidak dapat dihalang menjadi pemerintah unggul Athens. Beliau kekal berkuasa hingga kematiannya pada 429 SM.
Perikles mengahwini salah satu saudara paling rapatnya seperti menuruti tradisi masyarakat Athens pada ketika itu; nama isteri ini tidak diketahui setakat kini. Perkahwinan ini mengurniakan dua orang anak,Paralus dan Xanthippus, tetapi bercerai pada 445 SM. Selepas itu, beliau menjalinkan hubungan jangka masa panjang denganAspasia dari Mieltus dan dikurniakan seorang anak,Perikles Muda.[17]
Legasi paling jelas Perikles boleh dijumpai dalam karya seni dan kesusasteraan pada zaman kegemilanganAthens, kebanyakannya masih bertahan hingga kini.Akropolis Athens, meskipun dalam bentuk runtuhan masih kekal sebagai lambang terhadap Athens moden. Paparrigopoulos pernah bertulis bahawa karya-karya ini sudah cukup untuk mengabadikan nama Athens di dunia.[18]