Pereka ialah seorang yang mencipta atau menemuikaedah, cara, atauperanti yang boleh melakukan sesuatu tugas. Istilah ini juga boleh merujuk kepada mereka yang telah diberikanpaten. Bagaimanapun, banyak barang tidak bolehdipatenkan atau umumnya tidak dipatenkan, tetapi masih boleh dianggap sebagai hasil kerja seseorang pereka; contoh-contohnya termasuk kaedah atau keluaran baru yang berkait dengan penyataan kesenian ataumatematik. Sebagaimana dengan perekaan rasmi (di bawahundang-undang paten), satu unsur utama jelasnya merupakan unsur ketersegaman yang dibangkitkan oleh rekaan tersebut ke atas mereka yang mahir dalam bidang yang berkaitan apabila mereka diberitahu rekaan tersebut.
Salah satu contoh pempatenan rasmi tentang kaedah/proses seseorang pelukis ialah paten yan dipohon olehYves Klein terhadap "Biru Klein" (Kleinian Blue) atauBiru Klein Antarabangsa,[1] sejenis warnabiru.[2] Serupa juga, rekaan dalam bidangmatematik boleh dikaitkan secara rapat dengan sesuatu orang, umpamanyaformula Stirling denganJames Stirling.
Perkaitan antara hasilkesenian ataumatematik dengan perekanya boleh dibezakan daripada penemuan yang mencirikan penciptaan tersebut. Ciri-ciri tersebut adalah lebih serupa dengan konsepcap dagangan yang rasmi, berbanding dengan konseprekaan yang rasmi. Konsep yang kurang tepat ini boleh ditunjukkan dengan membubuh akhiran "esque" pada nama pereka, umpamnya "Wanita Rubenesque Mempunyai Muka Picassoesque".[3] Perbezaan antara ciri "-esque" dan cap dagangan pada nama pelukis adalah tidak ketara dan pernah dibicarakan dalammahkamah.[4]
Taraf pereka ialah penentuan utama untuk mengasaskan hakpaten. Sistem paten telah diasaskan untuk menggalakkan para pereka dengan memberikan mereka tempohmonopoli yang terhad untuk rekaan yang dipertimbangkan sebagai cukupbaru,berguna, dantidak ketara.Fasal harta intelektual dalamPerlembagaan Amerika Syarikat membenarkan (tetapi tidak mewajibkan)undang-undang diluluskan untuk mengasaskan hak-hak harta intelektual di negara tersebut.