Rumusan laluan peredaran termohalin. Laluan biru mewakili arus air dalam, sementara laluan merah mewakili arus permukaan.Peredaran termohalin.
Istilahperedaran termohalin (THC) merujuk sebahagianperedaran lautan berskala besar yang dipacu olehkecerunan ketumpatan global dicipta oleh suhu permukaan danfluks air tawar.[1][2] Kata sifat termohalin diperoleh daripadatermo- merujuksuhu dan-halin merujukkandungan garam, faktor yang bersama-sama menentukanketumpatan air laut. Arus permukaan pacuanangin (sepertiGulf Stream) beredar ke arah kutub dariLautan Atlantik khatulistiwa, menyejuk dalam perjalanan, dan akhirnya tenggelam parasgaris lintang tinggi (membentukAir Dalam Atlantik Utara). Air tumpat ini kemudian mengalir kelembangan lautan. Sementara pukalnyamenjulang diLautan Selatan, air terlama (dengan masa transit selama kira-kira 1600 tahun)[perlu rujukan] menjulang di Pasifik Udara.[3] Pencampuran berlebihan lalu mengambil tempat di antara lembangan lautan, mengurangkan perbezaan antara kedua-duanya dan menjadikan lautan Bumi sebagai sistem global. Dalam perjalanan, jisim air memindahkan kedua-dua tenaga (dalam bentuk haba) dan jirim (pepejal, bahan dan gas terlarut) di seluruh glob. Sedemikian, keadaan peredaran mempunyai impak besar terhadapiklim Bumi.
Peredaran termohalin kadang-kadang dipanggiltali sawat penyampai lautan,penyampai lautan besar, atautali sawat penyampai global. Kadang-kadang, istilah ini juga digunakan untuk merujukperedaran pembalikanmeridian (kerap disingkatkan sebagaiMOC). Istilah MOC, walau bagaimanapun, adalah lebih tepat dan sangat tertakrif, kerana kesukaran pemisahan bahagian peredaran yang sebenarnya dipacu oleh suhu dankemasinan sendiri berlawanan dengan faktor lain seperti angindaya pasang surut.[4] Kecerunan-kecerunan suhu dan kemasinan juga boleh membawa kepada peredaran yang tidak ditambah kepada MOC sendiri.
^Lappo, SS (1984). "On reason of the northward heat advection across the Equator in the Atlantic ocean".Study of Ocean and Atmosphere Interaction Processes. Moscow Department of Gidrometeoizdat (in Russian): 125–9.
^Primeau, F (2005). "Characterizing transport between the surface mixed layer and the ocean interior with a forward and adjoint global ocean transport model".Journal of Physical Oceanography.35 (4): 545–64.Bibcode:2005JPO....35..545P.doi:10.1175/JPO2699.1.
Apel, JR (1987).Principles of Ocean Physics. Academic Press.ISBN0-12-058866-8.
Gnanadesikan, A., R. D. Slater, P. S. Swathi, and G. K. Vallis (2005). "The energetics of ocean heat transport".Journal of Climate.18 (14): 2604–16.Bibcode:2005JCli...18.2604G.doi:10.1175/JCLI3436.1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Knauss, JA (1996).Introduction to Physical Oceanography. Prentice Hall.ISBN0-13-238155-9.
Rahmstorf, S (2006). "Thermohaline Ocean Circulation". Dalam Elias, S. A. (penyunting).Encyclopedia of Quaternary Sciences. Elsevier Science.ISBN0-444-52747-8.Unknown parameter|chapterurl= ignored (bantuan)
THOR FP7 projectshttp://www.eu-thor.eu investigates on the topic "Thermohaline overturning- at risk?" and the predictability of changes of the THC. THOR is financed by the 7th Framework Programme of the European Commission.