Pisang yang dieksport dari Republik Dominica dengan label perdagangan saksama (fairtrade) yang diiktiraf.
Perdagangan adil atauperdagangan saksama merupakan pergerakan sosial yang bertujuan membantu pengeluar dinegara-negara membangun mencapai keadaan perdagangan yang lebih baik serta mempromosikan pertanian mapan. Mereka yang terlibat dalam pergerakan ini menyokong pembayaran harga yang lebih tinggi kepada pengeksport serta juga standard sosial dan persekitaran yang lebih baik. Pergerakan ini memberi tumpuan khususnya kepada komoditi atau produk yang biasanya dieksport dari negara-negara membangun kenegara-negara maju tetapi juga digunakan pasaran dalam negeri (contohnya Brazil, India dan Bangladesh) terutamanya kraftangan,kopi,koko,wain, gula, buah-buahan segar, coklat,bunga danemas.[1][2]
Pergerakan ini bertujuan mengalakkan lebih ekuiti dalam perkongsian perdagangan antarabangsa melalui dialog, ketelusan, dan rasa hormat. Ia menggalakkan pembangunan mapan dengan menawarkan keadaan perdagangan yang lebih baik serta melindungi hak-hak pengeluar dan pekerja yang terpinggir di negara-negara membangun.[3] Perdagangan adil didasarkan pada tiga kepercayaan teras:
Pengeluar mempunyai kuasa untuk menyatakan perpaduan dengan pengguna.
Amalan perdagangan dunia yang wujud pada masa ini menggalakkan pengagihan kekayaan tidak sama rata antara negara-negara. Akhir sekali;
Pembelian produk dari pengeluar di negara-negara membangun pada harga yang adil adalah cara yang lebih berkesan mempromosikan pembangunan mapan daripada kaedah kerja amal dan bantuan yang tradisional.[4]
Terdapat beberapa pemeraku yang diiktiraf menilai ciri perdagangan adil yang ada dalam sesuatu produk termasukFairtrade International (sebelum ini dipanggil Fairtrade Labelling Organizations International atau FLO), IMO,Make Trade Fair dan Eco-Social. Tambahan lagi sebuah agensi yang pernah memberikan lesen kepada tanda Fairtrade International iaituFair Trade USA berpecah dari sistem ini dan menyediakan skema pelabelan perdagangan saksamanya yang tersendiri yang menimbulkan kontroversi atas penglibatan pekebun kecil bebas dan pemilik estet-estet semua jenis tanaman dalam skema tersebut. Pada tahun 2008, Fairtrade International memperakui barangan eksport yang memenuhi kriterianya bernilai sekitar€3.4 bilion.[5][6]Pertubuhan Perdagangan Dunia menerbitkan perangkaan tahunan mengenai dagangan barang-barang dan perkhidmatan sedunia ini.
^Moseley, WG (2008), "Fair Trade Wine: North Africa's Post Apartheid Vineyards and the YouTube Global Economy",Globalizations,5 (2): 291–304,doi:10.1080/14747730802057753