Intel Corporation (NASDAQ:INTC) ialah sebuahperbadanan multinasional yang berpusat diAmerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilanmikropemproses dan mengkhususkan dalamlitar bersepadu. Intel juga membuatkad rangkaian, chipsetpapan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasukMEMS.
Intel menggantikan logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Antara slogan yang pernah Intel gunakan dahulu termasuklah "Intel inside", "Leap ahead", "Sponsors of Tomorrow". Kini, Intel sekali lagi menukar slogan utamanya kepada "Look Inside" (2013).
Pada 1980-an, Intel merupakan antara 10 penjualsemikonduktor utama (ke-10 pada 1987) di dunia. Pada 1991, Intel menjadi pembuat cip terbesar mengikut hasil dan ini kekal sehingga kini. Syarikat semikonduktor utama lain termasuklahAMD,Samsung,Texas Instruments,Toshiba danSTMicroelectronics.
Pada Julai 2007,Suruhanjaya Eropah menuduh Intel melakukanamalan anti-persaingan, kebanyakannya terhadapAMD.[4] Dakwaan ini, seawal 2003, termasuklah memberikan harga pilihan kepada pembuat komputer yang membeli kebanyakan atau keseluruhancip mereka daripada Intel, membayar pembuat komputer untuk menangguhkan atau membatalkan produk menggunakan cip AMD, dan membekalkan cip di bawah harga kos kepada kerajaan dan institusi pendidikan.[5] Intel menjawab bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan sebaliknya menyatakan tindak tanduknya cuma mesra pengguna.[6] Peguam Bruce Sewell pula membalas bahawa Suruhanjaya tersebut telah salah faham sesetengah andaian fakta terhadap kos penentuan harga dan pengilangan.[7]
Pada Februari 2008, Intel menyatakan bahawa pejabatnya di Munich telah diserbu oleh pengawal seliaKesatuan Eropah. Intel melaporkan yang ia bekerjasama dengan para penyiasat.[8] Intel boleh didenda sehingga 10% hasil tahunannya, jika didapati bersalah menghalang persaingan.[6] AMD kemudiannya melancarkan sebuah tapak web berkenaan dakwaan ini.[9][10] Pada Jun 2008, EU memfailkan dakwaan baru terhadap Intel.[11] Seterusnya pada Mei 2009 EU mendenda Intel sebanyak €1.06 billon (AS$1.44bn) untuk amalan anti-persaingannya, suatu rekod baru. Intel didapati membayar beberapa syarikat, termasukAcer,Dell,HP,Lenovo danNEC,[12] jika mereka hanya menggunakan cip Intel dan oleh itu memudaratkan syarikat cip lain termasuklahAMD.[12] Suruhanjaya Eropah menyatakan Intel telah dengan sengaja bertindak menghalang persaingan dalam pasaran cip komputer dan dengan itu melakukan "pencabulan serius dan berterusan terhadap peraturanantitrust EU".[12] Di samping denda tersebut, Intel juga diarahkan menghentikan segera amalan anti-persaingannya.[12] Intel telah menyatakan yang ia akan merayu keputusan Suruhanjaya itu.[12].