Perang Dingin merupakan keadaan ketegangan geopolitik setelahPerang Dunia II antara kuasa diBlok Timur (Kesatuan Soviet dannegara-negara satelitnya) dan kuasa diBlok Barat (Amerika Syarikat, sekutu-sekutuNATO-nya dan lain-lain). Para sejarawan tidak bersetuju sepenuhnya tarikh bermulanya Perang Dingin namun mereka bersetuju perang ini bermula pada rangka masa yang sama iaitu tempoh antara tahun 1947, tahunDoktrin Truman (sebuahpolisi asing AS berikrar membantu negara-negara yang diancam oleh faham perluasan kuasa Kesatuan Soviet) telah diumumkan, dan pada tahun 1991, tamatnya perang ini ketikaKesatuan Soviet jatuh.
MangsaNLF semasaperang Vietnam. Selepas imbangan kuasa di Eropah berdiri teguh, peperangan proksi di Dunia Ketiga menjadi medan pertandingan kuasa besar.SebahagianTembok Berlin, suatu simbol perpecahan Eropah sewaktu era Perang Dingin.
Perang Dingin biasanya dianggap berlaku sekitar akhir perikatan antara AS danKesatuan Soviet semasaPerang Dunia Kedua sehingga pemecahan Kesatuan Soviet pada tahun1991.Perang Korea;Krisis Peluru Berpandu Cuba;Perang Vietnam;Perang Afghan; dan rampasan kuasa ketenteraan dibantuAgensi Perisikan Pusat (CIA) terhadap kerajaan dipilih condong kekiri diIran (1953),Guatemala (1954), danChile (1973) merupakan beberapa kejadian di mana ketegangan berkait dengan Perang Dingin mengambil bentuk pertelingkatah senjata. Dalam pertelagahan itu, kuasa besar, terutamanyaAmerika Syarikat, beroperasi sebahagian besarnya dengan ,membekalkan senjata dan wang kepada penentang, perkembangan yang mengurangkan kesan langsung kepada populasi kuasa besar.
Pada dekad1970-an, Perang Dingin telah memberi laluan kepadapengenduran ketegangan dan perhubungan antarabangsa menjadi semakin rumit apabila dunia tidak boleh dipecahkan kepada dua blok berasingan yang nyata. Akibatnya, negara-negara yang kurang berkuasa mampu menjadi lebih berdikari, dan kuasa besar ini adalah sebahagiannya berupaya untuk mengenalpasti minat mereka dalam percubaan untuk mengawal percambahan senjata nuklear (lihatSALT I & II danPerjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik). Hubungan AS-Soviet telah kembali renggang pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, tetapi menjadi semakin pulih apabila blok Kesatuan Soviet menunjukkan tanda-tanda kejatuhan pada akhir 1980-an. Keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, bermakna Rusia telah hilang status kuasa besarnya yang dicapai selepas Perang Dunia II.
Strategi konflik antara AS dan Kesatuan Soviet diarena global adalah lebih kepada strategi teknologi (lihat jugateori pencegahan). Ia turut melibatkan konflik secara tersembunyi melalui beberapa aktivitiperisikan. Selain daripada pembunuhan ejen-ejen perisikan, perang ini amat tertumpu kepada kebimbangan tentangsenjata nuklear. Persoalannya adalah jika salahsatu kuasa besar menghasilkannya secara besar-besaran dan sama ada peperangan boleh dielak hanya dengan memiliki senjata tersebut. Satu lagi hakikat ialah peperangan propaganda yang rancak antara AS dengan Kesatuan Soviet. Sebenarnya, kemungkinanperang nuklear sejagat tidak pasti boleh dielakkan, akibat perang-perang wilayah yang lebih kecil, dan ini telah meningkatkan tahap kebimbangan setiap kali pertempuran berlaku. Ketegangan ini membentuk kehidupan manusia di seluruh dunia dengan takat yang sama dengan pertempuran benar.
Kawasan yang paling getir ialahJerman, terutamanya di bandarayaBerlin. Tidak boleh dinafikan, simbol Perang Dingin yang paling jelas ialahTembok Berlin. Tembok ini telah memisahkanBerlin Barat (sebahagian bandaraya yang dikawalJerman Barat dan sekutunya) dariBerlin Timur dan wilayahJerman Timur, yang mengelilinginya.
Semua bidang ini memerlukanpelaburanteknologi danpengilangan yang tinggi. Dalam banyak bidang, orang Barat telah mencipta senjata-senjata dengan keberkesanan yang unggul, terutamanya kerana pencapaian mereka dalam bidangkomputer digital serta keberatan mereka untuk mengembangkan sistem-sistem dengan keunggulan keganasan. Sebaliknya, blok Timur mencipta bilangan reka bentuk yang lebih besar dalam setiap bidang, dan membina lebih banyak jenis senjata pada jumlah yang lebih besar.
Salah satu ciri perlumbaan senjata nukear yang ketara, disokong khususnya oleh penggunaanICBM nuklear, ialah konsep pencegahan melaluikebinasaan pasti bersama atau "MAD". Gagasan bahawa blok Barat tidak akan menyerang blok Timur dan sebaliknya disebabkan oleh kedua-dua pihak memiliki cukup banyak senjata nuklear untuk menghapuskan sama sekali satu sama lain dan mengakibatkan seluruh bumi tidak dapat dihuni. Justera itu, menyerang satu sama lain merupakan suatu perbuatanpembunuhan diri yang kedua-dua pihak tidak ingin mencuba.
Selepas perpecahanKesatuan Soviet, banyak teknologi yang amat tinggi kini boleh didapati di pasaran terbuka. Jet pejuang, misail anti pesawat, senjata kecil, serta juga senjata nuklear, biologi, dan bahan kimia dikatakan telah bertukar tangan. Dalam sesetengah kes, negara-negara bekas blok Soviet merampas harta-harta sepertikapal tentera laut yang dilabuhkan di pelabuhan-pelabuhan yang kini dimiliki oleh mereka. Dalam banyak kes, kerajaan-kerajaan tersebut tidak berupaya mengendalikan atau memeliharakan harta-harta itu, dengan sebilangannyadilelong.
Friedman, Norman (2000).The Fifty Year War: Conflict and Strategy in the Cold War. Percetakan Institut Tentera Laut, Annapolis, MD.ISBN 1-55750-264-1.
Patterson, Thomas G.; dll. (2000).American Foreign Relations, A History - Since 1865. Syarikat Houghton-Mifflin, New York, NY.ISBN 0-395-93887-2.Explicit use of et al. in:|author= (bantuan)