Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Peptida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peptida (bahasa Inggeris:peptide, daripada akarbahasa Yunani: πεπτός,peptós "dihadam"; daripada πέσσειν,péssein "menghadam") merupakan rantaian pendekmonomerasid amino semula jadi atau buatan yang dihubungkan olehikatan peptida (amida).

Ikatan kimiakovalen yang wujud dalam rantaian sebegini terhasil apabila kumpulankarboksil suatu asid amino bertindak balas dengan suatu kumpulan amino daripada asid amino yang lain. Peptida terpendek yang wujud -dipeptida - terdiri daripada 2 asid amino dihubungkan oleh satu ikatan peptida, begitulah perkara sama yang ada padatripeptida,tetrapeptida dan seterusnya.Polipeptida merupakan rantaian peptida panjang yang berterusan dan tidak bercabang. Oleh itu, peptida dikelaskan dalam kumpulan kimiaoligomer danpolimer yang meluas bersama-samaasid nukleik,oligosakarida danpolisakarida, dan sebagainya.

Peptida dibezakan daripadaprotein berdasarkan saiz, di mana sejenis peptida itu difahamkan mengandungi sekitar sedikit daripada 50 asid amino.[1][2] Protein pula terdiri daripada lebih daripada satu polipeptida yang disusun agar dapat berfungsi secara biologinya di mana ia sering terikat padaligan sepertikoenzim dankofaktor, atau kepada protein ataumakromolekul (DNA,RNA dan sebagainya) yang lain, atau kepada binaan makromolekul.[3]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^IUPAC. Compendium of Chemical Terminology, 2nd ed. (the "Gold Book"). Compiled by A. D. McNaught and A. Wilkinson. Blackwell Scientific Publications, Oxford (1997). Versi pembetulan dalam talian XML:http://goldbook.iupac.org (2006-) oleh M. Nic, J. Jirat, B. Kosata; kemaskini dikompilasikan oleh A. Jenkins.ISBN0-9678550-9-8.doi:10.1351/goldbook.P04898.
  2. ^"What are peptides". Zealand Pharma A/S. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 Julai 2014.
  3. ^Ardejani, Maziar S.; Orner, Brendan P. (2013-05-03)."Obey the Peptide Assembly Rules".Science.340 (6132): 561–562.Bibcode:2013Sci...340..561A.doi:10.1126/science.1237708.ISSN 0036-8075.PMID 23641105.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Peptida&oldid=4989264"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp