Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Peperangan udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk angkatan tentera udara dan kelengkapan, sila lihatPenerbangan tentera. Untuk teori strategik ke atas penggunaan tentera udara, sila lihatKuasa udara.

Peperangan udara ialah penggunaanpesawat tentera dan pesawat terbang lain dalampeperangan. Peperangan udara merangkumipesawat pengebom menyerang tumpuan musuh atausasaran strategik;pesawat pejuang bertarung untuk menguasai ruang udara;pesawat serangan darat terlibat dalamsokongan udara dekat terhadap sasaran darat;pasukan udara tentera laut terbang menentang sasaran laut dan darat berdekatan;pesawat luncur,helikopter dan pesawat lain untuk membawapasukan airborne sepertiaskar payung terjun;pesawat penangki minyak untuk melanjutkan masa operasi atau jarak; danpesawat pengangkut tentera untuk memindahkan kargo dan anggota.[1] Dari segi sejarah, pesawat tentera termasuklahbelon yang membawapeninjau artileri;kapal udara untuk mengebom bandar-bandar; pelbagai jenis pesawatpengintipan,pengawasan danamaran awal udara yang membawa peninjau, kamera dan peralatan radar;pengebom torpedo untuk menyerang perkapalan musuh; dan pesawat tenterapenyelamat udara-laut untuk menyelamatkanaskar udara yang jatuh. Peperangan udara moden termasuklahpeluru berpandu danpesawat udara tanpa pemandu. Pasukan darat mungkin bertindak balas terhadap aktiviti udara musuh denganpeperangan anti pesawat.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah peperangan udara

Sejarah peperangan udara bermula pada zaman purba, dengan menggunakan layang-layang pembawa manusia di China. Dalam abad ke-3 ia berkembang ke peperangan belon. Kapal terbang telah mula digunakan untuk berperang dalam tahun 1911, pada awalnya sebagai rekonaisans, dan kemudian untuk pertempuran udara menembak jatuh pesawat rekon. Penggunaan pesawat untuk pengeboman strategik muncul semasa Perang Dunia II. Juga pada Perang Dunia II, Jerman Nazi mencipta banyakpeluru berpandu dan sistem peluru ketepatan berpandu, termasukpeluru berpandu krus pertama,peluru berpandu balistik jarak pendek pertama,peluru berpandu permukaan ke udara pertama, danpeluru berpandu anti kapal pertama. Peluru berpandu balistik menjadi kunci utama semasa Perang Dingin, telah dilengkapi dengan kepala peledak nuklear, dan telah disimpan oleh kuasa-kuasa besar (A.S. dan K.R.S.S) untuk menghalang satu sama lain daripada menggunakannya. Penggunaan satelit tentera pertama adalah untuk rekonaisans pada tahun 1950an, dan penggunaannya telah berkembang kepada komunikasi seluruh dunia dan sistem maklumat dengan risikan daripada orbit yang menyokong pengagihan kegunaan tentera secara global.

Rekonaisans udara

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Rekonaisans udara

Rekonaisans udara ialahrekonaisans untuk tujuan ketenteraan atau strategik yang dijalankan olehpesawat pengintip. Peranan ini dapat memenuhi pelbagai keperluan, termasuk pengumpulanrisikan imej, peninjauan gerakan musuh danpeninjau artileri.

Gerakan kombat udara

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Gerakan kombat udara

Gerakan tempur udara (juga dikenali sebagai ACM (air combat manoeuvring) ataudogfight (pertarungan) ialah seni taktikal bergerak, berpusing dan memilih lokasi sesebuahpesawat pejuang agar mendapat posisi untuk menyerang pesawat lain. Ia bergantung padamaneuver asas pejuang (Basic Fighter Maneuvers) ofensif dan defensif untuk mendapat kelebihan keatas lawan udara.

Pasukan airborne

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pasukan airborne

Pasukan airborne ataupasukan hantaran udara adalah unittenterainfantri ringan, yang ditubuhkan untukdibawa oleh pesawat dan "digugurkan" ke medan pertempuran, biasanya denganpayung terjun. Oleh itu, mereka boleh diletakkan kedalam barisan musuh, dan mempunyai keupayaan untuk di atur gerak kemana-mana sahaja dengan tanpa amaran. Formasi tersebut dihadkan oleh jumlah dan saiz pesawat mereka, berdasarkan kapasiti yang cukup sebuah pasukan besar boleh muncul "entah dari mana" dalam masa beberapa minit, tindakan yang disebut sebagaiserangan vertikal.

Sebaliknya, pasukan airborne biasanya kekurangan bekalan dan peralatan untuk operasi kombat yang panjang, dan dengan itu lebih sesuai untuk operasitumpuan udara daripada pendudukan jangka panjang; tambahan pula, operasi payung terjun adalah sangat sensitif dengan cuaca yang buruk. Kemajuan teknologihelikopter semenjakPerang Dunia II telah membawa penambahan fleksibiliti kepada skop operasi airborne, dangempur udara telah banyak menggantikan operasi besar-besaranpayung terjun, dan (hampir) menggantikan sepenuhnya operasi glider kombat.

Serangan udara

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Serangan udara

Serangan udara[2] adalah satu operasi penyerangan yang dilakukan olehpesawat penyerang. Serangan udara biasanya dibuat oleh pesawat-pesawat sepertipejuang,pengebom,pesawat serangan darat, danhelikopter penyerang. Definisi rasmi termasuklah pelbagai sasaran, seperti sasaran udara musuh, tetapi istilah popular diterhadkan kepada serangantaktikal (berskala kecil) keatas sasaran darat ataulaut. Senjata yang digunakan dalam serangan udara boleh didapati daripelurumesingan danpeluru berpandu hingga ke pelbagai jenisbom. Ia juga sering dirujuk sebagaiserbuan udara.

Didalamsokongan udara dekat, serangan udara biasanya dikawal olehpeninjau terlatih untuk koordinasi dengan pasukan darat sendiri dengan cara yang diperolehi daripada taktikartileri.

Pengeboman strategik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pengeboman strategik

Pengeboman strategik adalah satustrategi ketenteraan yang digunakan dalamperang total dengan matlamat mengalahkan pihak musuh dengan memusnahkan moral mereka atau keupayaan ekonomi mereka yang menghasil dan mengangkutmaterial kemedan operasi ketenteraan, atau keduanya sekali. Ia disusun secara sistematik dan serangan dilakukan dari udara menggunakanpesawat pengebom strategik,peluru berpandu jarak jauh atau sederhana, atau pesawatpejuang- pengebom dilengkapi senjata nuklear untuk menyerang sasaran yang dianggap penting bagi keupayaan musuh berperang.

Peperangan anti pesawat

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Peperangan anti pesawat

Peperangan anti pesawat ataupertahanan balas udara ditakrifkan olehNATO sebagai "semua langkah-langkah dibuat untuk membatalkan atau mengurangkan keberkesanan tindakan udara pihak bermusuh."[3] Ia termasuklah sistem senjata pangkalan darat dan udara, sistem sensor yang berkaitan, pengurusan perintah dan kawal dan langkah-langkah pasif (sepertibelon baraj). Ia boleh digunakan untuk melindungi tentera laut, darat, dan udara di mana-mana tempat. Walaubagaimanapun, bagi kebanyakan negara usaha utama adalah lebih cenderung kepada 'pertahanan tanahair'. NATO merujuk kepada pertahanan udara airborne sebagaicounter-air dan pertahanan udara tentera laut sebagaipeperangan anti pesawat. Pertahanan misil adalah lanjutan daripada pertahanan udara sebagaimana inisiatif untuk menyesuaikan pertahanan udara dengan tugas mana-mana projektil yang terbang.

Peluru berpandu

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Peluru berpandu

Dalam penggunaan moden, peluru berpandu atau misil ialah sistempeluru ketepatan berpandu bergerak sendiri, yang bertentangan dengan peluru tidak berpandu bergerak sendiri, disebut sebagairoket (walaupun ini juga boleh menjadiberpandu). Misil mempunyai empat sistem komponen: sasaran dan/ataupanduan misil, sistem penerbangan, enjin, dan kepala peledak. Misil datang dalam jenis yang disesuaikan untuk tujuan yang berbeza:peluru berpandu permukaan ke permukaan danpeluru berpandu udara ke permukaan (peluru berpandu balistik,kruise,anti kapal,anti kereta kebal, dll.),peluru berpandu permukaan ke udara (dananti-balistik),peluru berpandu udara ke udara, dansenjata anti satelit. Semua peluru berpandu yang sedia ada direka untuk digerakkan semasa penerbangan yang dikuasai oleh reaksi kimia didalamenjin roket,enjin jet, atau lain-lain jenis enjin.[perlu rujukan]Peranti bahan letupan bukan gerak sendiri umumnya dirujuk sebagaipeluru meriam dan biasanya mempunyai jarak lebih pendek daripada peluru berpandu.

Dalam penggunaan biasa Bahasa Inggeris-British menyatakan senjata berpandu, peluru berpandu adalah "mana-mana objek balingan", seperti objek dibaling kepada pemain oleh penonton yang suka bergaduh di acara sukan.[4]

Kenderaan udara tanpa pemandu

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pesawat Udara Tanpa Pemandu

KemunculanPesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) telah secara dramatik mengubah peperangan udara[5] dengan pelbagai negara membangunkan dan/atau membeli armada UAV. Beberapa tanda aras telahpun berlaku, termasukdogfight jet pejuang-UAV,kuar pertahanan udara lawan dengan UAV, penggantian pesawat penerbangan operasi dengan UAV, mengawal kelayakkan operator UAV untuk status 'kombat', kawalan UAV dari pihak lain di dunia, mengganggu dan/atau perampasan data UAV semasa penerbangan, serta cadangan untuk memindahkan kuasa tembakan kepada AI diatas sebuah UAV.[6] UAV berkembang dengan cepat dari pengawasan kepada peranan kombat.

Keupayaan UAV yang semakin meningkat telah dilontar persoalan survivabiliti dan keupayaan jet pejuang berpemandu.[7]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^See John Andreas Olsen, ed.,A History of Air Warfare (2010) for global coverage since 1900.
  2. ^"air strike- DOD Dictionary of Military and Associated Terms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada2016-08-20.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^AAP-6
  4. ^Guardian newspaper: "Emmanuel Eboué pelted with missiles while playing for Galatasaray" Example of ordinary English usage. In this case the missiles were bottles and cigarette lighters
  5. ^"How robot drones revolutionized the face of warfare".CNN. 27 July 2009.
  6. ^http://www.govexec.com/pdfs/072309kp1.pdf
  7. ^http://abcnews.go.com/Technology/story?id=8164538&page=1

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
  • Boyne, Walter J. (2003).The Influence of Air Power upon History. Pelican (www.pelicanpub.com).ISBN 1-58980-034-6.
  • Buckley, John (1999).Air Power in the Age of Total War. Indiana University Press.ISBN 0-253-33557-4.
  • Budiansky, Stephen.Air Power: The Men, Machines, and Ideas That Revolutionized War, from Kitty Hawk to Iraq (2005) global coverage by journalist
  • Collier, Basil (1974).A History of Air Power. Macmillan Publishing Co., Inc.; New York.
  • Cooksley, Peter G.; Bruce Robertson (1997).The Encyclopedia of 20th Century Conflict: Air Warfare. Arms and Armour.ISBN 1-85409-223-5.
  • Corum, James S. & Johnson, Wray R. (2003).Airpower in Small Wars - Fighting Insurgents and Terrorists. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas.ISBN 0-7006-1240-8.
  • Glines, Carroll V. (1963).Compact History of the United States Air Force. Hawthorn Books, Inc. ; New York.ISBN 0-405-12169-5.
  • Gross, Charles J. (2002).American Military Aviation: The Indispensable Arm. Texas A&M University Press.ISBN 1-58544-215-1.
  • Higham, Robin (2004).100 Years of Air Power & Aviation. Texas A&M University Press.ISBN 1-58544-241-0.
  • Lockee, Garette E. (April 1969). "PIRAZ". United States Naval Institute Proceedings.Cite journal requires|journal= (bantuan)
  • Olsen, John Andreas, ed.A History of Air Warfare (2010) 506pp; 16 essays by experts provide global coverage
  • Overy, Richard.Why the Allies Won (1997), ch 3, on bombing in World War II.
  • Overy, Richard.The Air War - 1939–1945 (1980), global coverage of combat, strategy, technology and production
Web

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Templat:Aerial warfare

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanPeperangan udara


Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Peperangan_udara&oldid=6640629"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp