Pepatung,patung-patung,sibar-sibar,sesibar,sibur-sibur ataucapung merupakan sejenisserangga dalam order Odonata, suborder Epicrota, atau lebih tepat lagi di bawah infraorderAnisoptera. ia berbadan panjang, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan mempunyaimata majmuk bersegi yang besar.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakannyamuk dan pelbagai serangga kecil lain sepertilalat,lebah,semut dankupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik. Serangga ini ditemukan hidup dari aras laut hingga ke gunung-ganang[2] di setiap benua kecuali Antartika. Kebanyak spesies pepatung ada di kawasantropika, kawasanberiklim sederhana mempunyai bilangan spesies lagi kurang.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.
Perkataanpepatung (Jawi: ڤڤاتوڠ) danpatung-patung (Jawi: ڤاتوڠ٢) setara denganperkataan Sundaᮕᮕᮒᮧᮀpapatong. Nama lain yang berkaitan ialahbelalang patung yang digunakan diKedah.[3]
Perkataansibar-sibar (Jawi: سيبر٢) dansesibar (Jawi: سسيبر) digunakan diJohor.[4]
Perkataancapung (Jawi: چاڤوڠ) dipinjamkan daripada katabahasa Jawaꦕꦥꦸꦁcapung.[5]
Nama infraorder Anisoptera datang daripada kata-katabahasa Yunaniἄνισοςanisos "tidak sama"[6] danπτερόνpteron "sayap"[7] kerana sayap belakang pepatung lagi lebar daripada sayap depannya.[8]
Banyak spesies pepatung mempunyai badan yang berwarna-warni dan berkilau. Seekor pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, tetapi ia tidak boleh berjalan; kaki-kaki ini hanya digunakan untuk hinggap di permukaan dan memanjat batang tinggi. Pasang kaki depannya paling pendek, pasang-pasang kaki belakangnya bertambah panjang.[9]:13
Seekor pepataung mempunyai sepasang sayap yang mengepak atas dan ke bawah, hadapan sebilah sayapnya keras disokong pembuluh-pembuluh darah yang kuat dan disusun rapat-rapat.[9]:13–14 Pepatung serangga yang paling laju terbang.
Badan nimfa pepatung berwarna campur perang kusam, hijau dan kelabu yang membantunyamenyamar diri di antara tumbuhan atau bawah lumpur kolam.[10]:88 Pepatung dewasa yang keluar dari rangka luar lamanya tampak pucat dan mendapatkan warna-warna barunya selepas beberapa hari kemudian.[11]
Pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran dengan air, pada kebiasaannya di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies akan menyelam sepenuhnya untuk bertelur dalam permukaan yang baik. Telur tersebut kemudiannya menetas menjadi nimfa.
Pepatung hidup sebagai naiad, sejenis bentuk nimfa, di bawah permukaan air. Kebanyakan jangka hayat pepatung diluangkan dalam bentuk ini.
Ia menggunakan muncung yang boleh dipanjangkan untuk menangkapinvertebrata atauvertebrata lain sepertiberudu,ikan dan lain-lain.[12][13] Nimfa bernafas melaluiinsang yang terdapat di dalam rektum, dan boleh menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari duburnya secara tiba-tiba.[14] Sesetengah nimfa juga memburu di darat, satu kebolehan yang agak biasa pada zaman dahulu ketika pemangsa di bumi masih lembab.
Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun.
Apabila larva telah bersedia untuk menjalanimetamorfosis menjadi dewasa, ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagairangka luar akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama, menarik nafas lalu mengepamhemolimfa yang mengembangkan sayapnya.[15]:10–11 Ia terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan.
Peringkat dewasa bagi kebanyakan pepatung hanya selama beberapa hari hingga kurang 4-5 minggu.[16]
Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggilmetacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negaraJepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanyahaiku.
Gambar-gambar menarik tentang pepatung adalah biasa dalamArt Nouveau, terutamanya dalam mereka bentuk barang kemas. Ia juga digunakan sebagai motif dekoratif pada fabrik dan hiasan rumah.
Di sebahagian kawasanBumi seperti diIndonesia, pepatung merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva. Ia juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negaraChina danJepun.
^Seth, Bybee (1 Mei 2012)."Dragonflies and damselflies: Odonata".Featured Creatures. University of Florida: Entomology and Nematology. Dicapai pada21 November 2022.
^Dijkstra, Klaas-Douwe B. (2006).Field Guide to the Dragonflies of Britain and Europe. British Wildlife Publishing. m/s. 8–9.ISBN978-0-9531399-4-1.
^Mill, P. J.; Pickard, R. S. (1975). "Jet-propulsion in anisopteran dragonfly nymphs".Journal of Comparative Physiology A.97 (4): 329–338.doi:10.1007/BF00631969.S2CID45066664.
^Cannings, Robert A.; Stuart, Kathleen M. (1977).The Dragonflies of British Columbia (ed. pertama). Victoria, British Columbia, Kanada: Muzium Provinsi British Columbia. m/s. 19.
Wilkinson, Richard James (1932).A Malay-English dictionary (romanised).I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.