Penyu tempayan (Caretta caretta) ialah sejenispenyu[5] yang tersebar di seluruh dunia. Ia adalah reptilia lautan darikeluargaCheloniidae. Ukuran purata penyu tempayan adalah sekitar 90 cm (35 in) panjang apabila matang, sungguhpun spesimen yang lebih besar hingga 280 cm (110 in) telah ditemui. Penyu tempayan dewasa mempunyai berat kira-kira 135 kg (298 paun), dengan spesimen terbesar seberat lebih dari 450 kg (1,000 paun). Kulit bewarna dari kuning ke coklat, dan kerapasnya biasanya berwarna coklat kemerahan. Tiada perbezaan luaran antara jantina yang dilihat sehingga penyu menjadi dewasa, perbezaan yang paling ketara ialah penyu jantan dewasa mempunyai ekor tebal dan plastrons yang lebih pendek berbanding penyu betina.
Penyu Tempayan boleh ditemui di lautan-lautanAtlantik,Pasifik danHindi, sertaLaut Mediterranean. Ia menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di habitat air masin dan muara, dengan penyu betina secara ringkas naik ke darat untuk bertelur. Penyu tempayan mempunyai kadar pembiakan yang rendah; Penyu betina bertelur purata empat rangkap telur dan kemudian menjadi mandul, tidak menghasilkan telur selama dua hingga tiga tahun. Penyu tempayan mencapai kematangan seksual dalam tempoh 17-33 tahun dan mempunyai umur 47-67 tahun.
Penyu Tempayan adalah maserba, makan terutamanya pada invertebrata hidupan dasar laut. Rahangnya yang besar dan berkuasa berfungsi sebagai alat yang berkesan untuk menceraikan mangsanya. Penyu tempayan muda dieksploitasi oleh banyak pemangsa; telur terutamanya sangat terdedah kepada organisma daratan. Apabila Penyu Tempayan mencapai usia dewasa, saiznya yang menggerunkan membatasi pemangsaan kepada haiwan marin yang besar, seperti jerung.
Penyu ini dianggap spesies terancam dan dilindungi oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam. Peralatan penangkapan ikan yang tidak diselenggara menyebabkan banyak kematian penyu. Penyu tempayan juga boleh mati lemas jika mereka terperangkap dalam pukat tunda. Peranti pengecualian penyu telah dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kematian dengan menyediakan laluan meloloskan diri untuk penyu. Kehilangan pantai bersarang yang sesuai dan pengenalan pemangsa eksotik juga telah menjejaskan populasi penyu tempayan. Usaha untuk memulihkan bilangan mereka memerlukan kerjasama antarabangsa, karena penyu berkeliaran di laut lepas dan pantai tempat ia bersarang kritikal yang tersebar di beberapa negara.
Karapas penyu tempayan yang berwarna coklat kemerahan
Penyu Tempayan ialah penyu dengan cangkerang keras yang terbesar, berbandingpenyu hijau danKura-kura Galapagos. Ia juga penyu kedua terbesar selepasPenyu belimbing.[6][7][8] Penyu dewasa mempunyai berat sekitar 80 ke 200kg dan panjang antara 70 ke 95cm.[6] Berat tertinggi pernah direkodkan adalah 545kg dengan panjang karapas 213cm.[6] Kepala dankarapas (tempurung) berwarna antara jingga kekuningan hinggalah coklat kemerahan, manakala bahagianplastron (perut) biasanya berwarna kuning pucat.[9] Leher dan bahagian tepinya berwarna coklat dan kekuningan.[10]
Cangkerangnya terbahagi kepada dua:karapas danplastron. Karapas terbahagi kepada lima keping yang digelarskut.[9] Biasanya 11 atau 12 pasang skut marginal membentuk karapas.[11] Lima skut vertebral pada bahagian tengah karapas, sementara lima pasang skut kosta disekelilingnya.[12] Skutnukal terletak di dasar kepalanya.[12] Karapasnya disambungkan dengan cangkerang plastron (perut) oleh tiga pasang skut inframarginal yang membentuk penyambung antara tempurung belakang dengan cangkerang perutnya.[12] Plastronnya terdiri daripada sepasang skutgular, humeral, pektoral, abdominal, femoral, dan skut anal (dubur).[11] Cangkerangnya berfungsi sebagai perisai, walaupun penyu tempayan tidak boleh memasukkan kepala dan kesemua kakinya ke dalam cangkerangnya sendiri.[13]
Penyu dewasa mempunyaidiformisme jantina. Penyu dewasa jantan mempunyai ekor dan kuku lebih panjang berbanding betina. Plastron jantan lebih pendek berbanding betina. Karapas jantan lebih luas dan rendah berbanding betina, dan biasanya kepala penyu jantan lebih besar berbanding betina.[14] Jantina anak penyu tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat anatominya sahaja, tapi melalui diseksi (pembedahan),laparoskopi (pembedahan abdomen), analisishistologi (anatomi sel), dan radioimunologi iaitu melalui pelabelanisotop (radiolabeling).[14]
Kelenjar lakrimal terletak di belakang setiap mata membolehkan ia mengawal prosesosmosisnya sendiri dengan menyahkan lebihan garam dari air laut. Di darat, penyu yang dilihat sedang menangis sebenarnya adalah proses perkumuhan lebihan garam dari badannya.[15]
Penyu Tempayan mempunyaidistribusi kosmopolitan berbanding spesies-spesies penyu lain. Mereka mendiami sekitar Lautan Atlantik, Lautan hindi, dan Lautan Pasifik serta Laut Mediterranean.[16]
Di Lautan Atlantik, kebanyakan Penyu Tempayan mendiami sepanjang tenggara perairan Amerika utara danTeluk Mexico. Hanya sedikit dijumpai berada di sepanjang Eropah dan perairan Afrika.[17]Florida menjadi pusat pembiakan utama dengan lebih 67,000 sarang dibina setahun. Selain itu, kawasan sarangnya juga dijumpai dari utaraVirginia hinggalah sejauh ke selatanBrazil, serta ke kawasan timur diKepulauan Tanjung Verde yang menjadi pusat pembiakan utama dari sebelah timur Atlantik.
Di Lautan hindi, Penyu Tempayan mencari makan sekitar perairan Afrika,Semenanjung Arab, dan sepanjangLaut Arab.[18] Di sepanjang perairan Afrika, penyu ini membina sarang diKepulauan Bazaruto,Mozambique hingga ke muaraSt Lucia di selatan Afrika .[19] Selain itu, kawasan sarang utamanya dari Lautan hindi terletak diOman, berhampiran Semenanjung Arab, iaitu terdapat lebih 15,000 sarang, menjadikan ia pusat pembiakan Penyu Tempayan kedua terbesar di dunia. Manakala, diAustralia barat, sekitar 1,000–2,000 sarang dihasilkan setahun[18]
Penyu tempayan Pasifik tinggal di kawasan bersuhu tropika.[19] Kawanan-kawanan penyu jenis ini mencari makanan sehingga keLaut China Selatan, barat daya Lautan Pasifik, dan sepanjangSemenanjung Baja California. TimurAustralia, Jepun danTerumbu Sawar Besar yang menjadi kawasan bertelur utama.[20] Penyu-penyu di lautan ini biasanya membina sarang telurnya diVanuatu danTokelau.Pulau Yakushima ialah kawasan penting, dengan tiga tapak sarang yang sering dikunjungi oleh 40% Penyu tempayan sekitarnya.[18] Selepas bertelur, penyu betina akan mencari kawasan kediaman habitatnya di Laut China Selatan, sementara wilayahKuroshio menjadi tempat penyu-penyu muda mencari makanan.[19] Populasi dari timur Pasifik pula lebih tertumpu di perairan Baja California, tempat yang mempunyai sumber tumbuh-tumbuhan bagi penyu muda. Kawasan sarang bertelurnya ialah sepanjang timur Lembangan Pasifik. Kajian jujukan analisis polimorfisme mtDNA menyatakan 95% daripada populasi di sepanjang perairan Amerika menetas di Kepulauan Jepun di barat Pasifik.[21]
Penyu-penyu ini berhijrah dibawaarus lautan yang merentasi utara Pasifik dalam jalan migrasi antara yang terpanjang diambil oleh haiwan marin.[21] Perjalanan kembali ke pantai Jepun telah dijangka, walaupun laluan itu terpaksa melalui air jernih yang tiada sumber makanan.[22] Bukti perjalanan kembali datangnya dari seekor penyu betina yang digelar Adelita, pada tahun 1996, yang dilengkapi dengan alat penjejak satelit, telah membuat perjalanan sejauh 14,500 km (9,000 mi) iaitu dari Mexico melalui Lautan Pasifik. Adelita ialah haiwan pertama yang dijejaki melalui lembangan lautan.[23]
^abcRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaernst37
^Dodd Jr, C. K. (1988).Synopsis of the biological data on the loggerhead sea turtle Caretta caretta (Linnaeus 1758) (No. FWS-88 (14)). FLORIDA COOPERATIVE FISH AND WILDLIFE RESEARCH UNIT GAINESVILLE.