Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Penyu hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyu hijau
C. mydas berenang di atas terumbu karang diHawaii.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Chelonia
Spesies:
C. mydas
Nama binomial
Chelonia mydas
(Linnaeus, 1758)
Sinonim[2]
Sinonimi spesies
  • Testudo mydas
    Linnaeus, 1758
  • Testudo macropus
    Walbaum, 1782
    (nomen illegitimum)
  • Testudo viridis
    Schneider, 1783
  • Testudo japonica
    Thunberg, 1787
  • Testudo marina vulgaris
    Lacépède, 1788
  • Testudo viridisquamosa
    Lacépède, 1788
  • Testudo mydas macropus
    Suckow, 1798
  • Chelonia mydas
    Brongniart, 1800
  • Testudo chloronotos
    Bechstein, 1800
  • Testudo cepediana
    Daudin, 1801
  • Testudo rugosa
    Daudin, 1801
  • Chelone mydas
    — Brongniart, 1805
  • Chelonia japonica
    Schweigger, 1812
  • Chelonia virgata
    Schweigger, 1812
  • Caretta cepedii
    Merrem, 1820
  • Caretta esculenta
    Merrem, 1820
  • Caretta thunbergii
    Merrem, 1820
  • Caretta mydas
    Fitzinger, 1826
  • Caretta virgata
    — Fitzinger, 1826
  • Chelonia lachrymata
    Cuvier, 1829
  • Chelonia maculosa
    Cuvier, 1829
  • Chelonia midas [sic]
    Wagler, 1830
    (ex errore)
  • Chelonia mydasvar. japonica
    Gray, 1831
  • Chelonia esculenta
    Wiegmann &Ruthe, 1832
  • Chelonia bicarinata
    Lesson, 1834
  • Chelonia marmorata
    A.M.C. Duméril &Bibron, 1835
  • Chelonia (Chelonia)
    cepedeana [sic]
    Fitzinger, 1835
    (ex errore)
  • Chelonia viridis
    Temminck &Schlegel, 1835
  • Mydas mydas
    Cocteau, 1838
  • Mydasea mydas
    Gervais, 1843
  • Euchelonia mydas
    Tschudi, 1846
  • Megemys mydas
    Gistel, 1848
  • Chelonia lacrymata [sic]
    Agassiz, 1857
    (ex errore)
  • Chelonia formosa
    Girard, 1858
  • Chelonia tenuis
    Girard, 1858
  • Euchelys macropus
    — Girard, 1858
  • Chelone macropus
    Strauch, 1862
  • Chelone maculosa
    — Strauch, 1862
  • Chelone marmorata
    — Strauch, 1862
  • Chelone virgata
    — Strauch, 1862
  • Chelone viridis
    — Strauch, 1862
  • Chelonia albiventer
    Nardo, 1864
  • Thalassiochelys albiventer
    Günther, 1865
  • Chelonia agassizii
    Bocourt, 1868
  • Mydas viridis
    — Gray, 1870
  • Chelone midas
    Cope, 1871
  • Chelonia lata
    Philippi, 1887
  • Chelone mydas
    Boulenger, 1889
  • Chelonia mydas mydas
    Mertens &L. Müller, 1928
  • Caretta thunbergi [sic]
    H.M. Smith, 1931
    (ex errore)
  • Chelonia mydas agassizii
    Carr, 1952
  • Chelonia mydas agassizi [sic]
    Schmidt, 1953
    (ex errore)
  • Chelonia mydas carrinegra
    Caldwell, 1962
  • Chelonia agazisii [sic]
    Tamayo, 1962
    (ex errore)
  • Testudo nigrita
    Tamayo, 1962
  • Chelonia agassizi
    — Carr, 1967
  • Chelonia mydus [sic]
    Nutaphand, 1979
    (ex errore)
  • Chelonia mydas carinegra [sic]
    Nutaphand, 1979
    (ex errore)
  • Testudo chloronotus [sic]
    H.M. Smith &R.B. Smith, 1980
    (ex errore)
  • Chelone albiventer
    — Márquez, 1990
  • Caretta thumbergii [sic]
    Sharma, 1998
    (ex errore)
  • Chelonia mydas viridis
    Karl &Bowen, 1999

Penyu hijau,penyu agar,[3]penyu pulau ataupenyu hitam (nama saintifik:Chelonia mydas)[3][4] adalah sejenispenyu besar yang berada di dalam keluargaCheloniidae.[5] Ia merupakan satu-satunyaspesies dalamgenusChelonia.[6] Taburan penyu ini meluas di lautantropika dansubtropika seluruh dunia, dengan dua populasi berbeza di lautan-lautanAtlantik danPasifik, tetapi ia juga ditemukan diLautan Hindi.[7][8]

Nama penyu ini datangnya daripadalemak berwarna hijau atau hitam yang boleh dijumpai di bawahkarapasnya.[3][9]

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Saiz penyu ini lebih kurang 1.2 meter dengan berat badannya mencapai 270 kg. Penyu hijau memiliki badandorsoventral rata ditutupi oleh satu karapas besar, berbentuk air mata dan sepasang kaki sirip besar seperti pendayung.

Ia biasanya berwarna cerah, kecuali warna pada karapasnya yang hampir kehitam-hitaman bagi penyu yang didapati hidup di kawasan Pasifik Timur. Warna karapasnya berubah semakin tua umur penyu: penyu agar yang muda mempunyai warna gelap pada skut manakala karapas penyu yang dewasa berwarna hijau keperangan.[3]

Chelonia mydas telah disenaraikan sebagaispesies terancam olehIUCN danCITES dan dilindungi daripada dieksploitasi di kebanyakan negara. Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengutip, membahayakan atau membunuh penyu hijau. Selain itu, banyak negara memiliki undang-undang dan ordinan bagi menlindungi kawasan pembiakan. Walau bagaimanapun, penyu hijau masih berada dalam bahaya di sebabkan beberapa tindakan manusia. Di beberapa negara selain faktor pencemaran, penyu dan telurnya juga diburu sebagai makanan. Banyak juga yang mati terperangkap di dalam jaring nelayan. Akhirnya, pembangunan berdekatan pensisiran pantai juga menyebabkan kemusnahan habitat ekoran musnahnya pantai pembiakan.

Ekologi

[sunting |sunting sumber]

Penyu dewasa biasanya tinggal dilagun cetek.

Pemakanan

[sunting |sunting sumber]

Penyu iniherbivor tidak seperti anggota-anggota lain dalam keluarganya; ia memakan pelbagai spesiesrumpai laut dan rumpair.

Pembiakan

[sunting |sunting sumber]

Sepertimana penyu laut yang lain, ia berhijrah dengan jarak yang jauh di antara tempat mencari makanan dan lokasi pembiakannya di pantai. Kebanyakan pulau di seluruh dunia dikenali sebagaiPulau Penyu kerana menjadi tempat untuk penyu laut hijau bertelur. Penyu betina akan naik ke pantai, menggali sarang dan bertelur pada waktu malam. Anak penyu akhirnya menetas dan memasuki air. Penyu ini mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk mencapai peringkat matang. Ia mungkin hidup sehingga umur 80 tahun di habitat liar.[7]

TaburanC. mydas. Bulatan merah menandakan tapak-tapak pembiakan utama. Bulatan kuning pula lokasi pembiakan kecil

Spesies ini boleh didapati mendarat bertelur di kebanyakan negeriMalaysia kecualiKelantan,Negeri Sembilan,Selangor danPerlis. Tempoh musim bertelur penyu ini berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain: di pantai barat Semenajung Malaysia, musim bertelur jatuh pada bulan Mac hingga Jun, kemuncak musim ini adalah pada bulan April hingga Mei. Di pantai timur Semenanjung ini pula, aktiviti bertelur berlaku pada bulan Januari hingga Oktober dengan kemuncaknya pada bulan Jun hingga Julai. DiSabah danSarawak, musim bertelur pada bulan Januari hingga Disember dan musim kemuncak pada bulan Julai hingga Oktober.[3]

Penyu belimbing boleh bertelur sehingga lapan kali setiap musim, jumlah telur yang dihasilkan ini dalam lingkungan 100 hingga 140 biji setiap pendaratan.[3]

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Penyu hijau Hawaii
    Penyu hijau Hawaii
  • Anak penyu hijau yang baru menetas
    Anak penyu hijau yang baru menetas
  • Penyu hijau yang berenang di kawasan terumbu karang Hawaii
    Penyu hijau yang berenang di kawasan terumbu karang Hawaii

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Seminoff, J.A.; dll. (Southwest Fisheries Science Center, U.S.) (2004)."Chelonia mydas".Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.2004: e.T4615A11037468.doi:10.2305/IUCN.UK.2004.RLTS.T4615A11037468.en. Dicapai pada12 November 2021.
  2. ^Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007)."Checklist of Chelonians of the World"(PDF).Vertebrate Zoology.57 (2): 165–167. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 17 Disember 2010. Dicapai pada29 Mei 2012.
  3. ^abcdefW. M. Jamel bin Wan Husin."Pengenalan kepada Penyu Laut di Malaysia"(PDF).Jabatan Perikanan Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 21 Ogos 2010. Dicapai pada21 September 2010.
  4. ^ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  5. ^ENAKMEN PEMELIHARAAN HIDUP LIAR 1997[pautan mati kekal]
  6. ^"Chelonia mydas".Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada21 Februari 2007.
  7. ^ab"Green Sea Turtle (Chelonia mydas)".National Geographic – Animals. National Geographic Society. 29 Disember 2005. Diarkibkan daripadayang asal pada 5 Februari 2007. Dicapai pada21 Februari 2007.
  8. ^Ferri, Vincenzo (2002).Turtles & Tortoises. Buffalo, New York: Firefly Books.ISBN 978-1-55209-631-4.
  9. ^"green turtle".Marine Turtles. Marine Conservation Society. 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 Ogos 2007. Dicapai pada30 Ogos 2007.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Penyu hijau.
Superkeluarga PenyuChelonioidea
Genus
Spesies dari subkeluargaCarettinae
Caretta
Lepidochelys
Genus
Spesies dari subkeluargaCheloniinae
Chelonia
Eretmochelys
Natator
Genus
Spesies dari keluargaDermochelyidae
Dermochelys
Susunan filogenetik berdasarkanturtles of the world 2012 update: annotated checklist. Penyu pupus tidak disertakan.
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Kriptodira
 
Chelydridae
 
Chelonioidea
Cheloniidae
Carettinae
Cheloniinae
Dermochelyidae
 
Kinosternoidea
Dermatemydidae
 
Kinosternidae
Kinosterninae
Staurotypinae
Testudinoidea
Emydidae
Deirochelyinae
Emydinae
Geoemydidae
Geoemydinae
Rhinoclemmydinae
 Platysternidae
 
Testudinidae
 
Trionychia
Carettochelyidae
 
Trionychidae
Cyclanorbinae
Trionychinae
Pleurodira
 
Chelidae
Chelinae
Chelodininae
Hydromedusinae
Pelomedusidae
 
Podocnemididae
 
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penyu_hijau&oldid=5508266"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp