Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Penyembur lada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyembur lada ataupenyembur OC (from "OleoresinCapsicum") ialah sejenisagen lakrimator (sejenis sebatian kimia yang mengusik mata hingga menyebabkan keluarnyaair mata, kepedihan, ataupunbuta sementara) yang digunakan dalamkawalan rusuhan,kawalan kumpulan, danpertahanan diri, termasuk pertahanan daripada anjing dan haiwan liar.[1] Kesan keradangannya menyebabkan mata terpejam sehingga tidak dapat melihat. Kebutaan sementara ini membolehkan pegawai keselamatan menahan pesalah dengan lebih mudah, dan juga membolehkan pengguna penyembur lada sebagai pertahanan diri untuk mendapatkan peluang melarikan diri.

Walaupun dianggap sebagaitidak mendatangkan maut, sesekali ia boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa, sehingga timbulnya kebimbangan tentang kematian yang berpunca daripada penggunaan penyembur lada.[2]

Ramuan aktif dalam semburan lada ialahkapsaisin, iaitu sejenis bahan kimia yang diperoleh daripada buah tumbuhan bergenusCapsicum, termasukcili. Pengekstrakanoleoresin capsicum daripada lada memerlukan buah lada yang dikisar halus, dari manacapsaicin diekstrakkan dalam pelarut organik seperti etanol. Pelarut itu kemudiannya disejatkan, dan resin seakan lilin itulaholeoresin capsicum. Pengemulsi sepertipropilena glikol digunakan untuk menggantungkan OC dalam air, lalu dikenakan tekanan supaya dijadikan serbuk semburan lada. Kaedahkromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) digunakan untuk mengukur jumlah kapsaisin dan kapsaisinoid utama dalam semburan lada.

Sejenis analog sintetik kepada kapsaisin, iaitu vanililamida asid pelargonik (desmethyldihydrocapsaicin), digunakan dalam satu lagi jenis penyembur lada yang digunakan diUnited Kingdom. Satu lagi jenis analog sintetiknya, iaitumorfolida asid pelargonik, dimajukan dan digunakan secara meluas diRusia.

Penyembur lada biasanya berbentukkanister yang biasanya cukup kecil untuk dibawa atau disorokkan dalam poket atau tas tangan. Penyembur lada juga boleh dibeli dalam bentuk tersorok dalam barang-barang seperticincin. Juga terdapatpelancar semburan laja yang boleh ditembakkan daripadasenapang paintball. Ia telah sekian lama digunakan terhadap penunjuk perasaan selama.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Bear Spray Vs. Dogs: How Effective Is It?
  2. ^http://www.aclu-sc.org/attach/p/Pepper_Spray_New_Questions.pdfDiarkibkan 2011-09-29 diWayback Machine Pepper_Spray_New_Questions
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penyembur_lada&oldid=5270068"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp