Penyejatan merupakan suatu proses yang melibatkan perubahanfasa jirim:atom ataumolekul dalamcecair mendapat tenaga yang cukup untuk bertukar kepadagas pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih bahan itu apabila bahan itu terdedah kepadaatmosfera. Ia merupakan proses yang berlawanan bagipemeluwapan.
Proses ini merupakan cara yang penting bagiair untuk diserap semula ke dalamkitaran air daripada bentuk cecair kepada bentukwap diatmosfera.Lautan,laut,tasik, dansungai membekalkan lebih kurang 90% daripadalembapan atmosfera melalui proses sejatan, dengan 10% lagi melalui prosestranspirasitumbuhan.
Tenaga daripadamatahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang menyatukan molekul-molekul air. Hal ini dapat menjelaskan mengapa air dapat menyejat dengan mudah padatakat didih (212°F, 100°C), dan sejatan semakin berkurang apabila mendekatitakat lebur. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100% (takat ketepuan), sejatan tidak akan berlaku.
Apabila suatu cecair menyejat, suhunya akan turun. Ini disebabkan olehtenaga haba telah diserap semasa penyejatan untuk mengatasidaya tarikan antara zarah-zarah supaya zarah-zarah cecair di permukaan dapat melepaskan diri menjadikan zarah-zarah gas. Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling, maka inilah sebab utama sejatan peluh daripada permukaan kulit dapat menyejukkan badan.