Penyapu (Tulisan Jawi:ڤڽاڤو ) ialah sejenisalat untuk membersihkan lantai dan halaman rumah atau bangunan. Sesebuah rumah tidak akan sempurna jika tidak ada penyapu. Biasanya kerja-kerja menyapu dilakukan pada awal pagi atau selepas sesuatu majlis.
Biasanya penyapu dibuat daripada lidi pelepahkelapa. Kini lidi penyapu dibuat daripada pelepahkelapa sawit. Penyapu yang lain pula dibuat daripada batang padi atau jerami gandum. Dengan teknologi moden, penyapu boleh dikilang iaitu penyapu plastik dengan pelbagai rupa, gaya, teknik dan tujuan menyapu.
Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Memukul dengan penyapu kepada orang yang belum berkahwin juga dipercayai menyebabkan tiada jodoh kepada yang belum berkahwin.
Dalam filemNasib Si Labu Labi arahanP. Ramlee, Mohd Zain yang melakonkan watak Labu dan Nana dalam persembahan "Aci-aci Buka Pintu", mengancam untuk memukul hantu dengan batang penyapu.
Pada 12 November 2007, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri DrMohamed Khir Toyo telah mencetuskan kontroversi yang serius kerana "menghadiahkan" ketua pegawai PBT Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Selangor dengan sebatang penyapu kerana gagal mengutip wang cukai seperti yang diharapkan.
PresidenMajlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai penjawat awam menerimanya dengan redha kerana mereka telah membuat persetujuan bersama setahun lalu, ketika hal ini dicadangkan.