| PENAFIAN:Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. | |
Penyakit (Tulisan Jawi: ڤڽاكيت) adalah keadaan tidak normal pada badan atauminda yang menyebabkan ketidakselesaan,disfungsi, atautekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkankecederaan,kecacatan,sindrom,simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan olehkuman,bakteria,virus,racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga olehpenyakit baka/keturunan.
Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagainosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagaiperubatan.
Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab khusus atau beberapa penyebab (dikenali sebagaietiologinya), berbeza darisindrom, yang merupakan himpunan tanda dan/atausimptom yang berlaku serentak. Perbezaan takrif ini didapati kurang tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti. Pada masa yang sama, banyak istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai penyakit dalam banyak konteks, terutama sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti.
Sesuatu keadaan boleh disahkan secara objektif, tetapi anggapan bahawa sesuatu "gejala"ialah penyakit bergantung pada pertimbangan nilai masyarakat. Sebagai contoh, pada masa kini, dalam kalangan masyarakat Amerika Utara, jumlah mereka yang menganggap masalahkebantutan danobesiti sebagai penyakit telah meningkat sepanjang tempoh 40 tahun lalu, sebaliknya jumlah mereka yang menganggaphomoseksual sebagai penyakit semakin berkurangan.
Sesuatu gejala dianggap sebagai penyakit oleh sesuatu kebudayaan atau dalam satu julat masa, tetapi bukan dalam semua kebudayaan atau era. Masalah kecenderungan menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakatAmerika Utara kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini.
Kadang kala, sama ada sesuatu gejala dikira sebagai penyakit atau sindrom dan variasinya telah menjadi topikpolitik yang hangat lantaran kesannya kepadaekonomi danmasyarakat. Sebagai contoh, kejutan letupan (shell shock) dan masalah tekanan pascatrauma (post-traumatic stress disorder) merupakan telah dipolitikkan diAmerika Syarikat; demikian juga kecederaan pergerakan berulang (repetitive motion injury) diAustralia.
Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangkit yang merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen jangkitan/vektor sepertibakteria,fungi,parasit,virus, danprion. Ada juga yang jenis penyakit yang disebarkan olehprotozoa dancacing. Terdapat jugapenyakit genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau kecacatangen dalamDNA orang yang terbabit;penyakit toksik disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat;Penyakit kekurangan(zat) yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan tertentu;penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenis-jenis penyakit tersebut, termasuklah yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui.
Untuk rencana lanjutan, lihatpenyakit berjangkit
- Penyakit Taun,Cirit-birit,Influenza,Penyakit Malaria,Batuk Kering,penyakit Creutzfeldt-Jacob,Wabak Babun,cacar,Demam Lembah Rift,Chagas,Ebola,Demam Lassa,Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk
- penyakit bawaan seks,HIV/AIDS
demam campak, diabetes, malaria
Untuk rencana lanjutan, lihatpenyakit genetik
- Fibrosis Sistol,Homosistonaria,Korea Huntington,distrofi otot,fenilketonuria,porfiria,anemia sel sabit,Tay-Sachs,Thalassaemia,Sindrom Down,buta warna, sertavon Hippel-Lindau, ...
- Keadaan kecederaan, kecacatan, atau ketidakgunaan (disuse).
Untuk rencana lanjutan, lihatPenyakit Autoimun
Untuk rencana lanjutan, lihatpenyakit toksik
- argiria,hepatitis alkohol; keracunan besi,iron poisoning; keracunan plumbum,lead poisoning; ...
Untuk rencana lanjutan, lihatpenyakit kekurangan zat
- beri beri, riket, skurvi, kudis, anemia (kekurangan zat besi), ... (lihat jugavitamin dangaram mineral)
Untuk rencana lanjutan, lihatpenyakit endokrin
Untuk rencana lanjutan, lihatsindrom dan penyakit punca bercampur atau tidak diketahui
Untuk rencana lanjutan, lihatgangguan neuronlogik dansakit mental
Untuk rencana lanjutan, lihatsakit psikogenik
- sensitif terhadap bahan kimia, masalah dalam sosial, ...
Untuk rencana lanjutan, lihatsakit keadaan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerbitkan senarai lengkap penyakit yang dikenali sebagaiKlasifikasi Berstatistik Antarabangsa tentang Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkenaan (ICD). Asalnya untuk menggambarkan penyakit dari segi perspektif kesihatan umum. Di Amerika Syarikat, kod ICD9 digunakan dalam tujuan insuran dan pengebilan dan secara umumnya dianggap lapuk dan tidak lengkap.
Dalambiologi, penyakit merujuk kepada sebarang ketidaknormalan pada organisma yang merencatkan atau menjejaskan fungsi normal sistem-sistem untuk berfungsi optimum
Istilah "penyakit" juga sering digunakan sebagai metafora untuk sebarang gangguan, disfungsi, gejala negatif, atau keadaan genting yang lain, sepertipenyakit masyarakat.
|
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|