Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pentas benua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pentas benuaialah jisim bumi bawah air yang menjangkau daribenua lalu menghasilkan di kawasan air yang agak cetek dikenali sebagailaut pentas. Kebanyakan bentuk muka bumi ini muncul ketika tempoh-tempoh glasier danantara glasier.

Taburan geografi

[sunting |sunting sumber]
██ Pentas benua serta dunia - ditandakan dengan warna biru sian (cyan)

Pentas benua mempunyai jarak yang berbeza-beza; tidak hairanlah ada kawasan yang langsung tiada ciri muka bumi ini, terutamanya di mana sisi hadapan plat lautan menjunam ke bawah kerak benua di luar zon benam pesisir seperti di pesisiran Chile atau pantai barat Sumatera. Pentas yang terbesar – Pentas Siberia diLautan Artik – terbentang sejauh 1,500 kilometer. Laut China Selatan terletak di atas kawasan luas pentas benua Sunda yang menghubungkan Borneo, Sumatra, danJawa ke tanah besar Asia.Jasad air lain yang terletak di atas pentas benua termasuk Laut Utara danTeluk Parsi. Lebar pentas benua secara puratanya berukur kira-kira 80 km. Kedalaman pentas juga mempunyai julat yang berbeza namun biasanya dibataskan kepada air yang lebih cetek daripada 150 m.[1] Cerun pentas biasanya agak rendah, pada darjah 0.5°; timbulan menegak (vertical relief) juga paling minimumnya berukuran kurang daripada 20 meter.[2]

Topografi

[sunting |sunting sumber]

Pentas benua biasanya berakhir pada satu titik cerun yang menaik[3] ("batasan pentas" atau shelf break). Dasar laut di bawah batasan ini ialahcerun benua. Di bawah cerun ini pula adalahcangkat benua yang akhirnya bergabung ke dalam dasar lautan iaitu dataran abis. Kedua-dua pentas dan cerun benua ini adalah sebahagian daripadapinggir benua.

Kawasan pentas biasanya dibahagikan kepada pentas benua dalaman, pentas benua pertengahan, dan pentas benua luaran (inner continental shelf,mid continental shelf,outer continental shelf); masing-masing dengan geomorfologi danbiologi marinnya yang tersendiri.

Ciri pentas berubah secara mendadak di batasan pentas, di mana lereng benua bermula. Batasan pentas terletak pada kedalaman yang begitu seragam kira-kira 140 m dengan sedikit pengecualian; ciri ini barangkali merupakan peninggalan daripada zaman ais di mana paras laut berketinggian lebih rendah daripada paras yang sedia ada sekarang.[4]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Pinet, 37.
  2. ^Pinet 36–37.
  3. ^"shelf break – geology".Encyclopædia Britannica.
  4. ^Gross 43.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Bentuk mukabumi
Pergunungan
Dataran benua
Fluvium
Glasier
Bentuk muka bumi
di tepi pantai dan laut
Gunung berapi
Aeolian
Buatan manusia
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pentas_benua&oldid=6348028"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp