Penny ialah suatu subunitmata wang. Ia lazimnya unit terkecil dalam mata wang yang dibahagikan ini. Ia merupakan kesinambungan daripada unitdenarius yang diteruskan dari zamanRom Purba semasa zamanpemerintahan Charlemagne ke atas banyak kawasan Eropah ketika itu.
Nama unit ini turunanbahasa Inggeris Kunopeni pertama kalinya dalam suatu manuskripbahasa Scots tahun 1394,[n 1] Ada banyak teori berpincang mengenai asal-usulpeni ini, sama ada dari *panding dalambahasa Frank Hilir turunanBahasa Jerman Hulu Kunopfant "gadaian" (pawn, sebagai tanda perjanjian membayar pinjaman harta), *panning "kuali" (frying pan) ataupun turunan *ponding serapanbahasa Latinpondus.[2] Ada juga usulan yang menyatakan bahawa ia serapanbahasa Punicpane ataupene "muka" yakni merujuk kepada wajah dewiTanit yang menghiasi semua kepingan wang diCarthage.[3]
Penny sterling adalah suatu subbahagian padaPaun Sterling, matawang untukUnited Kingdom. Ia kini adalah 1⁄100 pada satu pound, tetapi secara sejarah adalah 1⁄240 pada satu pound dalam penny sterling lama. Ia dahulunya mmepunyai dua subunit lebih kecil iaitufarthing (¼d) danhalf penny: 1 penny bersamaan dengan 4 farthing atau 2half-penny; kedua-dua unit kecil ini dimansuhkan pada 1971 melalui langkahdesimalisasi mata wang pound.
Saham-saham sering didagang menggunakan penny daripada pound dan bursa saham sering mengguna GBX untuk mengindikasikan bahawa ini adalah kesnya untuk saham yang diberi daripada menggunakan tanda mata wang GBPISO 4217 untuk pound sterling.
Sekeping 0.01 dolar Amerika Syarikat yang disebut tidak formalnya sebagaipenny
"Penny" ialah nama tidak rasmi untuksen Amerika Syarikat (bahasa Inggeris:cent,[4] simbol:¢) iaitu subunit kecildolarAmerika Syarikat. 1 dolar dibahagikan kepada 100 sen atau 100penny duit ini.
Inflasi yang beransur-ansur sejak abad ke-19 menjadikan nilai kepingan ini sudah tidak setara hargazink yang menjadi bahan mentah menghasilkan kepingan ini; sebanyak USD2.06 dibelanjakan untuk menghasilkan sekeping 1¢ selewat tahun 2018.[5] Ia juga tidak digemari kerana beberapa masalah lain yang ditimbulkan seperti:
risiko bahaya kepada haiwan atau anak-anak yang tertelan secara tidak sengaja,[7]
cara perlombongan logam zink yang membahayakan kesihatan manusia dan mengancam alam sekitar.
Banyak langkah percubaan yang dilakukan untuk mendesak Pemerintah Amerika Syarikat memansuhkan penggunaan kepingan 1¢, namun ia ada mendapat tentangan daripada satu-satunya pembekal zink mentah negara tersebut yang melobi menentang penolakan sedemikian.[8]
^Slater, J. (1952),Early Scots Texts, Edinburgh: University of Edinburgh Press.
^"penny,n.",Oxford English Dictionary,3rd ed., 2005.
^Vennemann, Theo (2013). "Ne'er-a-Face: A Note on the Etymology ofPenny, with an Appendix on the Etymology ofPane". Dalam Patrizia Noel Aziz Hanna (penyunting).Germania Semitica.Trends in Linguistics: Studies and Monographs, No. 259. Walter de Gruyter. m/s. 467.ISBN978-3-11-030109-0.Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2017. Dicapai pada8 Februari 2016..