Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Pengukusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengukusanadalah satu proses memasak yang menggunakanwap dariair yang mengewap dalam ruangan tertentu atau haba untuk memasak. Air dipanaskan atau aliran haba dari arus elektrik membolehkan makanan dimasak. Tekanan yang tinggi menyebabkan air mengewap dan memanaskan ruangan sekeliling.

Kebaikan

[sunting |sunting sumber]

Mengukus makanan dikategorikan sebagai gaya hidup dan satu langkah baik dalam penjagaan makanan.[1] Bila dibandingkan dengan makanan mentah, mengukus boleh mengurangkanasid folik sebanyak 15%, manakala merebus boleh mengurangkan sebanyak 35% dari zat makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang,teknik ini disarankan berbanding merebus atau secara mikrogelombang.[2]

Mengukus dapat menjimatkan masa dan tenaga, dengan meletakkan pelbagai makanan secara bertingkat. Selain itu, mengukus dapat tekstur makanan.[3]

Cara Memasak

[sunting |sunting sumber]

Suhu tertinggi mengukus bagi membolehkan makanan dimasak ialah 212°F/100°C.[4] Tempoh masa yang baik untuk mengukus jenis makanan ialah:

  • 5-7 minit untuk kebanyakkan sayur-sayuran.
  • 3-10 minit untuk ikan dan daging (bergantung kepada saiz dan ketebalan).


3 cara mengukus ialah:-

  • Secara langsung
  • Tidak langsung
  • Tekanan tinggi

Peralatan

[sunting |sunting sumber]

Mengukus dapat mengekalkan kebanyakkan nutrisi makanan, memandangkan makanan tersebut tidak terendam didalam air. Untuk memilih peralatan mengukus, pilih yang dibuat daripada besi atau buluh. Pengukus yang besar adalah baik kerana udara panas akan mengisi ruang yang ada.[5]

Untuk proses pengukusan berlaku, bekas untuk mengisi air yang boleh dipilih adalah samada kuali atau periuk. Ketuharmikrogelombang juga mempunyai fungsi untuk mengukus. DiAmerika Syarikat, U.S Food and Drug Administration mendapati terdapat kes kelecuran daripada penggunaan ketuhar gelombang.[6]

DiMaghribi, untuk memasak makanan tradisi kaumBarbar iaitu Tajin, bekas tembikar dipanggiltajin digunakan. Ketika memasak, penutup yang berbentuk kubah diletak diatas makanan, bagi membenarkan proses pengukusan berlaku.

Jenis-jenis makanan

[sunting |sunting sumber]

Contoh makan yang boleh dimasak dengan cara mengukus adalah;-

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^4 Langkah Gaya Hidup Sihat.
  2. ^Vallejo, F; Tomás-Barberón, FA; García-Viguera, C (2003). "Phenolic compound contents in edible parts of broccoli inflorescences after domestic cooking".Journal of the Science of Food and Agriculture.83 (14): 1511–1516.doi:10.1002/jsfa.1585.
  3. ^Cooking With Steam
  4. ^"Steaming Technique | How to Steam Food". Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-10-17. Dicapai pada2013-10-16.
  5. ^The Best Cooking Techniques & Utensils
  6. ^Microwave Oven Radiation
Kering
Konduksi
Perolakan
Sinaran
Basah
Haba tinggi
Haba rendah
Haba tak terus
Berasaskan lemak
Haba tinggi
Haba rendah
Sederhana campur
Berasaskan peranti
Tanpa haba
Lihat juga
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengukusan&oldid=5331827"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp