Pengerahan ataukerahan tenaga ialah suatu tindakan mewajipkan orang awam menyertai suatu bentukkhidmat negara, lazimnyaperkhidmatan tentera.[1] Pengerahan telah bermula sejak baharian dan masih berkekalan hingga kini di sesetengah negara dengan pelbagai nama. Sistem moden pengerahan kebangsaan hampir-sejagat untuk para belia bermula sejakRevolusi Perancis pada 1790-an, di mana ia menjadi asasketenteraan yang besar dan berkuasa. Kebanyakan negaraEropah kemudian meniru sistem ini sewaktu masa aman, supaya belia lelaki pada umur tertentu akan berkhidmat 1–3 tahun dalamtugasan aktif, kemudian berpindah kepasukan simpanan.
Pengerahan boleh menjadi terhalang disebabkanpendirian seseorang yang membantah atas dasar nurani atau bantahan politik terhadap pemerintahan atau polisi perang yang tidak disukai. Mereka yang dikerah mungkin mengelak perkhidmatan kadangkalanya dengan meninggalkan negara asal.[2] Sesetengah sistem pemilihan menyelesaikan situasi ini dengan menyediakanperkhidmatan alternatif di luar peranan operasipertarungan lazim ataupun di luar ketenteraan, sepertiZivildienst diJerman,Austria danSwitzerland.
Langkah mengerahkan rakyat sesebuah negara cenderung dihadkan kepada golongan lelaki yang sihat dan sempurna (golongan kelainan upaya dari segi mental dan fizikal serta golongan wanita dikecualikan), maka banyak masyarakat di dunia yang melihat khidmat tentera ini sebagai suatu keadaan yang menguji "kematangan" dan "kejantanan" para pemuda yang memasukinya.[3][4]