Dalam bidang komunikasipenyiaran danradio,pengenal (bahasa Inggeris:call sign) ialah nama yang diberi kepada stesen pemancar. Di sesetengah negara, pengenal digunakan sebagai nama stesen penyiaran. Pengenal boleh ditetapkan secara rasmi oleh agensi kerajaan, secara tidak rasmi oleh individu atau pertubuhan, ataupundikodkan secarakriptografi untuk menyamarkan identiti stesen.
Penggunaan pengenal sebagai pengenalan unik digunakan sejak zaman sistemtelegraf kereta api bertalian tetap. Disebabkan cuma ada satu talian telegraf yang menghubungkan semuastesen kereta api, maka perlunya cara untuk berhubung dengan setiap satu stesen apabila menghantartelegram. Untuk menjimatkan masa, pengenal dua huruf digunakan untuk tujuan ini. Kaedah pengenal ini diwarisi oleh pengendalianradiotelegraf, apabila syarikat radio pada mulanya menetapkan pengenalan dua huruf padaradio pantai danstesen atas kapal di laut. Agar membezakan stesen-stesen di peringkat antarabangsa, ditambah pula pengenalan syarikat satu huruf (contohnya, 'M' diikuti dua huruf untuk sebuahStesen Marconi). Pada tahun 1912, keperluan mengenal pasti stesen-stesen yang dikendali oleh berbilang syarikat di berbilang bangsa menyeru perlunya piawaian antarabangsa; makaawalan ITU digunakan untuk mengenal pasti negara, dan huruf-huruf lain untuk stesen individu dalam negara itu.
Pengenal antarabangsa dikeluarkan oleh agensi telekomunikasi negara kepada stesen secara rasmi dan untuk jangka masa lama. Pengenal digunakan oleh radioamatur,penyiaran, komersil, maritim dan adakalanyatentera (termasuktelevisyen).
Setiap negara diberi satu setawalan berhuruf atau berangka yang ditetapkan olehKesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, dan awalan-awalan inilah sahaja yang boleh digunakan oleh stesen-stesen di sesebuah negara. Contohnya:
Peruntukan huruf pengenal terawal dilakukan diKonvensyen Radiotelegraf Antarabangsa London pada tahun 1912,[1] yang mensyaratkan bahawa pengenal setiap stesen dalam sistem antarabangsa mesti terdiri daripada tiga huruf yang boleh dibezakan daripada stesen-stesen lain. Negara-negara yang menandatangani Konvensyen tersebut diperuntukkan huruf pengenal. Ini disusuli olehBiro Antarabangsa di Berne yang mengubah suai dan menambah penetapan huruf pengenal pada 23 April 1913 atas restu negara-negara Konvensyen tersebut.
Disebabkan penetapan pengenal terawal ini dilakukan pada 1910-an, maka pengenal-pengenal berkenaan mencerminkan struktur politik lama yang sudah lama dilupuskan. Contohnya, siriV (sempenaRatu Victoria) asalnya ditempah olehEmpayar British, padahalGreat Britain sendiri ditetapkan seluruh siriB,G, danM; sementara siriV dibahagikan dan ditetapkan mengikut jajahan dan wilayah.
Negara-negara yang baru ditubuhkan selepas 1910-an biasanya (tidak semestinya) mewarisi siri penjajah mereka, adakalanya diiringi tetapan tambahan. Pada tahun 1927,Kesatuan Soviet diperuntukkan seluruh siriU; setelah berpecahnya Kesatuan tersebut, sebilangan republik bekas Soviet menerima beberapa blok dari siriU. (Namun begitu, Rusia tidak pernah menandatangai Konvensyen 1912, sebaliknyaUAA–UMZ diberikan kepadaPerancis dan tanah jajahannya, sementaraUNA–UZZ diberikan kepadaAustria-Hungary danBosnia dan Herzegovina.) KodVR (Hong Kong) danVO (Dominion Newfoundland), kini masing-masing dikawal olehChina danKanada.
Amerika Syarikat diwakili oleh tentera di persidangan tahun 1927, justeri diperuntukkan siriA (Army) danN (Navy), disusuli siriW danK untuk stesen-stesen awam hasil membubuh satu unsur panjang tambahan pada huruf-hurufA danN dalamkod Morse. (Bagaimanapun, pada tahun 1912, siriKDA–KZZ, seluruhN, dan seluruhW diberikan kepada A.S., tetapi seluruh siriA diberikan kepada Jerman dan wilayah naungannya.) Pengenal antarabangsa untuk stesen-stesen di kapal A.S. mula-mulanya ditetapkan awalanW dipantai barat dan awalanK diAtlantik;stesen di darat pula mengikut corak yang sebaliknya. Perbezaan antara kapal Atlantik dan Pasifik semakin kurang bermakna setelahTerusan Panama dibuka untuk mengurangkan jarak pelayaran antara kedua-dua lautan.